Wednesday, 16 September 2015

Bali(4H3M)

Part 3

Tour Hari Kedua

1)    Tanah Lot
2)    Tanjong Benoa (Aktiviti Air)
3)    Pendawa Beach
4)    Uluwatu
5)    Lunch

Tour hari kedua ni kiteorang dah edit sebenarnya, kalau ikutkan itinerary asal banyak lagi..ada tengok kecak dance..tapi kiteorang yang dance-dance semua kiteorang tak pergi. Lepas tu makan dekat Jmbaran pun tak, sebenarnya ada dalam itinerary dari Pak Isme. Kalau korang tak nak pun boleh macam kiteorang. Hari kedua ni…memang bateri awal-awal dah half dah..walaupun semalam dah charge tapi macam tak berapa nak masuk je. Penat lah pulak..adakah factor usia?? Adakah kiteorang kene minum Pamoga?? Terlajak Larisssssss..usia mengatasi segala-galanya. Macam tua sangat!!!

Tanah Lot

Untuk tour hari ni kite akan ke selatan Bali..dekat sini perjalanan tak jauh sangat macam pergi Kintamani. Dari Kuta ke Tanah Lot dalam 1 jam macam tu, jalan die agak sempit sikit..sampai je Tanah Lot entrance fees die Rp25,000(≈RM7.40) termasuk parking..lepas dah parking, supir tak boleh masuk dalam tu..jadinya kiteorang masuk sendiri je..pepandai sendiri..masa tu ombak kuat jugak menghempas batu..cantikkkk..air pun biru je. Cantik betul pemandangan sini…lepas dah ambil-ambil gambar dekat Pura Batu Bolong.

Pura Batu Bolong

Lepas Sembahyang kot

Kiteorang gerak ke depan sikit..dekat situ memang tumpuan lah, masa aku pergi tu air dah mula nak surut..belum boleh lagi pergi ke batu seberang tu. Tapi memang ramai sangat orang kat situ. Dah ambil gambar semua..kiteorang pun keluar, kawan aku ni suke sangat jagung kebetulan dekat luar tu ramai jual jagung…kiteorang beli jagung bakar dekat luar..satu ketul Rp10,000(≈RM3.00) . Sedap jagung dia. Kiteorang duduk-duduk makan dulu..lepas ni nak pergi Tanjong Benoa pulak.

Kuat Ombak

Ramai Orang

Tanjung Benoa

Dekat sini kiteorang macam fikir aktiviti air ape bendelah kan nak buat..kiteorang memang tak nak lah mandi-mandi ke ape, memang tak fikir langsung, supir kiteorang bawa dekat satu tempat ni..die ada bagi penerangan pasal pakej-pakej aktiviti dekat situ. Dalam budget kiteorang memang tak ada masuk pun pasal ni, sebab kiteorang memang tak nak pun buat aktiviti air. Tapi aktiviti kat sini ada yang kene berbasah-basahan ade juga yang tak perlu nak basah-basah..contohnya macam pergi ke Pulau Penyu tempat pemeliharaan penyu..orang tu cakap tempat tu Ronaldo yang buat. Ronaldo yang main bola tuuu…tapi duit-duit yang die dapat die akan salurkan pada sekolah dan sebagainya. Jadinya selain korang jalan-jalan korang menderma jugaklah..sebelum pergi tempat penyu tu korang akan naik glass boat..dekat bawah tu die macam cermin jadinya korang boleh tengoklah ikan-ikan dari situ..syok jugak tapi budget tak ada. Harga die mahal jugaklah..Rp1,000,000(≈RM300.00) untuk dua orang. Pepandai koranglah nak mintak kurang ke ape. Macam kiteorang ni memang tak ada dalam budget mintak kurang pun..memang macam buang masa je kan. Selain dari tu korang boleh jugak buat aktiviti yang basah-basah ni..macam banana boat ke, flying fish ke..yang ni pertama di dunia..dan ada dekat Bali je. Rugi tak cuba..aku tgk terbang weh!!! Dasat sangat..lepas tu ade diving, snorkeling..ade yang mcam pakai helmet dalam air tu korang jalan dalam air yang tu pun ada. Jadi siapa-siapa yang suke tu boleh sediakan budget dekat sini eh.

Pandawa Beach

Destinasi seterusnya adalah Pandawa beach..tempatnya tak jauh sangat dari Pantai Benoa..sampai je..pergghh!! cantik weh pemandangan die…rugilah tak selfieeee…pantai die biru je dari atas..jernih siapa-siapa nak mandi pun boleh mandi..kawasan ni dulu kene masuk ikut jalan kecik je, tapi sekarang ni die ada korek-korek bukit tu buat jalan…jadi lagilah nampak unik..cun wooo!!! Dekat bukit-bukit tu jugak dieorang ade buat lubang lepas tu buat patung-patung dewa die..kiteorang turun pantai..ambik-ambik gambar macam biasa, tapi memang cun lah pantai..Cuma panas sikit.

Biru kan??

Boleh Main para-para sakura jugak kat ats tu

Lupe nak cakap kene bayar entrance fees Rp13,000(≈RM3.90) untuk dua orang. Ada kereta sebelah aku tu die kene Rp25,000(≈RM7.50) omputeh uollss..aku tengok tiket die bagi tiket Lokal..mesti sebab Ke Luna Mayaan aku kan??(Muntah Hijau). Lepas dah menikmati segala keindahan alam ni kiteorang akan ke Uluwatu pulak. Aku rasa B.Iskandar ni memang pelik dengan kiteorang setiap kali die cakap nak tolong ambilkan gambar,kiteorang cakap tak nak…kiteorang banyak ambil gambar pemandagan je. Gambar sendiri memang tak lah..kang cepat habis memory. Banyak makan space ni(Dalam Maksud)

Uluwatu

Jalan nak ke Uluwatu ni banyak selekoh-selekoh pening dibuatnya..bateri kiteorang pun macam dah nak habis dah ni. Penat..mungkin sebab panas jugak terhidrat. Masuk dalam ni kena bayar entrance fees Rp20,000(≈RM6.00) sorang. Lepas dah bayar tu kena lah pakai ikat pinggang tu,masuk dalam…kawasan die redup..tapi bila naik atas tu panas lah..tapi pemandagan die memang cantik. Kalau Sunset lagi cantik katenye, sebab kiteorang kan tak nak tengok kecak dance jadi lepas je ambik gambar tu kiteorang nak balik dah. Lega rasa bile dh siap semua..hari ni awal sikit balik, tapi tak apelah penat…nak rehat lebih sikit.

Aku Suke Pemandagan die

Rasa nak bersurfing(Wekk!!)

Warung Nikmat, Sate Kambing  &  Indomart

Balik tu kiteorang suruh supir berentikan kiteorang dekat Warung Nikmat sebab nak beli makanan lapoo lah pulak, kawan aku ni pantang nampak ada orang jual sate.nampak je sate terbuka segala selera yang ada. Kiteorang beli sate kambing 10 cucuk nak rasa katenye. Dia tanya mau pakee nasi? Aku cakap jelah ya..rupenye die bagi aku nasi putih tu sebungkus..aku ingat nasi impit. Tak apelah..belasah jelah. Semua sekali Rp30,000(≈RM9.00) boleh tahanlah kan? Sate die tak sedap sangat..tapi aku suke kuah die tu bukan macam kuah kita, die macam kicap-kicap pedas macam tu, sedap pada aku.

Warung Nikmat

Sebelum tu kiteorang singgah Indomart mini market nak cari jajan sikit. Lepas tu..kiteorang ke Warung Nikmat nak beli nasi..masa tu dah tak ada sangat lauk sebab dah petang kan. Ambik nasi bungkus lauk tempe dengan ayam je. Sebungkus Rp14,000(≈RM4.20) minum jus nenas kawan aku minum jus epal harga dia satu Rp11,000(≈RM3.20) jus die sedap..macam pure je tak ada campur air. Lepas beli-beli kiteorang balik hotel jalan kaki, tak jauh pun..dalam 5min je. Balik-balik mandi..solat lepas tu makan..lepas ni boleh rehat lama sikit. Esok dah nak check out..


Last Day & Budget

Hari terakhir aku kat Bali..masa breakfast tu jumpa pulak owner hotel ni, relax je..baik pulak tu. Lepas dah kenyang aku try tanye receptions kot-kot lah boleh check out pukul 1PM sebab senang sikit lepas solat zohor..zohor masuk kul 12.05PM bila die check tengok bilik tu masih tak ada booking lagi jadi bolehlah kiteorang checkout lewat sikit. Wasap B.Iskandar bagitau die sebab dah janji nak suruh ambil pukul 12PM nak pergi Agung Bali, Krishna dengan nak makan ayam tulang lunak sebelum pergi airport.

Kiteorang balik bilik kemas-kemas apa yang patut…boleh lagi rehat-rehat, aku nak keluar kejap nak tengok bandar Kuta katenye 5min je..aku pun jalanlah sorang, kawan aku tu ngntok..bateri tak full lagi. Tengah charge lah tu bagi full. Ikut laluan yang hotel dah sediakan memang dekat je rupenya tak sampai pun 5min..3min je kot dah sampai pekan Kuta..keluar-keluar terus ada K cicle..bukak 24jam macam 7E lah kirenye kat sini. Jadi memang senanglah..aku jalan-jalan sekitar Kuta tu..tengok-tengok mana yang patut, lepas tu aku lepak-lepak dekat swimming pool…

Jalan Shortcut

Ada Indian & Malaysian Food Jugak

Kuta

Pukul 1PM lepas dah solat semua kiteorang pun check out…B.Iskandar pun dah sampai masa kiteorang pulang kunci dah settle semua kiteorang pun terus menuju ke tempat untuk menghabiskan duit.

Konon-kononnya aku dengan kawan aku nak sewa motor jalan-jalan sebelum minta Supir hantar ke Airport. Tapi lepas bincang-bincang kiteorang pun minta lah bantuan Supir B.Iskandar tu, die pun ok je. Tak payahlah berpanas-panasan.

Agung Bali

Tempat pertama adalah Agung Bali, dekat sini memang banyak T-shirt Cuma agak mahal sikit, B.Iskandar cakap kat sini T-shirt dia elok sikit..harga T-shirt dari Rp35,000-105,000(≈RM11.00-32.00). Aku beli lah juga beberapa helai nak bagi kat Mak Ayah aku..diri sendiri. Tapi masa nak masuk tu, akan ada pekerja lekatkan sticker kat baju korang..dah lah lekat kat dada,kat  aku oklah lagi tapi kawan tu ..siap di tekan-tekannya lama pulak tu. Muke die dah tak boleh blah dah(terkejut beruk!!). Aku gelak memang tak hengat dunia masa tu..sampai lembik kaki aku gelak. Lawak gile!!! Lepas dah beli-beli kiteorang ke Krishna pulak..kat sini lagi besar dari Agung Bali.

Ada weh jual

Krishna

Sini ada juga jual T-shirt jugak..kalau korang nak beli kat sini die murah sikit tak sampai Rp100,000 pun..semua dalam lingkungan Rp35,000-96,000(≈RM11.00-29.00). Aku nak cari baju HardRock tak ada lah pulak kat sini..abg aku pulak nak baju Hard rock..sabo jelah aku. Dekat Agung Bali tak beli tadi dah la bagi aku RM50 je baju kat Agung tu RM32 nak beli dua helai mane cukup weh!! Aku pulak lokek, tak bolehla..nak juga beli ikut budget. Dekat Krishna ni aku beli FM je..beli yang murah-murah sudahlaa..Rp9,500(≈RM2.90) dalam tu ada 5 keping. Nanti balik esok bagi sorang satu.

Carrefour

Lepas tu kiteorang ke Carrefour..saje nak tengok-tengok. Lagipun nak beli Tim Tam murah kat Bali ni..satu tu Rp8,900(≈RM2.60) je kalau dekat Malaysia kan mahal sikit. Aku pun belilah..3 bungkus. Duit banyak lagi ni..Lepas beli tu, aku tanya B.Iskandar kiteorang nak pergi beli baju..terlupa tadi, padahal tak nak beli sebab mahal..lepas tu die bawa dekat dengan Warung Nasi Pedas Ibu Andika..sebelah-sebelah tu ada jual baju..murah sikit kat sini..lagi murah dari Krishna dengan Agung Bali, kualiti tu mungkin beza lah sikit. Aku dapat baju hardrock Rp60,000(≈RM17.00) lagi satu tu aku beli yang murah je Rp30,000(≈RM9.00)sebab taka da warna Putih size S lah pulak, terpaksa jelah beli yang murah. Banyak jugak barang dekat sini..kalau ada masa memang aku beli kat sini je sebab murah. Nama kedai tu Serimpi Bali.

Hasil Tangkapan

Ayam Tulang Lunak

Lepas dah beli-beli kiteorang ke Ayam Tulang Lunak..popular sangat kan kat sini, nak juga try ape ke sedap sangat. Ayam die memang boleh makan sampai ke tulang..kiteorang makan ayam masak telur asin dengan ayam cabe merah. Lepas tu kiteorang ambik sayur kangkung, air kelapa dengan soda gembira..total die..Rp322,000(≈RM96.00) mahal tak kak ton??? Mahalkan…kalau korang tanye sedap tak? Aku akan jawab..biase je. Mungkin ayam tu jelah boleh makan sampai tulang..tapi rasa die tak adalah sampai rasa nak makan lagi..dan lagi dan lagi…Lepas dah kenyang terus je kiteorang pergi airport..flight kiteorang pukul 7.10PM. B.Iskandar tanya aku..ayamnya bias dimakan sampee ke tulang kan? Aku jawab yaaa…duitnye pun nipis udah sampee ke tulang.

Pilihhh

Ayam Cabe Merah

Ayam telur Asin

Tu diaaa

Sampai airport…kiteorang pun bayar pak supir dengan bagilah sikit tips..kononnya!!. Siap dah berucap-ucap selamat tinggal semua kiteorang pun masuk dalam disebab kiteorang dah web check in jadi senang sikitlah..lagipun sekarang ni dah tak payah bayar tax dah dekat airport, airport tax dah masuk dalam harga tiket..kalau dulu korang kena sediakan duit rupiah kan??sekarang tak payah dah..korang boleh habiskan duit rupiah korang ikut suke korang.

Flight delay lagi masa kiteorang nak balik tu..dari pukul 7.10PM ke 8.00PM…penat..nasib balik ni ada lagi baki cuti boleh rehat. 3jam dalam flight tu..macam-macam jenis duduk dah kiteorang ni..Alhamdulillah sampai dengan selamat walaupun masa nak sampai KL tu awan tebal bukan main..bergegar kapal weh!!! Kecut perut aku.
Korang ingt tak aku cakap pasal tiket yang orang kaunter tu suruh aku ambil masa balik tu?? Aku balik kul 11 kot sampai sane..kaunter pun dah tutup, macam mana nak keluar ni???? Aku dengan kawan aku pusing-pusing kot-kot lah kan ade palang yang terbukak..tengok-tengok tak ada, aku fikir mungkin boleh pergi dekat palang tu tekan..kot-kot lah keluar tiket..tapi ada sensor lah pulak..”No vehicle” suruh tekan intercom..aku tekan tak ada orang. Ada nombor telefon..aku call nasib ade orang angkat..lastnye..die tolong buka palang lepas tu bayar kat die..aahh legaaa!!!! Home sweet home..

Dulu aku pergi Bali..balik aku rasa tak berapa suke..kali ni aku pergi Bali..aku balik..aku rasa aku Suke Bali. Mungkin otak kene betulkan jugak ni..kawan nak pergi pun kene betul..baru enjoy..aku memang sangat suke holiday kali ni walaupun penat. Tapi aku rasa..puas hati.

Budget(Sorang)



Items
Rp
RM
Parking Fee

8
Passport

200
ERL

13
Flight Tickets

323
Hotel Bali

181
Airport Transfer
50,000
15
Supir
350,000
104
Makan
340,000
100
Transport (teksi,motor)
100,000
30
Ect
450,000
134
Tegallalang(rice terrace)
0
0
Kintamani
17,500
5.2
lunch Kintamani
135,000
40.2
Bali Coffee
25,000
7.5
Tirtha Empul Temple
15,000
4.5
Tanah Lot
12,500
3.8
Pendawa Beach
65,000
20
Uluwatu
20,000
6
3 D
110,000
32.8
Total
1,690,000
1228


** Masa aku balik aku masih ada balance Rp267,000(≈RM80.00). Sebab aku tak shopping sangat..kalau nak beli t-shirt tu banyak lagi boleh beli tu.

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...