Hari keempat(akhir)
Destinasi:
a) Jom Ikan Bakar(lagi sekali)
b) Pusing satu langkawi
c) Mandi Manda
d) Pasar malam Pantai Chenang
Jom Ikan Bakar
Walaupun ok2 je..datang lagi sekali sebab pilihan makanan dia banyak..nak jugak lah cuba makan benda lain..makan kenyang-kenyang pasni nak pusing satu pulauPusing Satu Langkawi
Memang pusing habis..kami bergerak dari Pantai Chenang menuju ke kereta Cable…lalu ikut tepi pantai je..tapi kami tak ke kereta cable memang tak nak naik pun..gayat katakan memang tak lah aku..hahaTinggi tol |
Cable car yang TAK menakutkan |
Dari satu kawasan kami menuju ke kawasan yang lain pemandangan memang sangat cantik lagi-lagi kalau kita nai bukit dan berlatar kan pantai ditepi memang fuhh! Cantik betul…
Pantai yang jernih |
Kami bercadang nak berenti kat Pantai Pasir Hitam..memang hitam pun pasir dia..hitam betul..tapi pantai dia memang cantik..dahla ada bot nelayan..feeling phuket la pulak..haha
Pantai Pasir Hitam |
Cantik memang cantik..lepas dah ambil gambar suma..kami teruskan perjalanan lagi..kawasan kampong dan memang tak banyak jumpa kereta melainkan dekat Kuah..kuah agak ramai jugaklah tapi tak adalah padat sangat..tapi memang tenang jalan kat langkawi ni..kat sini Hon pun jarang dengar sama macam kat KK..cayalah orang langkawi..hehe
Pusing-pusing sampailah kami di kuah semula..dalam fikiran nak berenti beli goring-goreng dekat area kuah jalan ke padang matsirat/pantai chenang…kami berenti kat kedai-kedai tepi jalan tu untuk beli air kelapa(RM 1) ,goreng pisang ( RM 2) Banyak…dan cekodok pisang ( RM 2) cekodok ni 6 bijik = RM 1 ade kat KL? Mintak maap jelah..haha dahlah beso-beso cekodoknya..puas hati! Pulang ke hotel dengan hati riang…
Mandi Manda
Seperti biasa aktiviti petang mestilah mandi manda..hari ni sangat best sebab hari akhirkan..siap ada sunset lagi..dengan kapal layar lalu pulak tu..ada omputeh tu siap belari-lari lagi nak amek gambar kapal layar dengan sunset..masa sunset tu memang ramai gile omputeh bersidai nak amek gamba aku(musnah lens camera)…sunset memang cantik kat mana-mana pun kan..jadinya aku pun layan jelah…cantik..orang sebok tangkap gambar..kawan aku sebok tangkap ikan kecik-keci yang menyorok kat bawah rumpai laut..memang bajau laut betullah ko ni!Pasar Malam
Pasar malam dekat langkawi ini ada tiap-tiap malam..tapi berbeza tempatlah kami memang memula dah plan nak pergi tiap-tiap pasar malam tu tapi disebabkan malas..jadi kami hanya pergi masa dia buatkan pantai chenang je..iaitu jalan ke kedawang tempatnya di bohor tempoyak…kalau dari pantai chenang masuk simpang kiri selepas laman padi..orang memang ramai omputeh,omhitam semua ada..tapi pasar malam dia tak besar lah…Apa yang menarik adalah harga makanan..murah gile..nasi lemak RM 1, burger RM 1( tapi daging potong dua la) Pasemboq RM 3, makanan yang cucuk-cucuk tu RM 1-2 satu…walaupun ramai orang luar harga tetap murah tu bagus langkawi ni…
Maklumat Pasar Malam:
Isnin - Jalan Makam Mahsuri Lama (off Ulu Melaka)
Selasa - Kedawang
Rabu - Kuah
Khamis - Bohor Tempoyak (off Pantai Cenang)
Jumaat - Padang Lalang (Near Tanjung Rhu)
Sabtu - Kuah
Ahad - Padang Matsirat (1km from Airport)
Island Hoping
Lose Hope sebab aku tak berapa sihat…hukhukBerangkat pulang
Memandangkan tiket aku pukul 4 PM jadi aku ada masa lagi nak jenjalan..lepas makan kami cari key chain(standart la) beli beberapa yang patut..ada satu kedai tu key chain beli 10 pecuma 1 tapi kedai tu tutup pulak ari tu..lepas beli key chain kami ke chenang mall konon-konon nak cari alovera sebab muka aku sakit gile..panas la katekan..hukhuk tapi dah habis..Kami pun merancang nak pusing lagi sekali langkawi dengan menghalaa kea rah lain pulak..kami mebuju ke jalan porto..porto ni ada jetty kalau nak island hoping pergi dari sini la..kat sini ada resort yang diberi nama Awana Porto Malai..high class ko! Tengok dari jauh jelah..
Porto Malai |
RM 2 je |
Dalam Pukul 3 aku call En.Rozaidi untuk pulangkan kunci..dia macam tak ingat je aku sapa..boleh?? siapa-siapa nak contact En.Rozaidi ( 0125927105) nama syarikat dia Jazirah Holidays sdn bhd..website pun ada jugak tapi aku tak pernah tengok macam mana
Website: Jazirah holiday
email: jaziraholidays@yahoo.com
Selain kereta korang boleh sewa scooter feeling omputehlah..omputeh kebanyakannya akan sewa scooter..lagi murah lagi jimat..
Aku tak de kena mengena dengan org dalam gambar(Rembat Website lain) |
Note: Banyak kali juga ada roadblock kat langkawi ni lebih-lebih lagi area nak ke pantai chenang aku pernah kena sekali dekat-dekat dengan go cart..dia akan tahansemua kereta termasuk scooter dan motor-motor lagi-lagi omputeh..Encik polis akan mintak lessen pastikan kalau korang tu Lesen P tolong check kereta tu ada pelekat P kalau tak nasib korang la..yang tak ada lessen tu pulak jangan nak tunjuk hero..ambik lessen dulu baru bawak keta ya..
Apa-apa pun langkawi memang menarik untuk dilawati..cantik,aman dan panas..
Rating:
Keseronakan: 4/5
Makanan: 4/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 5/5
Orang tempatan: 5/5
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
No comments:
Post a Comment