Macam yang korang tau..Perhentian ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Terpulang pada kehendak hati korang nak duduk dekat mana, apa yang aku boleh cakap, Perhentian Besar korang boleh berenang-renang sambil tengok Batu karang dengan ikan dekat Pantai depan-depan tu je. Kalau Perhentian Kecil pulak ada 2 bahagian jugak..belah depan orang panggil Coral Bay kalau belah belakang tu dieorang panggil Long Beach. Coral Bay ni dia tenang sikit lah berbanding Long Beach yang orang cakap ade Party-party..pastu malam-malam ada buat pertunjukan Api..telan api, Sembur api(macam Naga Tasik Chini) walaupun aku tak pernah tengok naga Tasik Chini....kire aku punya imiginasi memang tahap tak masuk akal sikit.
Coral Bay VS Long Beach
Apa beza Coral Bay dengan Long Beach? Aku sebenarnya mula-mula pergi tu aku duduk dekat Coral Bay (Sharila Resort) memang agak tenang sikit, lagi pun kat sini tak banyak sangat tempat tinggal..cuma ade 4,5 Hotel macam tu. Long beach aku tak pasti macam mane rupenya sebab aku tak pergi lagi. InsyaAllah bulan 3 nanti aku nak tour semua, nanti aku akan update lagi pasal tu. Mengikut apa yang aku baca dan pemerhatian aku, Long Beach pantai dia lagi cantik dari Coral bay, kalau coral Bay banyak bot dekat tepi-tepi pantai tu. Mungkin jugak dekat situ tak banyak Batu Karang. Tapi kalau korang duduk dekat Sharila..Sharila ade private beach, air dia memang lagi cantik lah dari pantai dekat area jetty Perhentian Kecil(Coral Bay) tu.
Tapi dari Coral Bay ke Long Beacj korang boleh jalan kaki je, laluannya korang kena masuk kat Ombak Resort pastu pergi belakang. Kat Long Beach tu ada Kincir Angin..kat Kincir Angin tu korang boleh tengok Pemandagan yang cun melecun. InsyaAllah aku akan mendaki jugak bulan 3 nanti.
Panjang beno mukadimah aku. Ok mari kita teruskan dengan list hotel yang ade dekat Pulau Pehentian, aku akan bagi link sekali untuk memudahkan korang click hotel yang korang rasa sesuai sangat dengan jiwa nurani korang. Baik tak aku? baikkan? hahah
Kita mula dengan Pehentian Besar dulu.
1. Abdul Chalet
Harga : RM 170 - RM 270
Website : AbdulChalet
2. Coral View Island Resort
Harga : RM 149 - RM 583
Website : Coral View
Agoda : Agoda
3. Perhentian Island Resort
Harga : RM 318 - RM 528
Website : Perhentian Island
4. The Reef Chalet Perhentian
Harga : RM 120 - RM 350
Website : Facebook
5. Newcocohuts Chalet
Harga : RM 180 - RM 260
Website : Newcocohuts
6.D'Ayumni Chalet
Harga : RM 160 - RM 300
Website : D'Ayumni
7.Arawana Perhentian Eco Resort
Harga : RM 162 - RM 672
Website : Arawana
8. Flora Bay Chalet (service untuk confirmkan payment sgt lambat,Sebulan tak dapat apa-apa, balas email pun sgt slow)-
Harga : RM 70 - RM 350
Website : FloraBay
9. Alu-Alu Chalet
Harga : RM 75 - RM 200
Website : Alu-Alu
10. Fauna Chalet
Harga : RM 60 - RM 180
Website : Facebook Fauna Chalet
11. Samudera Chalet
Harga : RM 70 - RM 150
Website : Samudera
12. Mama Chalet
Harga : RM 65 - RM 350
Website : Mama Chalet
**Harga tertakluk pada Low,Peak, Super Peak Season. Korang kena tengok harga dekat Website hotel yang aku bagi tu. Ada juga harga yang aku bagi tu tak termasuk Tax.
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
No comments:
Post a Comment