Keputusannya aku menukar off aku pada hari Ahad ke hari Khamis..dengan tak ada persediaan apa-apa..aku redah aje pejabat passport Putrajaya..disebabkan dah terlalu yakin dengan cerita blogger-blogger menyatakan bahawa kalau tak ada gambar boleh ambik gambar kat sana..jadi aku pun lenggang kangkung jelah..
Satu masalah adalah nak mencari jalan ke sana..tapi tak apa..ikut je signboard..yang penting nama jalan..Presint 15..tu lah tempatnya..Jalan Diplomatik…ikut jelah signboard tapi dua kali juga pusing-pusing..biasalah tak biasa.haha..
Sampai sana dalam pukul 8.00AM orang memang tak ramai mana..sampai-sampai ada Aci tu tanya aku nak buat passport ke?? Ada gambar?? Aku blur sekejap..sebab aku fikir..kalau tanya macam ni..mesti mahal ni..tapi kawan aku ni dah terlebih peramah jawab tak ada..jadinya Aci tu pun tunjuklah..ke arah satu kedai suruh kami ke sana untuk ambil gambar..aku tanya berapa Aci??? RM 10..4 keping..aku tanya kawan aku..mahal ke?? Dia kata selalunya RM 8..4 keping..aku cakap erm..beza RM 2 je..ok jelah..
Sampai sana..ada sorang laki Cina dah tunggu nak ambil gambar kiteorg…dan kiteorg pun suruh dia Photostat sekali IC kiteorg…dah siap sume..oklah..walaupun lighting die memang ala-ala je..tapi tetap boleh buat passport..tak payah cantik-cantik!!..yang penting boleh buat passport..tapi dalam bangunan pejabat tu pun ada tempat untuk ambil gambar dan Photostat..tapi aku tak tahu berapa harga dia…
Dah siap semua..aku pun mula masuk dalam bangunan tu..dan beratur untuk ambil nombor..Ada sorang Cik tu akan check semua benda yang diperlukan:
Yang baju putih tu kaunter ambil nombor |
Benda-benda itu adalah…haha:
1) Photostat IC ( Sekeping)
2) Gambar berukuran passport latar belakang biru( Sekeping)
3) IC Original
4) Borang dah tak payah guna dah sekang..dia akan bagi korang kertas warna biru kecik je pada masa tu juga…
Kalau cukup lengkap semua barulah dia akan bagi korang nombor dan suruh korang isi borang kecik tu…antara details yang perlu diisi adalah..
1) Nama
2) Alamat
3) Tick jenis passport( 2 tahun? 5 tahun?)
4) No. telephone
5) Tinggi
6) Satu part tu korang kena pilih status korang ( Bujang,janda,duda,berkahwin)- potong mana yang tidak berkenaan…
Pastu tunggu jelah…memandangkan masa tu tak ramai orang jadinya sekejap je..nombor aku dah di panggil..
Lepas selesai kat kaunter permohonan…kena tunggu sekejap untuk di panggil sekali lagi untuk membuat pembayaran…lepas buat pembayaran..dia akan bagi resit..di mana dalam resit tu dia tulis 1 jam..untuk ambil passport..aku fikir nak makan..tapi kedai makan pulak tak buka lagi..jadi aku tunggu jelah..tapi aku rasa tak sampai 15 minit nombor aku dah kena panggil..untuk ambil passport…gile cepat!!!!...Syabas!!! hahaha…
Buku Merah |
Makmumat lanjut:
Semak blacklist Semak
Maklumat tentang pasport Pasport
Peta Pejabat Peta
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
No comments:
Post a Comment