Sunday 19 November 2017

Cermin Kereta sebelah Tepi Pecah

Tengok tajuk sikit, tengok tajuk pun tak stress!! Cermin kereta sebelah tepi kereta aku pecah alkisahnya..benda ni jadi masa aku balik kerja tiba-tiba tengok-tengok cermin sebelah kiri pecah lah pulak..ni bukan pecah sebab kene pecah curi ke ape yang ni retak seribu dan aku suspek kena batu. Samada orang potong rumput atau pun lori bawak batu..atau pun ade budak-budak nakal baling batu. Cermin tu masih dekat situ lah sebab ada tinted kan..jadi tak adalah die jatuh berderai-derai.

Kalau cermin korang pecah ape korang nak buat?? meh aku nak share pengalaman sikit, sebah yelahkan benda ni tak selalu jadi dan macam aku ni pun ni pengalaman pertama aku cermin pecah jadi memang blur tahap ayam berak kapur kejap. Tak tahu apa nak buat, nak contact siapa?? untuk mnyenangkan kerja korang aku share lah sikit pengalaman aku..

Benda ni jadi masa tu aku tengok yak yak yeay nak pergi Bangkok..Phuket, Aku balik kerja pukul 3PM macam biaselah dengan hati berbunga riang, sekali masuk kereta tengok makk aihh..cermin sebelah kiri (penumpang) dah retak seribu. Blur aku dibuatnya..yelah kan aku nak rushing pergi airport lagi masa tu, flight pukul 8.30PM. Balik dari Damansara korang tau jelah kan..ambik masa sejam jugaklah nak ke Puchong tu dengan hujan lagi masa tu. Aku sampai Puchong area belakang Tesco dekat dengan IOI tu dalam pukul 4 PM mancari kedai cermin pulak 1 hal..sekali jumpalah satu kedai kecik..die cakap ada cermin harga RM140 aku ckp oklah tapi lama ke x? sebab aku nak pergi airport, dia cakap dalm sejam macam tu. Aku fikir-fikir boleh jelah sebab yelah kan..aku dah lah duduk area flat parking open je macam tu kalau aku tinggal musim hujan kang..buatnya cermin aku pecah habis, aku balik memang tinggal masukkan ikan jelah dalm kereta aku tu. Lepas dia dah bukak sikit..tiba-tiba die ckp tak ada stok pulak dah cermin!!! ko rasa macam mana?? dia call sana sini..last-last ade 1 RM160..aku masa tu dah panas hati dah..aku cakap tak pelah sy nak cepat sy pergi kedai lain!! marah nii..aku pun pergi kedai 1 lagi..dia cakap pun tak ada stok jugak.ahh sudah lah!! masa tu dah pukul 4 lebih dah nak dekat pukul 5PM kang kalau aku cari lagi kedai memang sah-sah pukul 6 ke 7 belum tentu siap ni. Jadi aku fikir baiklah aku tinggal jelah kereta dekat office kawan aku lepas tu balik dari berjimba baru aku settle kan..jadi aku tinggalkan kereta dekat office kawan aku dan aku pun selamatlah berjimba.

Tu mukadimah je..jangan lah marah, ok!! balik dari Thailand..Isnin aku memang cuti, jadi aku ambik balik kereta dan kawan kepada kawan aku cakap boleh try tanya insurans cover ke idok cermin tepi. Jadi hari Isnin tu aku call Insurans aku (Etiqa Takaful) tanya cover ke tak cermin tepi dan Alhamdulillah cover rupenya..aku tanya insurans tu bukan cermin depan belakang je ke?? die cakap  semua cermin cover KECUALI Side mirror, jadi side mirror kanan kiri tu idok yer. Aku ambik tak delah mahal sangat windscreen tu aku renew bulan 9, 2017 insurans windscreen aku ambik RM75, limit die RM500 tu je tak ada tambahan.Alhamdulillah...tak payah keluarkan duit, cuma nanti NCD tu kurang lah sikit sebab dah claim kan. - Pasal NCD aku tak pasti sebab ade komen cakap tak luak NCD.

Rumusannya..kalau cermin korang pecah ape nak buat? ... meh tengok bawah ni

1) Call insurans korang tanya cover tak cermin mana yang pecah tu.
2) Kalau korang tak simpan Policy insurans boleh mintak dieorang emailkan sekali Policy insurans. 
3) Cari Panel workshop yang terdekat
4) Call Panel workshop yang korang nak pergi tu,bagitau condition kereta dan tanya ada ke tak stok cermin. 
5) Sebelum pergi workshop korang kene sediakan ni:-
a) IC
b) Lesen (Pastikan tak expired) 
c) Policy insurans
d) Geran
6) Bawa semua dokumen dekat atas ni masa korang pergi workshop
7) Dekat workshop nanti dieorang akan tanya details sikit macam mana boleh pecah,tarikh pecah, tempat kejadian. 
8) Dieorang akan call insurans untuk confirmkan semula insurans kita
9) Dah ok..dieorang terus betulkan cermin dan dalam masa sama dieorang akan siapkan borang claim 
10) Sign-sign..kereta korang siap. Bereh!! tak payah bayar apa-apa. 

Senang ke idok? hahaha jangan ketar-ketar eh kalau cermin pecah. Cuma peringatan untuk aku jugak mungkin kene ambil mahal sikit tahun depan cermin, kalau cermin tepi ni murahlah sikitkan kalau buatnya kene yg depan ke bkg ke..mahal tu!!

Ape pun..ku harap membantu lah. kalau ade yang silap ke bolehlah betulkan..aku pun baru pengalaan pertama ni.

Notes: Walaupun nampak macam nak berderai cermin tu, kalau korang pakai tinted insyaAllah tak berderai, tapi janganlah bawak macam F1. Angin tu kang tak pasal-pasal pulak.

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...