Kalau nak pergi KLIA 2 ni ada macam-macam cara, korang boleh pilih je mana korang nak. Ikut masa korang..ikut budget korang.
TBS ===> KLIA2
Kalau dari TBS ni korang boleh naik ERL atau korang boleh naik bas..
ERL
Kalau naik ERL dari TBS korang kena naik KLIA Transit..maksudnya train akan berenti2 lah dekat beberapa station (Putrajaya& Cyberjaya,Salak Tinggi,KLIA) last stop barulah KLIA2 masa perjalanan lebih kurang 32 Minit tiket dari TBS ke KLIA2 adalah RM 26.50. Tiket untuk kanak-kanak adalah separuh dari harga tiket biasa dan kalau Warga emas, OKU dan juga pelajar yang ada kad pelajar dapat potongan 30%. Kire sendiri jangan malas.
Train pertama dari TBS ke KLIA 2 pukul 4.40AM train terakhir pukul 12.12AM..masa dia pulak korang boleh tengok dekat SINI. Kalau masa puncak kekerapan die tu 20 minit sekali kalau tak puncak mana 30 minit sekali. Dekat link tu jugak korang boleh check pukul bapa korang akan sampai ke KLIA2..bagus benoo jadualnya.
Tips untuk Tiket Murah TBS-KLIA2
Yang ni aku nak share sikit lah macam mana nak beli tiket murah sikit kalau dari TBS ke KLIA2 tapi macam leceh sikit lah, tapi pada yang travel solo ataupun yang muda belia lagi tu mungkin boleh cuba...atau yg budget-budget sikit kan...apa yang perlu korang buat adalah korang kena check jadual dulu, Pukul berapa Train sampai..pukul berapa akan bertolak.. sebabnya korang kena naik dari TBS-Putrajaya/Cyberjaya(turun) pastu beli tiket Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2...macam yang aku cakap kalau terus TBS-KLIA2 harga tiket RM 26.50(Refer jadual kat bawah-dalam bulatan) . Kalau korang beli tiket dari TBS ke Putrajaya/Cyberjaya baru RM 5.30(Dewasa) dan harga Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2 RM 6.20(Dewasa) total semua RM 11.50..nampak beza??
korang boleh jimat RM 15.00 boleh simpan untuk balik pulak. Cuma tulah...korang kena check jadual train sebab takut terlewat pulak...
**Boleh try dari KL Sentral - Putrajaya/Cyberjaya - KLIA2 jugak yang ni boleh jimat RM 19.30...atau pun KL Sentral - Salak Tinggi - KLIA2 ni pun boleh jimat RM 19.30 jugak.
**Harga dalam entry ni semuanya sebelum kenaikan 1 Jan 2016, Harap maklum.
Harga Tiket |
*** Harga untuk 1 Jan 2016 dah naik dan berubah, kalau boleh tengok jadual dekat bawah ni. Banyak benoo bezanya.
Tiket Bermula 1 Jan 2016 |
Bas
Kalau korang ada masa yang banyak sebelum terbang korang boleh lah naik bas..sebab bas ni lama sikit nak sampai lebih kurang 1 jam 15 minit. Tu belum masuk jammed..orang accident..kete rosak lah..kan. Memang korang kena bertolak awal kurang2 pun 3,4 jam sebelum flight korang berlepas..Tiket memang murah RM 9 je. Korang boleh beli tiket dekat kaunter2 tiket dalam TBS tu. Bas yang pergi ke KLIA2 adalah bas JETBUS .
Bas pertama ke KLIA2 pukul 3.00AM..last bas 11.00PM..bas ni sejam sekali. Jadinya lepas bas pertama tu kirenya pukul 4,5,6,7,8,9...dan seterusnya lah. Jadual bas tu korang boleh check dekat SINI. Manja beno semua nak bagi link.
Parking kereta
Kalau yang nak parking kereta dekat TBS tu dalam TBS lah bukan yang dekat luar2 tu..parking die
RM 3/Hari ,kalau dekat luar tu dekat2 dengan station KTM/LRT tu RM 4/hari.
**Bermula 30 January 2015 parking kereta dekat TBS RM 4 Per entry/day
Teksi
Kalau naik teksi biasalah mahal sikit kan untuk teksi biasa aku dah tanya2 dalam RM 75 - RM 80, kalau Teksi Premiere lebih kurang RM 102 dan kalau Teksi Family lebih kurang RM 200 macam tulah harganya.
KL Sentral====> KLIA2
Tempat yang paling popular nak transit adalah KL Sentral, kalau korang dari KL Sentral korang boleh pilih sama juga. Sama ada naik ERL ( Ekspress atau Transit), Bas ataupun Teksi. Ada jugak yang naik KTM ke nilai..tapi yang tu aku tak pasti sangat.
ERL
KLIA Ekspress
Kalau naik KLIA Ekspress masa perjalanan 33 minit dan akan berenti dekat KLIA je lepas tu terus ke KLIA2..harga tiket RM 35 dewasa untuk kanak2 RM 15. Train pertama pukul 5.00AM dan train terakhir adalah pada pukul 12.40AM.
KLIA Transit
Kalau korang nak naik KLIA Transit pun boleh harga sama je. RM 35. Tapi die lama sikitlah 39 Minit berenti2 dekat 4 station. Jadinya lambatlah sikit. Harga sama baik naik KLIA Ekspress ek??. Tapi KLIA Transit train pertama dieorang pukul 4.33AM dan train terakhir dieorang pukul 12.03AM..
** Untuk Warga Emas, OKU dan Pelajar (kena ada kad pelajar) dapat potongan 30%.
** Harga untuk 1 Jan 2016 sudah naik.
Bas
Kalau naik bas pun boleh juga..Bas setahu aku yang biasanya AEROBUS. Tiket dari KL Sentral ke KLIA 2 RM 10. Bas pertama pukul 2.45AM last bas pukul 9.15PM..Masa perjalanan lebih kurang 1 Jam 15 Minit ..tu kalau jalan clean and clear. Kalau jammed..lama lah sikit. Selain dari Aerobus korang boleh naik SKYBUS. Harga tiket murah sikit RM 8 korang boleh beli online juga, boleh tengok dekat website dia tu aku dah bagi link.jangan malas sangat nak click. Masa perjalanan pun sama jelah 1 Jam 15 Minit lebih kurang, Bas pertama dieorang 3.00AM dan bas terakhir ke KLIA 2 adalah pukul 10.00PM. Dua-dua bas ni kekerapan dia 30 Minit sekali.
**Bas Aerobus- Ada juga perkhimatan dari Paradigm Mall ===> KLIA/KLIA2 dan juga dari Premiera Hotel ke KLIA/KLIA2.
Teksi
Kalau naik teksi harganya lebih kuranglah ni dalam perkiraan jelah eh..harga sebenar tu aku tak pasti lebih kurang RM 60 - RM 90. Lebih kurang lah, kalau salah jangan saman aku.
1 Utama===> KLIA2
Sini pun salah satu tempat yang popular juga untuk transit. Dari 1 Utama. Kalau korang pergi 1 Utama tu tempat bas dekat2 dengan Dataran Parking. Dekat dengan pintu masuk/keluar 1 Utama New Wing kot. Aku ni failed sikit bab New Wing dengan Old Wing. Tapi die dekat2 dengan Subway..BBQ Chicken..Old Town tu semualah..korang straight je sampai jumpa pintu keluar..pastu belok kiri..jumpalah.
Dari sini korang boleh naik bas lah dan biasanya bas yang ada SKYBUS. Tiket RM 13.50. Masa perjalanan aku tengok pun 1 Jam 15 Minit ye ke tak aku pun tak tahu. Tak pernah naik dari sini. Bas pertama dari 1 Utama pukul 3.00AM last bas pukul 11.00PM. Kekerapan bas 1 Jam sekali.
Tu jelah aku nak share. Yang paling penting, kalau rasa nak datang lewat sikit tak nak kelam kabut baik buat web check in dulu (cewah!!!) kalau rasa nak jalan2 dekat KLIA 2 ok jugak..boleh datang awal. Relax2 sikit kan..
**Parking kereta dekat One Utama korang boleh parking dekat dataran Car Park..bebtul sebelah tempat bas tu...sehari RM 4..kalau korang ade Kad One Card tu murah sikit aku rasa.
KTM nilai ke KLIA2.
Tambahan untuk yang menggole nak cari macam mana nak pergi KLIA2 dari KTM nilai..meh aku cite sikit.
Dari KTM nilai tu..ada bas untuk ke KLIA2/KLIA nama dia Aiport Liner. Tapi macam banyak berenti jugaklah bas ni..kira bas berhenti-berhenti. Kalau dr KTM Nilai tu dia akan berenti 6 kali (Desa jasmine,Desa Cempaka,Desa Melati, Inti College,Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA last stop adalah KLIA2). Bas pertama pukul 5AM dan bas terakhir pukul 11.20PM. Bas ni kekerapan dia 20min lah macam tu..bergantung pada keadaan-keadaan tertentu macam jammed ke, rosak ke kan..biasalah.
****PEMBERITAHUAN---->> Kadar tambang ERL akan naik pada 1 JANUARI 2016. Sila rujuk SINI. Ape yang aku dah baca katenye...tambang dari KL Sentral ke KLIA naik dari RM35/Sehala kepada RM55/Sehala.(Matilah Nak!!) lepas tu ada lah kalau beli dua hala ade diskaun skit..kalau beli guna kad kedit pun ade diskaun sikit. Tepuk poket tanya Driver Bas lah gini jawapnye.
*** Ada jugaklah promo yang KLIA Express/Transit bagi. Tapi kalau dah naik tu..naik juga. Tak mampu mengubat luka di hati.
Antara Deals yang ade Boleh tengok Website KLIA Ekspress |
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
kalau ke klia2 tu maksudnyaaa dia memang berhenti kt lapangan klia2 jugak la eh ? takpayah naik teksi untuk ke sana kan ?
ReplyDeleteYe...betul tu..dia akan trus ke klia2..tk payah ambik teksi ke apa ke :)
DeleteHi, awk cakap kalau naik ERL ke? kalau naik ERL memang dia akan berenti dekat KLIA2..cumanya kena jalan sikitlah..KLIA2 ni dia bersambung dengan shopping complex...awk cuma kena naik escalator..ke tingkt 2 tak silap sy..atau pun 3..macam tulah..tak perlu naik teksi.
ReplyDeleteSalam..nak tanye klau yg dari ktm nilai tu,tempoh perjalanan bas berapa lama nak smpai klia2??
ReplyDeleteThanks.
Hi, Ermm sy pun tak pasti berapa lama..tapi bas ni akan berenti dalam 5 station sebelum sampai ke KLIA2..Taman Jasmin, Taman Cempaka, Inti College, Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA, last baru KLIA2. Kalau die berenti 5min satu station pun dah 25min untuk berenti saja..kite mungkin boleh estimate perjalanan dalam 45min - 1jam. Terima kasih
DeleteSejam je..selalu juga wat tapi letih..skrg ni parking kat salak tinggi..pastu nail erl..badan pn xletih..
DeleteSejam je..selalu juga wat tapi letih..skrg ni parking kat salak tinggi..pastu nail erl..badan pn xletih..
Deletetq Matt Catt kongsi info
Deletetq Matt Catt kongsi info
Deletemakasih infonya banyak membantu, semoga Allah melimpahkan kesihatan dan rezeki yg berpanjangan buat anda.
ReplyDeletesama-sama, Amin ..terima kasih atas doa anda
Deletekalau dari klia ke klia 2 naik klia transit boleh ke?sebab nye gap xlama takut xsmpt cek in kt klia 2...lepastu transit tu tiap 15 mnt ke ad?
ReplyDeleteHi cempaka, boleh...naik klia transit. Kalau awk nak tau jadual boleh tgk jadual dekat website klia transit atau sy bg kat entry atas tu.
DeleteHi cempaka, boleh...naik klia transit. Kalau awk nak tau jadual boleh tgk jadual dekat website klia transit atau sy bg kat entry atas tu.
Deleteokeh...thanks ya
DeleteHai nk tny bas dr klia ke tbs ada x? Mksdnya sng x nk dpt bas trus mcm tu sbb klau dr klia2 ke tbs sng je kn.
ReplyDeleteHi Nik Nurhafizah, ermm soalan yg bagus.haha setahu sy bas dari TBS ke KLIA atau KLIA ke TBS tak ada. Kalau ada pun ke KL Sentral. Terima Kasih
Deleteada...jetbus dr tbs direct ker KLIA2..layari web http://jetbus.com.my/main.php
DeleteHi S.Zainah, Yup memang ada dari TBS ke KLIA2. Tapi Nik Nurhafizah tanya dari TBS ke KLIA.hehehe.. ade ke x eh? sy pun tak pasti
Deleteada... jetbus dari klia ke tbs dan sebaliknya...
ReplyDeleteSalam.. saya nk tnye.. kalau sye dr tbs nak ke bandar baru nilai, seremban ada ktm terdekat x? Jauh x dr bndr baru nilai tu.. tq
ReplyDeleteSalam.. saya nk tnye.. kalau sye dr tbs nak ke bandar baru nilai, seremban ada ktm terdekat x? Jauh x dr bndr baru nilai tu.. tq
ReplyDeleteSalam...dari TBS ke Nilai ade komuter. Awak kene jalan kaki sikit ke station komuter Bandar Tasek Selatan. Tak jauh pun,ikut je laluan dgn signboard. Mungkin dalam 5/10min jalan kaki,dekat situ ade bnyak station..dari TBS awk akan jumpa ERL(KLIA Transit) station jalan depan lagi baru awak jumpa Komuter dengan LRT station. Awak ambik Komuter station ke arah Seremban. Komuter akan lalu 5 station sebelum sampai station ke 6(Nilai). Dari Nilai Komuter station tu kalau tak silap sy kalau nak ke Bandar Baru Nilai dalam 10/15min naik kereta.
DeleteKalau dari klia2 nak ke tbs macam mane ek??
ReplyDeleteBoleh naik klia transit. Turun dekat Bandar Tasek Selatan, harga boleh tengok dekat jadual kat ats..atau pun boleh naik bas. Awak boleh baca tajuk TBS ke KLIA2..sama je caranye. Terima kasih
DeleteBoleh naik klia transit. Turun dekat Bandar Tasek Selatan, harga boleh tengok dekat jadual kat ats..atau pun boleh naik bas. Awak boleh baca tajuk TBS ke KLIA2..sama je caranye. Terima kasih
DeleteNak tanya,ada tak bas dari klia ke kuantan?
ReplyDeleteNak tanya,ada tak bas dari klia ke kuantan?
ReplyDeleteNak tanya,ada tak bas dari klia ke kuantan?
ReplyDeleteDirect bas sy rasa tak ada.
ReplyDeletenak tnya klia transit tu kan
ReplyDeletekalau kita dari
KLIA -> salak tinggi
salak tinggi -> bandar tasik selatan
ada tak?
Hi Nana, Ada..perjalanan KLIA Transit ni kalau dari KLIA macam ni. KLIA2->KLIA->SALAK TINGGI->PUTRAJAYA&CYBERJAYA->BANDAR TASEK SELATAN->KL SENTRAL.Train akan berenti dekat setiap stesen.Jadi kalau awak dari KLIA awak boleh jugak terus ke Bandar tasek selatan tanpa tukar train.Atau kalau awak ada hal dekat Salak tinggi boleh turun dekat salak tinggi dan naik semula dekat stesen yang sama untuk ke Bandar Tasek Selatan. Terima Kasih
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletenak Tanya 3 soalan..
1.cara jimat pergi KL sentral guna apa ya? bas,train atau taksi?
2.ada tak bas dari klia2 direct pergi Melaka?
harga ticket bas berapa ya? kalau naki taksi berapa harga?
3.bagaiman nak pergi ke GM KLANG dari KL sentral?
guna apa ya? dan bajet murah?
terima kasih..
Wsalam,
Deletenak Tanya 3 soalan..
1.cara jimat pergi KL sentral guna apa ya? bas,train atau taksi?
**Kalau nak jimat Guna Bas(Skybus) harga sehala RM10.50,Train(KLIA Express) Sehala RM55 dan Teksi/Grab Car Biase akan Charge RM75-RM85.
2.ada tak bas dari klia2 direct pergi Melaka?
harga ticket bas berapa ya? kalau naki taksi berapa harga?
***Ada,Satu-satunya bas yang operate KLIA2 Ke Melaka adalah Transnasional, Tiket bas sehala RM24.10. Kalau teksi bergantung mana destinasi awak, kalau Ke Melaka Sentral tu mungkin dalam RM150 Keatas sebab jauh jugak tu dalam 136KM.
3.bagaiman nak pergi ke GM KLANG dari KL sentral?
guna apa ya? dan bajet murah?
***KL Sentral Ke GM Klang boleh naik Train(KTM) tp kena tukar bas pulak lepas tu,harga tiket train RM6 tapi bas saya tak pasti berapa cuma memang lama lah mungkin makan masa sampai 2Jam lebih dekat 3Jam nak sampai.Kalau naik teksi mungkin harga dalam RM50-RM60.Awak boleh google guna google map untuk tengok cara nak pergi GM Klang dari KL Sentral.
Terima Kasih
salam nak tanya.. kalau naik bas dari kl sentral untuk ke klia2..kalau nak beli tiket bas kat kl sentral dekat mana yerk?
ReplyDeleteSalam,tiket bas beli dekat tempat bas. Bas dekt kl sentral ni ade dkt bwh,awk boleh tanya kaunter pertanyaan dkt kl sentral tu mcm mana nak pg dkt tempat bas tu.
DeleteSalam, terima kasih atas artikel dan bantuan anda...rasa confident sikit nak ke Cyberjaya naik KLIA Transit..
ReplyDeleteAsal harga naik������dh la bnyk beza lam 20ringit
ReplyDeleteHarga ape yg dh naik eh?
DeleteNak tnya mcm mn nak k klia2 dari hentian duta Kuala Lumpur
ReplyDeleteKalau dari hentian duta nak ke klia2 jauh jugak..kalu nk naik train, train station yg paling dekat Station KTM sentul dekat2 pun dalm 3km jugaklah boleh ambil,teksi atau bas kesana lepas tu naik KTM menghala ke Sg.Gadut turun dekat station KL Sentral dan dr KL sentral boleh ambil KLIA transit, ekspress ataupun bas ke KLIA2 tapi masa mmg lama lah dan KTM ni sedia maklum tak berapa nak tepati masa, atau boleh ambil uber atau grab car anggaran harga boleh check dalam apps dieorg..tapi mungkin dalam RM 72-RM90 bergantung pada masa juga kalau peak atau mid night mahal sikit,masa dalam 45min - 1 jam bergantung pd traffic.
ReplyDeleteBole bagi x snarai stensen bas yg dekat dengan klia2.. Tq
DeleteStesen bas bergantung pd mana awk dtg nak cakap pun ssh kalau stesen bas ni sebab semua jauh2. Kalau tyr bas yg ke klia2 direct tu boleh kot sy jwb, Ni stesen bas yg ade bas direct ke KLIA2.. KL Sentral, TBS, Genting, klang,PJ,Nilai, One Utama, Jln Ipoh, Pudu Sentral, Ipoh, Melaka, Taiping,Yong Peng, JB hrp membantulah.
DeleteHai saya nak tanya , ada tak klia transit .ke klia . Saya dari klia 2 nak ke klia
ReplyDeleteHi, Ada..KLIA2 ke KLIA dan sebaliknya.
Deletesalam
ReplyDeletemohon bantuan
jika saya dari klia2 ke tbs berapa lama perjalan
bas saya pukul 11.30 di tbs
flight tiba di airport pukul 10
ada cadangan
Salam, secara jujurnya masa tu terlampau terhad, kalau flight tiba di KLIA2 pukul 10, awk akan ambil masa untuk keluar dari flight dan berjalan sampai ke tempat bas atau train atau grab dan sbgnya dan kita tahu KLIA2 tu bukan kecil, kalau platform awk dekat sekali pun awk masih perlukan masa yg agak lama untuk berjalan keluar dari airport ke tempat2 yg sy sebut tadi. Kalau secara logiknya sy rasa terbang je boleh sampai tbs tepat sebelum bas awk bergerak.
Delete* Kalau nk naik bas dari KLIA2 ke TBS - mungkin makan masa sejam atau lebih dan awk kena check jadual bas.
* Kalau nak naik KLIA Transit - Setahu sy jadual dia 10am dari KLIA2 sampai TBS 10.30am ( yg ni memang tak sempat lah, kalau 10am baru flight touch down)
kalau awk boleh dapat naik train 10.30am bolehlah sampai TBS pukul 11am tu pun kalau sempat lah nak keluar dari flight nak berjalan ke train dalam masa 30min dari touch down.
train seterusnye 11am sampai TBS 11.30am - yang ni mungkin bas awk dh nak gerak dh. sedangkan train baru je sampai station TBS dan awk kena berjalan ke Terminal TBS.
*Last choice kene naik grab tapi sy tak tahu berapa lama nak tunggu grab sampai lepas tu kemungkinan2 jem ke ape, tak pasti...tp perjalanan dari KLIA2 sampai TBS kalau naik kereta pun makan masa hampir 1 jam paling cepat pun 50min tu pun kalau jalan clear.
Secara jujurnya kalau ikut jadual awak ni memang sgt packed, 50-50 nak cakap sempat naik bas tu.