Wednesday, 13 August 2014

Ho Chi Minh City(5H 4M) Day 3

Hari Ketiga HCMC..selepas berpenat lelah semalam..dengan Tunnelnya..hari ketiga ni aku akan tour dekat2 Bandar je. Walaupun dekat2 bandar tapi jauh jugaklah dan lama. Tour start dari 8.40AM sampai 4.30PM..lama tak? Lama kan...aku pun sebenarnye rasa mcm nak pengsan2 mcm tu dengan condition aku yang tak berapa nak fit memang aku sangat penat hujung2 tour tu sebenarnye boleh pilih dia ada morning tour..ada afternoon tour..tapi sebab aku nak semua..aku ambiklah 1 Day tour..dari pagi sampailah ke petang..

Morning Tour
1) War Remnant Museum
2) China Town
3) Thien Hau Pagoda
4) Binh Tay Market
5) Handicraft Workshop

Afternoon Tour
1) Reunification Palace/ Independent Palace
2) The Notre Dame Cathedral
3) The General Post Office
4) City Hall

Pagi tu macam biasalah aku turun 8.35AM tunggu Tourist Guide datang. Macam biasa jugak dieorang akan datang lewat sikitlah sebab nak ambil2 orang dari Hotel lain jugak lagi pun Ms. Khanh dah cakap dieorang akan datang dalam pukul 8.40AM-9.00AM jadinya pepandai koranglah yang penting kalau stail aku jangan orang tggu kita, biar kita tggu orang.

Sebelum berhenti dekat War Remnant Museum..bas berhenti dekat salah satu coffee shop untuk rasa lah kopi Vietnam..disebabkan Vietnam merupakan pengeluar kopi kedua terbesar dunia. Tapi masa kat sini aku tak rasa pun sebab aku tengok die bagi menu pastu ada harga pulak..lagi pun aku macam tak tahu kopi ni halal ke tak. Jadinya aku pun malas nak minum. Aku cuma tengok-tengok sikit apa yang kat dalam kedai tu, aku tengok ada dalm botol dieorang letak ular tedung dengan kala jengking. Aku pun tak tahu untuk apa..mungkin untuk ubat kot.

Real ni wei!!

Sebelum bertolak tu Tourist Guide kiteorg masuk balik dalam bas dan bagitau ade salah faham sikit antara kedai tu dengan salah seorang family yang ikut tour kiteorg tu, sebabnya DURIAN je. Family ni kalau tak silap aku dari Sepanyol dieorang ni konon2 nya tengok menu nak lah order aiskrim DURIAN..bile dah sampai tu dieorang rasa..biasalah kan orang-orang luar ni memang dieorang geli dengan DURIAN ni kan. Jadinya dieorang rasa macam tak sedap dan dieorang tak nak bayar lah..bukan banyak sangat pun 50,000VND( RM 7.50/3USD) dah kecoh-kecoh dalam bas. Selagi dieorang tak bayar selagi tu bas xboleh jalan. Last2 Tourist Guide tu yang tolong bayarkan. Macam-macam hal lah korang ni. 

Morning Trip

1) War Remnants Museum


Disebabkan aku dah bayar entrancee fee jadi aku xpayahlah bayar lagi dan kali ni tak ada dah salah faham macam semalam. Ok sudah! dieorang dah alert dah pasal ni. Seingat aku entrance fee die dalam 15,000 VND(0.71USD/RM 2.26) Lepas dah beli tiket die bagi masa dalam 1 jam untuk kite tengok dalam muzium ni..muzium ni ada 3 level. Dekat luar2 ade kereta kebal..bot tentera..kapal terbang..pastu ade jugak tempat kurung2 orang macam tu..lepabih tepat lagi tempat tahanan. Kurung-kurung orang sedap sangat bahasa.

War Remnants Museum

US Air Force

Antaranya

Level 1

Level 1 ni Level keinsafan..memang korang akan diam je bila tengok gambar2 kat sini. Gambar-gambar kat Level ni memang agak sedih sebab gambar kesan dari Agent Orange/Dioxin, apa yang jadi bile dah sebok sangat nak perang sampai guna bahan kimia..kesan die pada rakyat Vietnam memang menyedihkan.

** Pendapat akulah kalau siapa-siapa  yang mengandung ke ape baik tak payah tengoklah gambar-gambar tu semua.

Korang layan jelah beberapa gambar yang aku ambil masa kat sana. Sedih beb! serius..

Tak ada Mata

Kesian wei!!

Kalau tak sedih tak tahu lah aku


Level 2

Level 2 ni ada apa eh?? aku lupa lah pulak, dekat tingkat dua ni bom2 yang dieorg gunakan masa perang, senjata-senjata..ada jugak gambar2 masa perang tu..agak menakutkan jugaklah..

Bom yang digunakan masa perang

Kedasatan Perang

Antara Peluru yang digunakan


Level 3

Level 3 ni..kebanyakannya gambar yang dieorg kumpul dari jurugambar-jurugambar yang bertugas masa perang tu..kebanyakkannya mati masa perang tu jugak..dieorg kumpul semua gambar-gambar tu..

Antara gambar yang ada

Adoi!!


Tempat kurungan

Tempat kurungan ni aku masuk gitu2 jelah tak ada beriye sngat nak tengok..takut sikit. Tak berapa nak kuat diri nak masuk dalam-dalam tu.

Tempat Kurugan

Tiger Cages

Bayangkan kena kurung dalam tu



2) China Town


China Town ni pusing2 macam tu je..memang kebanyakannya orang cina, Jadi dieorg cakap cina lah..tapi cina vietnam bunyi die pelik sikit..aku yang biasa dengar orang cakap cina pun macam blur2 bahasa die dieorg cakap ni..kena amati bebetul baru tau dieorg cakap cina.

3) Thien Hau Pagoda


Ni merupakan Tokong Buddha, die dekat2 dengan China Town..dah semuanya bukan Muslim aku je Muslim jadinya..aku turun jugaklah dari bas..ikut jugak smpai ke depan Tokong..Tapi aku tak masuklah. Aku duduk kat luar je berjemur tengah panas buta tu. Nak buat macam mana kan dah termasuk dalam tempat lawatan, tapi pada aku tak kisah lah..bukannya nak pergi sembahyang kat dalam tu pun. Duduk luar sudah.

Tokong

Beli burung dan lepaskan kepercayaan dieorang


4) Binh Tay Market


Market ni memang aku rasa Market yang patut korang pergi sebab Market ni sangat2 murah. Memang jauh beza dengan Ben Thanh Market. Dieorang dekat sini macam jual untuk perniaga2 jugak. Dieorang beli pakai borong jadi harga memang agak murahlah. Macam kacang gajus dekat Ben Thanh Market dieorang jual sekilo 150,000VND/RM 23/ 7USD  kalau dekat Binh Tay Market dieorang jual sekilo 90,000VND/RM 19.60/4.30USD  Biji teratai dekat Ben Thanh Market dieorang jual sekilo 400,000VND/RM60/18.90USD dekat Binh Tay Market 260,000VND/RM39/12.30USD. Korang tengok sendiri lah berapa banyak bezanya harga, dekat sini juga ada jual kain2...telekung..topi2..periuk2..semualah ada..yang pastinya lebih murah dari Ben Thanh Market.

Borong-borong

Macam periuk belanga ada

Binhtay Market

Murah tak??


5) Handicraft workskhop


Sini sama jelah lebih kurang masa nak pergi Cu Chi Tunnel tu..tapi bukan tempat yang same..tempat lain, tapi harga die mahallah..kalau nak tengok2 tu mungkin boleh. Nak beli? terpulang pada diri korang lah.

Handicapped Handicrafts


Lunch Break


Dieorang akan berhenti makan dekat Satu kedai Nama Khim Cafe betul2 depan office dieorang aku memang tak makan lah sebab aku tengok macam tak halal. Jadinya aku lepak2 kat taman dekat dengan cafe tu.Makan memang termasuk sekali katenye tapi die terangkan cuba bagi discount 1USD je untuk makanan. Jadi kalau korang makan tu harga die contoh 4USD korang cuma bayar 3USD je.

Afternoon Trip


1) Reunification Palace/ Independent Palace

 

Bila dh tengahari tu memang penat gile..aku pun rasa penat semacam je. Kalau ikutkan tempat2 petang ni memang area bandar je. Jadi kalau korang rajin nak jalan..korang boleh berjalan je..mungkin jalan kaki dalam 30 minit kot..sebab dekat2 je antara satu dengan lain.

Reunification Palaca/Independent Palace ni adalah dimana tempat berakhirnye perang Vietnam..atau dikenali sebagai Fall Of Saigon. Masa berakhirnye perang Vietnam tu ada kereta kebal sudah langgar itu pintu gate lah. Lebih kurang macam tulah. Dan mengikut kata Tourist Guide tu sebelum ni ade 4 President Vietnam yang dah tinggal dekat situ. Sekarang ni dah tak ada..jadi die bukak lah untuk orang2 tgk macam mana rupa dalam die kan..besar lah pulak nak berjalan..aku jalan ambik gambar pastu dah aku tggu je kat bawah..tak larat nok!!

Bangunan Independance Palace

Ni ruang ape eh tak ingat aku

Ni santai2


2) The Notre Dame Cathedral


Yang ni pulak bagunan dia cantik..kire Gereja dekat bandar HCMC. Aku tengok dari jauh jelah..Tak banyak boleh komen.

Gereja


3)  The General Post Office

 

Bagunan post ni memang klasik..dalam dia ada tempat utk korang pos postcard kalau korang nak pos lah..ade jual souvenior jugak..bagunan ni dekat je dengan Reunification Palace dan terlalu dekat dengan Gereja ni..seberang jalan je kot.

Post Office

Dalam Post Office


4) City Hall


Aku pun tak pasti sebenarnya City Hall ni apa..sebab masa tu aku dah penat sangat. Aku rasa die depan post ni sebab kat situ ade Statue..orang ramai ambik gambar kat situ..Statue ape aku tak pasti aku tak tengok.

Dah habis tour ni..aku pun tahap penat nak terburai perut..nasib baik die berenti dekat Ben Thanh Market jadi aku tak payah jalan jauh sangat. Balik tu terus je makan. Makan kat Serai juga sebab kedai yang aku nak makan tu masih lagi beraya. Makan pun makan benda yang sama je Pho Bo dengan Vietnam tea.

Balik rehat kejap..mandi dan berkubang2..petang tu dalam pukul 6PM aku berjalan kaki ke Water Puppet Show.

 Jalan Kaki Ke Water Puppet Show


Aku confius sikit kat mana Water Puppet Show ni, lepas dah google2 aku tengok ade dekat2 dengan AVA Hotel ni..jalan kaki lebih kurang 10 minit je kot. Kalau aku lah sebab aku punya kaki ni..ala2 atlet..atlet pencen..Kalau korang jalan lenggang kangkong..lebih kurang 20minit lah..jalan die sangat senang.

1) Turun dari AVA Hotel tu korang ke kiri..jalan smpai ke jalan besar.
2) Belok kiri lagi...straight je..sampai jumpa traffic light pertama.
3) Traffic light tu korang ke kanan..nanti korang akan lalu dekat taman..kiri kanan taman..orang lepak2..senam2 joget2 dekat situ.
4) Jalan terus je lagi sampai korang jumpa traffic light..traffic light tu kanan ikut signboard Jalan Nguyen Thi Minh Khai...jalan sikit je nanti korang nampaklah Water Puppet Show punya banner.

Water Puppet Show



Water Puppet Show


Water Puppet Show  ni  antara yang aku rasa korang perlu tengok sebab aku rasa tak ada kat Malaysia. Unik dan menghiburkan..die punya show ni 50 minit tanpa henti..walaupun dieorg guna bahasa dia..memang tak paham sepatah haram..tapi aku enjoy sebab ada muzik traditional die..syook wooo!! Die ada macam2 citelah..rata-rata pasal kehidupan harian rakyat Vietnam..ade klaka2 sikit.Tiket die aku rasa baik beli sendiri je sebab lagi murah satu tiket 160,000VND(7.5USD/RM 24) . Korang kena check dulu bile korang nk pergi tengok sebab die ada masa-masa show die..die setiap hari dan ada 3 waktu berbeza 5PM, 6.30PM dengan 7.45PM. Jadi korang kenalah pergi kurang2 pun 15minit sebelum show tu sebab nanti takut tiket habis pulak, Ramai woo orang!! pastu nanti kena beratur macam nak tengok wayang jugaklah kirenye..Tiket die pun ada no. seat jugak..

Unik


Hari ketiga ni memang aku penat tahap dewa. Esok nak ke Mekong Delta pulak. Nak charge tenaga sikit.

** Update: 2/5/2016- Aku ada terbaca pasal seorang warganegara Malaysia yang dibunuh di HCMC baru-baru ni. Sangat terkejut dengan berita tersebut dan aku ambil kesempatan nak ucapkan salam Takziah pada keluarga mangsa. Aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat, beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..di ampunkan dosanya,diterima segala amal ibadatnye dan semoga dia dijauhkan dari siksaan Kubur. Amin...

Selain dari tu beberapa hari sebelum tu ada juga kisah tentang beberapa orang dari Malaysia juga diculik dan di rompak di HCMC boleh baca dekat SINI. Apa pun, aku boleh ingtkan pada korang.. mana pun kite pergi berhati-hatilah, tengok keadaan sekeliling. Alert setiap benda  yang jadi sekeliling kita, baca dan ambil semua pengajaran dan tips dari banyak blog jangan stick pada 1 blog saja sebab setiap blog ada isi dan pengalaman yang lain. Sepanjang aku ada dekat HCMC aku memang tak pernah naik teksi, aku cuma jalan kaki..naik bas dan bas tour je, sebab aku ade dgr cite yang tak best bile naik teksi. Ada 1 website ni aku tengok dia ada bagi contact untuk emergency..jadi korang boleh simpan cntact tu. Boleh check dekat SINI
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...