Tuesday, 22 January 2013

Langkawi Part 2


 Hari Kedua


Pagi-pagi lagi aku dah bagun..dan untuk hari ni…kami akan pergi ke beberapa destinasi yang kami dah pilih untuk pergi.

Destinasi:


1)    Underwater world
2)    Makam Mahsuri
3)    Kuah
4)    Dataran Helang
5)    Mandi Pantai
6)    The Zon
7)    Chenang Mall


Underwater World

Kat sini memang bestlah..ikan-ikan dan hidupan laut dia memang banyak dan meriah!..kami ke sana masa tu belum bukak lagi underwater world semangat nak masuk…kami sampai dalam 9.50AM dia bukak 10.00AM  jadinya tunggu jelah sekejap…

Dah beli tiket masuk-masuk je aka nada orang tanya korang nak ambil gambar ke tak..aku cakap tak nak..sebab nanti kena beli..sebenarnya kalau tak beli pun tak pe…tapi kalau dah ambik gamba tu..tak kan tak nak beli kan..jadi untuk mengelakkan perasaan tu baik tak payah je..haha

Aku dah tengok jadual dieorg bagi makan peguin semua jadi aku memang nak tengok sangat lah..lagipun peguin kan..bile lagi nak tengok..

Aku rasa..aku kat dalam tu kira-kira 3jam kot…tapi memang tak rasa lama..banyak benda kita boleh explore..dan tengok dari ikan besar sampailah ikan macam taik mata sume ada…

Ikan ni besar giler

Ada jugak burung-burungan
Ikan ni lagi


Itik? bukan ni la peguin

Peguin yang comel

Tiket : RM 28.00( Dewasa)
Maklumat lanjut:Underwater World


Makam Mahsuri

Dalam perjalanan untuk ke Kuah kami singgah di Makam Mahsuri..erm..apa nak komen ek? Tak payah pergilah..haha tak ada apa pun, Cuma makam,perigi yang dah di renovate rumah mahsuri..ada galeri..erm..tak payahlah..tiket dia agak mahal bagi aku untuk tempat yang macam tu.masa aku pergi tu memang tak ada orang, yang ada pun Zainal Alam( pengacara TV) aku tak tahu macam mana boleh jumpa dia kat sana..haha tapi aku biasalah kalau bukan Siti Nurhaliza aku buat tak tahu je..haha
Sebelum kelaur tu ada satu galleria mahsuri..tapi dalam tu tak boleh ambil gambar eh..ada la pedang,tombak..ada cerita dan sejarah mahsuri korang ken abaca sendiri..dan ada di satu sudut tu dia buat wayang sikit..korag boleh duduk dan tengok cerita mahsuri..yang di videokan..ok jugak.
Kat sini kami tak sampai 30 minit kot..eikeik

Tiket: RM 7.00
Maklumat lanjut:Makam Mahsuri


Makam Mahsuri

Kuah

Ikutkan jadual aku akan ke Kuah hari ketiga tapi disebabkan tak tahu mana nak pergi aku pun pergilah kuah lagipun aku nak settlekan hal bank aku…kami ke kuah..untuk cari CIMB dan seterusnya destinasi yang  paling popular adalah HIG(Haji Ismail Group) lepas pergi bank tu kiteorg ada pergi makan..makan dekat depan HIG ada dua kedai makan yang bersambug..makanan dia ok sedap jugak…lepas makan kami ke HIG kedai coklat..dia ada dua cawangan satu dekat belakang dan satu lagi dekat depan..coklat dia memanglah murah tapi kami tak nak cari coklat yang biasa..nak cari yang luar biasa sikit..haha…

Bandar Kuah
Jadinya cari punya cari jumpa coklat dari Belgium( Belgium kate ko!) aku kan suka yang murah-murah je jadinya..nak beli pun asyik ambil letak..jumpa yang murah lagi letak pulak yang mahal..haha..
Untuk hari tu kami beli coklat tak banyak total RM 30.00 je…aku beli yang murah je tuk bagi kawan-kawan( Bagi ke??) haha…yang lain kawan aku nak rasa dark coklat..beli yang beli satu percuma satu je( Dah nak expired tapi boleh makan lagi) tapi aku nk cite satu coklat yang sedap gile ni…coklat Belgium la kate kan..haha jakun bukan main..namanya Cote d’or Hazelnut..pada aku sedapnye bukan men bila gigit hazelnut tu..fuh!! rasa diawang-awangan..hazelnutnya banyak..harga RM 9.00

HIG yang fofular

Cokolat yang sedap

Gajah tu yang buat sedap

Lepas ke kedai coklat kami ke kedai HIG jual pinggan mangkuk,peralatan memasak dan juga kain-kain..mak kawan aku ni kirim beli periuk ajaib( ajaib sangat!) tapi bile tengok-tengok tak ada pun jenama IKAN…tapi aku tengok sama je..lagi besar dari jenam asal..kami pun pilih jenama HIG jelah..ajaib ke tak aku tak tahu la…untuk periuk ajaib HIG(36 CM) harganya RM 80.00.. murahlah kalau dibandingkan dengan yang lain..sama je kot fungsi dia..

Dataran Helang

Dah alang-alang sampai kuah kami terus ke Dataran Lang..tapi memandu kat situ hati-hati sikit sebab ada Encik Polis jaga..pastikan korang masuk simpang yang betul..kalau terlepas simpang dataran tu confirm korang akan jumpa Encik Polis tu..siap tahan aku lagi tanya..minat betul Encik Polis kat aku kalau aku ngah bercuti..

Dataran lang ni kami hanya berenti singgah je untuk ambil gambar…sebab masa tu panas terik..dahla aku ni jenisnya putih melepak(melepak sangat!) memang tak bolehlah nak panas lama-lama..makin bertambahlah warna tu kan..jadinya siap-siap ambil gambar.kami pun menuju semula ke Pantai Chenang…



Helang


Mandi Manda

Disebabkan kami dah tak tertahan dengan pantai pukul 4 lebih kami dah turun untuk mandi manda best gile air dia..bersih, tapi yang tak bestnya banyak umang-umang..asyik terpijak umah umang-umang je dahlah tajam..abeh kaki..sakit jiwa kalau tercucuk  menatang tu..huhu..kena hati-hati lah kalau nak mandi kat situ..tapi bestnya buka main. Hari ni tak ada sunset sebab mendung…siap hujan lagi petang-petang tu.jadi semua naik darat kami pun naik jugaklah..

The zon

Dalam bilik memang bosan sikit..sebab TV pun astro tak de..yang dapat pun TV2,TV3 je..memang tahap bosanlah..wifi pun tak ada kena turun lobby..tapi malam-malam memang ramai omputeh men tenet kat situ..jadi orang tak berapa puteh malas nak join sekali, kami pun terus berjalan menuju The Zon(Duty Free) dalam ni ada jugak jual coklat rata-rata harganya hamper sama..Ada jugak jual Pefume..dan baju-baju..Belek-belek apa yang patut beli sehelai baju..yang lain tu cuci mata je..The Zon tutup pukul 9PM..kami pun keluar masa tu dah nak tutup dah..huhu

 Chenang Mall

Kami jalan lagi melepasi beberapa buah kedai di jalanan(Hamboi! Macam novel) memang hey pening kat chenang ni malam-malam dengan asap ikan bakarnya..dengan orang jual Laksa guna lori dari siang tadi aku Nampak abang tu jual laksa..sampai kemalam..tak tahulah sedap ke tak haha
Chenang Mall ni Ada 2 tingkat je tak silap aku..pusing-pusing masuk kat tempat perfume..perfume dia lagi murah dari The Zon ada discount katanya..ori tak ori aku tak tahu..haha lepas pusing-pusing tu kami pun balik ke hotel..
Aku rembat dari website lain


Esok : Part 3

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...