Sunday 19 November 2017

Cermin Kereta sebelah Tepi Pecah

Tengok tajuk sikit, tengok tajuk pun tak stress!! Cermin kereta sebelah tepi kereta aku pecah alkisahnya..benda ni jadi masa aku balik kerja tiba-tiba tengok-tengok cermin sebelah kiri pecah lah pulak..ni bukan pecah sebab kene pecah curi ke ape yang ni retak seribu dan aku suspek kena batu. Samada orang potong rumput atau pun lori bawak batu..atau pun ade budak-budak nakal baling batu. Cermin tu masih dekat situ lah sebab ada tinted kan..jadi tak adalah die jatuh berderai-derai.

Kalau cermin korang pecah ape korang nak buat?? meh aku nak share pengalaman sikit, sebah yelahkan benda ni tak selalu jadi dan macam aku ni pun ni pengalaman pertama aku cermin pecah jadi memang blur tahap ayam berak kapur kejap. Tak tahu apa nak buat, nak contact siapa?? untuk mnyenangkan kerja korang aku share lah sikit pengalaman aku..

Benda ni jadi masa tu aku tengok yak yak yeay nak pergi Bangkok..Phuket, Aku balik kerja pukul 3PM macam biaselah dengan hati berbunga riang, sekali masuk kereta tengok makk aihh..cermin sebelah kiri (penumpang) dah retak seribu. Blur aku dibuatnya..yelah kan aku nak rushing pergi airport lagi masa tu, flight pukul 8.30PM. Balik dari Damansara korang tau jelah kan..ambik masa sejam jugaklah nak ke Puchong tu dengan hujan lagi masa tu. Aku sampai Puchong area belakang Tesco dekat dengan IOI tu dalam pukul 4 PM mancari kedai cermin pulak 1 hal..sekali jumpalah satu kedai kecik..die cakap ada cermin harga RM140 aku ckp oklah tapi lama ke x? sebab aku nak pergi airport, dia cakap dalm sejam macam tu. Aku fikir-fikir boleh jelah sebab yelah kan..aku dah lah duduk area flat parking open je macam tu kalau aku tinggal musim hujan kang..buatnya cermin aku pecah habis, aku balik memang tinggal masukkan ikan jelah dalm kereta aku tu. Lepas dia dah bukak sikit..tiba-tiba die ckp tak ada stok pulak dah cermin!!! ko rasa macam mana?? dia call sana sini..last-last ade 1 RM160..aku masa tu dah panas hati dah..aku cakap tak pelah sy nak cepat sy pergi kedai lain!! marah nii..aku pun pergi kedai 1 lagi..dia cakap pun tak ada stok jugak.ahh sudah lah!! masa tu dah pukul 4 lebih dah nak dekat pukul 5PM kang kalau aku cari lagi kedai memang sah-sah pukul 6 ke 7 belum tentu siap ni. Jadi aku fikir baiklah aku tinggal jelah kereta dekat office kawan aku lepas tu balik dari berjimba baru aku settle kan..jadi aku tinggalkan kereta dekat office kawan aku dan aku pun selamatlah berjimba.

Tu mukadimah je..jangan lah marah, ok!! balik dari Thailand..Isnin aku memang cuti, jadi aku ambik balik kereta dan kawan kepada kawan aku cakap boleh try tanya insurans cover ke idok cermin tepi. Jadi hari Isnin tu aku call Insurans aku (Etiqa Takaful) tanya cover ke tak cermin tepi dan Alhamdulillah cover rupenya..aku tanya insurans tu bukan cermin depan belakang je ke?? die cakap  semua cermin cover KECUALI Side mirror, jadi side mirror kanan kiri tu idok yer. Aku ambik tak delah mahal sangat windscreen tu aku renew bulan 9, 2017 insurans windscreen aku ambik RM75, limit die RM500 tu je tak ada tambahan.Alhamdulillah...tak payah keluarkan duit, cuma nanti NCD tu kurang lah sikit sebab dah claim kan. - Pasal NCD aku tak pasti sebab ade komen cakap tak luak NCD.

Rumusannya..kalau cermin korang pecah ape nak buat? ... meh tengok bawah ni

1) Call insurans korang tanya cover tak cermin mana yang pecah tu.
2) Kalau korang tak simpan Policy insurans boleh mintak dieorang emailkan sekali Policy insurans. 
3) Cari Panel workshop yang terdekat
4) Call Panel workshop yang korang nak pergi tu,bagitau condition kereta dan tanya ada ke tak stok cermin. 
5) Sebelum pergi workshop korang kene sediakan ni:-
a) IC
b) Lesen (Pastikan tak expired) 
c) Policy insurans
d) Geran
6) Bawa semua dokumen dekat atas ni masa korang pergi workshop
7) Dekat workshop nanti dieorang akan tanya details sikit macam mana boleh pecah,tarikh pecah, tempat kejadian. 
8) Dieorang akan call insurans untuk confirmkan semula insurans kita
9) Dah ok..dieorang terus betulkan cermin dan dalam masa sama dieorang akan siapkan borang claim 
10) Sign-sign..kereta korang siap. Bereh!! tak payah bayar apa-apa. 

Senang ke idok? hahaha jangan ketar-ketar eh kalau cermin pecah. Cuma peringatan untuk aku jugak mungkin kene ambil mahal sikit tahun depan cermin, kalau cermin tepi ni murahlah sikitkan kalau buatnya kene yg depan ke bkg ke..mahal tu!!

Ape pun..ku harap membantu lah. kalau ade yang silap ke bolehlah betulkan..aku pun baru pengalaan pertama ni.

Notes: Walaupun nampak macam nak berderai cermin tu, kalau korang pakai tinted insyaAllah tak berderai, tapi janganlah bawak macam F1. Angin tu kang tak pasal-pasal pulak.

Wednesday 18 October 2017

Memandu di luar Negara..Kanan atau Kiri

Holla..aku tau sekarang ni ramai dah orang-orang yang nak berjalan, berjimba-jimba sana sini. Ramai yang dah nak buat roadtrip...jadi untuk menyenangkan korang yang nak berjalan dekat luar negara tu..meh aku share sikit negara dan belah mana dieorang drive. Macam kite dekat Malaysia ni..kite drive belah kiri kan?? Ade jugak negara-negara yang drive belah kanan..jadi mohlah kite.

Negara Yang Drive Sebelah Kanan

Kalau korang macam blur-blur ayam tengok senarai ni, click jelah dekat gambar bagi beso sikit. Aku tak boleh buat actual size..beso sangat nanti.

Dekat bawah ni senarai negara yang drive sebelah kiri contohnya..Malaysia, haa lah Malaysia macam kite!! sy, awk..awk dan awk..

Negara Drive Sebelah Kiri

Tujelah nak kongsi nye pun..selain dari pengetahuan AM untuk korang. Kot-kot lah ade soalan macam ni clever girl tahun depan kan?? hahah

Wednesday 20 September 2017

Flight dan Baggage Allowance + Hand Carry

Hallo..ari ni aku rajin nak update pasal baggage allowance dan hand carry pada setiap flight yang terbang dari atau ke KL.untuk pengetahuan korang details dekat bawah tu semua aku ambil untuk domestik/International routes dan tiket jenis Ekonomi, kalau yang first ke Business tu memang dah special sangat jadi tak payah nak cerita banyak sangat kan?

Moh ler kite..secara summary nya...kalau yang kosong-kosong tu aku tak jumpa maklumat lah tu kirenye. Kalau korang tau..sila lah komen-komen dekat bawah dan masa gigih mengoogle bende ni semua aku terbacalah rupanya kalau korang ade infant, beg baby tu ade hand carry weight yang lain pulak asing-asing dengan hand carry korang. Sila lah tengok company airlines masing-masing ya

Flight dan Luggage

Saturday 16 September 2017

Budget Keseluruhan 9H8M South NZ

Disni aku nak share budget keseluruhan aku masa pergi NZ hari tu. Budget ni untuk sharing je..setiap orang keperluan dan kehendak die lain-lain dan ada yang lebih pandai dari aku mungkin boleh buat budget ni kurang lagi.

Sebelum aku teruskan dengan budget, aku kene cite jugak apa yang menyumbang kepada budget aku ni antaranya aku pergi cuma 2 orang je lagi ramai korang pergi lagi murah, lepas tu aku guna kereta kecik je 1.3 jadi kalau korang guna motorhome atau kereta yang besar sikit tu kena tambah sikitlah budget untuk minyak. Masa aku pergi ni rate currency 1NZD = 3.16-3.18

Oklah kite mulakan dengan:-

1) Flight

Budget Flight


Untuk Flight ni Dari KL-MEL dan AKL-KL aku naik Air asia, MEL-CHC dan CHC-AKL aku naik Jetstar.  Harga yang tak ada seat add on tu maknanya samaada aku tak beli seat atau pun aku dah masukkan sekali masa beli tiket..kire harga tu dah termasuk sekali dengan harga tiket lah tu.

Flight ni biasalah bergantung pada kepandaian dan kecepatan korang untuk grab tiket murah. Kalau korang dapat tiket murah dan tak perlu add on apa-apa murahlah jadinya.


2)  Admission Fees

Untuk admission fee, ikutlah aktiviti ape yang korang nk buat. Kalau nak murah cari yang free je...macam aku cakap budget aku ni ikut kehendak dan keperluan masing-masing. Macam Milford sound dengan Cadbury tu memang aku dapat harga murah sikit dari Website ataupun harga sebenar, harga sebenar die dalam kurungan tu macam Milford Sound Jucy sepatutnya $45 tapi aku dapat $40 beli online guna CC adelah CC charge die jadi $41.12 dan untuk Cadbury harga tiket sepatutnya $22 tapi aku dapat $11 bile tambah cc charge jadi $11.20.

Admission Fees

 3) Hotel dan ETC

Yang ni paling banyak sekali budget antara lain-lain sebab campur semua sekali. Ini adalah budget aku..untuk Hotel + ETC yang lain.

Hotel + ETC



Habis  travel masa nak balik tu kiteorang ade lagi balance untuk Makan dalam  $100/sorang, ETC aku ade lagi $100 (Ni bergantung sebab aku tak banyak sangat beli souvenir), minyak masih ade balance $35/sorang.Jadi balik ni aku adelah lagi $235 = RM718.

Budget aku ni untuk aku share je, korang ikut keperluan, kehendak dan keadaan korang eh.


Friday 15 September 2017

Day 9 & 10 : Dunedin - Christchurch - Auckland - Gold Coast - KL

What a wonderful world..dah nak habis dah entry aku..Last entry last page..Alhamdulilah.

Dunedin ke Christchurch perjalanan sejauh 361KM lebih kurang 4Jam 27Min..kalau nak balik JB sebenarnye lebih kurang je kan? tapi KL-JB tu highway die macam mana..korang boleh bantai 110-120 tapi ni kejap highway 100KM/H kejap 80 kejap 50 lepas tu masuk bandar pulak ade traffic light..macam ibarat ikut jalan lama lah macam tu.

Sepanjang perjalanan kiteorang ade jugaklah berhenti-berenti kalau nampak cantik je berhenti...sebelum tu kiteorang pergi ke Farmer's market dekat dengan station keretapi Otago. Ingatkan besar rupenye tak banyak pun jual-jual..pergi tengok kejap lepas tu pergi ke bagunan iconic Dunedin Otago Train Station lepas tu terus ke Christchurch..

Otago Farmer's Market

Jual Buah dan sayur segar

Otago Train Station


Kiteorang ade berhenti makan jugak, aku sempat lah masak untuk bekal makan..jadinye jimat jugak. Sampai Christchurch kiteorang berhent dekat PaknSave lagi nak beli coklat..kawan aku nak beli coklat dengan Cookie time untuk bawak balik. Mujurlah semlam dah add on tambah luggage dari 20KG ke 25KG..kalau tak memang tak dapek lah nak nolong.

Southwark Apartment

Dekat Christchurch aku duduk dekat Southwark Apartment bukanlah tengah-tengah bandar pun tapi dekat dengan shopping mall jugak lah. Sebelum tu nak cerita sikitlah kalau kite sewa kereta dekat NZ ni ada dalam perjanjian dia tu kite kena pastikan kereta tu tak kotor sangat kalau pulang kalau tak nanti kene denda weh! Jadi kiteorang ni fikir berapalah harga kalau pergi hantar cuci kereta, kalau dekat sini yelah kan dalam RM10-15 kalau dekat sana?

Cuci kereta sini


Lepas dah berdolak dalik semua, aku ade nampak 1 kedai cuci kereta dia tulis start from $25 kiteorang fikir oh oklahlah kot kalau $25. Tapi entah kenapa tak berhenti pun, tulah kan sebenarnya benda dah ditetapkan..kite je tak tahu. Lastnye kiteorang pun fikir macam tak kotor sangat kot tak pelah. Nak dijadikan cerita kiteorang pun dalam mencari kedai makan Halal, dalam perjalanan tu tiba-tiba nampak subway, kawan aku cakap subway boleh kot kite beli yang tuna. Aku kan kalau bab-bab ni aku serah dekat die je, jadi kiteorang pun berhentilah. Dah park semua nampak pulak tempat cuci kereta sebelah Subway tu, tapi kiteorang tengok orang tu cuci sendiri. Blur-blur ayam sangat kan, aku dengan kawan aku pun tengok-tengok sampailah ke kaunter die konon-konon nak bacalah macam mana nak guna. Adalah sorang dekat kaunter tu aku ingatkan die tengah tunggu kawan die cuci kereta rupenya die punya tempat cuci kereta tu.

"Masuk-masuk" Orang tu cakap dengan aku
" Eh Pandai cakap melayu???" Aku dengan blurnya
"Pandai..." rupenye orang Malaysia uols, dah duduk dekat NZ 30tahun dah.

Adelah borak-borak sikit lepas tu die dengan baik hatinya nak tolong aku dengan kawan aku cuci kereta, sebab bende tu bukanlah susah sangat pun cuma kene cepat, $2 dia bagi masa 2min setengah je tak silap aku. Kire die ade mesin dekat situ, korang masukkan duit lepas tu kene pilih korang nak air ke nak sabun. Kereta macam aku tu dalam $6 ok dah. Die memang siap tolong aku basuh kereta tapi aku buat jugaklah tak adalah tengok je dan yang best part is die cakap "I Belanja U" Allah....terkejut aku!! Alhamdulillah..$6 beb..pada die mungkin sikit tapi kalau kite RM18 banyak jugak lah kan?

Cuma kalau korang tengok tempat die tu ade tulis car & Dog tapi yang bahagian dog tu belah sana sikit. Tak campur lah kereta dengan anjing tak kan guna sabun sama kan? Habis botak anjing tu.

Jadi kalau korang sampai Christchurch bolehlah cari kedai cuci kereta ni, tapi janganlah mintak free!! Selain dari self service dia ada yang auto tu jugak yang ni senang sikit lah cuma mahal sikit $10 keatas. Apa-apa korang boleh tengok website die dekat SINI

Barulah balik pada Southwalk Apartment, nama je apartment tapi bilik die macam hotel-hotel jugaklah. Tak besar sangat tapi selesa, dekat NZ ni rata-rata aku suka hotel atau Airbnb yang aku duduk cuma dekat Ibis dengan Dunedin je aku tak berapa suka sangat. Tapi ok je sebenarnya..

Lepas dah rehat semua, kiteorang pun keluar mencari makan. Mula-mula ingat nak makan kebab tapi tutuplah pulak. Lepas tu cari punya cari jumpalah Burger Fuel, kiteorang order macam biase je sebab ingatkan memang daging die halal nasib baiklah ade staff die yang perasan kiteorang ni muslim jadi die tanya daging ni nak halal ke? Kejut iols...kalau lah die tak tanya..sedap je lah membelasah kan?? Jadinye kalau korang nak makan dekat burger Fuel cakap nak Halal..die akan tulis dekat situ Halal.

Burger die memang perghh perghh perghh!! sedap weh! tapi jangan convert lah..kalau convert menangis rasa. 1 burger kiterorang tu $12.50 (RM38) tulah jangan convert aku cakap.

Halal


Balik ke apartment balik kemas-kemas esok dah nak mulakan perjalanan balik..hari yang sangat panjang untuk kiteorang esok.

Day 10 ---- Last Day

Dah Last day dah, kiteorang keluar awal sebab flight kiteroang dari CHC ke Auckland pukul 9.40AM jadi tak nak rushing, pukul 7.30AM kiteorang dah pergi hantar kereta tapi sebab office car rental ni belum bukak kiteorang kene hanatr dekat Airpark company ni bukak 24jam, kirenye tempat kereta sewa kiteorang ni upah dielah untuk jadi perantara untuk terima kereta yang customer nak pulangkan lepas waktu pejabat. Tapi ade charge $25. Kite hantar kereta dan dieorang akan hantar kite ke airport.

Kiteorang drop beg semua dekat Jetstar lepas tu dah boleh masuk dan rehat tunggu nak berlepas je.

Auckland Airport

Sampai Auckland airport dekat domestik terminal boleh pulak aku pergi jalan kaki ke International terminal padahal ade je shuttle bas, tulah kan kalau otak tak boleh fungsi. Tapi ok jelah tak adalah jauh sangat. Sampai-sampai International Terminal ingatkan macam best sikit airport dia tapi..tak berapa sangat pun. Facilities dia banyak dekat departure hall..dekat luar-luar ni memang mereput jelah korang tunggu dengan kerusi tak cukup. Aku duduk merempat je dekat satu sudut..sebab situ ade tempat charge tapi duduk jelah dekat bawah. Lama jugaklah tunggu bayangkan dari pukul 11AM sampai lah drop baggage kaunter bukak pukul 4.30PM(3Jam sebelum boarding)...tak tahu nak buat ape mati kutu!!

Dekat airport tu ade kedai makanan halal..nama Pita Pit, tapi die ayam je halal. Bila aku mintak die cakap ayam je! pastu yang aku minta tu ayam ke bukan? jadi sebab dah tak memahami dah satu sama laiin aku pun blah jelah, dengan badan dah penat. Mood nak tinggalkan NZ pulak. Kang dengan ko aku buat Roti Pita kang!! Jadi kiteoragn tunggulah beli dalam flight nanti...rindu nasi lemak Pak Naseer.

Byee CHC...


Siap semua..pukul 4.30PM kaunter dah bukak dah drop luggage semua mujurlah sebelum drop tu aku timbang dulu semua maik aihh 26KG lebih sekilo..kiteorang betul kan semua balik timbang balik oklah..ade space lagi 1.5KG nanti nanti wrap semua oklah kot. Siap drop..die akan timbang jugak eh korang punya hand carry dekat situ jadi kalau nak kurangkan drop baggage pun kene hati-hati dengan hand carry..jangan lebih 7KG. Dekat airport tu die ade sediakan tempat nak timbang jadi korang bolehlah timbang dulu sebelum drop..kerja korang senang, kerja staff AA pun senang. 

Departure Hall

Dalam departure hall ni lagi banyak kedai, kalau korang nak beli ape-ape aku cadangkan beli je dalam tu dieorang dah siap tolak GST dah. Kalau korang beli dekat luar macam kawan aku die memang tolak GST tapi nanti die akan past barang tu dekat kedai die dekat dalam pulak,kena ambil dekat sana dah jadi satu kerja pulak kan?. Oh ya, Sebelum  korang masuk depature gate tu kene isi borang eh..borang departure , borang tu ade je dekat luar pintu masuk. Isi dan serahkan dekat immigresen sekali dengan passport korang.

Akhirnya..tibalah masa nak balik, aku dapat seat yang dua orang je dekat belakang. Kalau korang jenis halus-halus macam ikan bilis oklah nak duduk dekat seat tu, tapi kalau macam kiteorang ni macam tak selesa sikit lah lagipun perjalanan jauh beb!! kalau 3 seat duduk 2 orang tak pe.

Auckland - Gold Coast

Dari Auckland ke Gold Coast ambil masa 3Jam lebih..dari time zone NZ ke time zone OZ yang beza 2jam aku rasa lama sangatlah pulak 3 Jam tu.
Sampai Gold Coast kene turun jugak..aku pun tak pasti kenapa sebab flight sama, seat sama cuma die tukar cabin crew lah. Kite kene turun bawa semua beg-beg (Hand carry) kite ikut je jelah international transit...nanti korang kene scan lagi hand carry korang, yang check in baggage tu tak payahlah memang die duduk je dalam flight tu tak turun , hand carry sahaja ya. Lepas tu..korang pergi balik departure hall dekat situ barulah korang tengok monitor dekat mana gate korang..naik flight yang sama. Dari Gold Coast ke KL 8jam weh! dengan seat macam tu..aku memang sangat-sangat tak selesa.

Alhamdulillah kiteorang touch down pukul 4AM siap ambil luggage semua pukul 5AM macam tu, badan pun dah penat seharian kan? kiteorang decided untuk ambil Grab car atau Uber je..check mana 1 murah aku tengok Grab car RM100 lebih sebab mid night kan, tapi bila check Uber dalam RM78.70 oklah ambil Uber jelah..akhirnyaa home sweet home.

Terima kasih NZ..We will keep all the memories and I promise it will never deleted forever! cia sangat! entah betul ke idok nak speaking

Tips:-


1) Waktu NZ beza 4Jam dari Malaysia tapi adakala die jadi 5Jam..masa day light saving tak silap aku.

2) Waktu OZ beza 2Jam dari kite dan masa Day light saving jadi 3Jam..

3) Korang kene ikut masa orang car rental check kereta untuk tanda bahagian calar yang sedia ada dan check balik kiri kanan betul ke tak die tanda, nanti tak ada isu masa korang pulangkan kereta.

4) Korang tak perlukan Visa OZ untuk transit Auckland - Gold Coast melainkan korang nak keluar jalan-jalan dekat Gold Coast.

5) Kalau boleh set time betul-betul supaya dekat Auckland korang tak mati kutu.

6) Bawa Pen siap-siap dalam beg hand carry sebab nanti kene isi borang declaration.

Day 7 & 8 : Invercargill - Kaka Point - Dunedin

😓😓😓 Day 7 dan 8, gigihnya aku..kalau boss aku tengok ni mesti die ingat rajinnya ank buah die kan menaip tak habis-habis. Apelah keje budak ni banyak sangat?? rasa macam tak ada kerja je..pehal die macam busy semacam je kan??

Sorry la boss..iols siapkan blog iolss yang tak seberapa ni..mata pun naik berpinar-pinar nak menaip ni.

Baiklah teruskan Day 7 ting-ting!! Update pasal kesihatan dulu, kesihatan aku Alhamdulillah baik, kawan aku masih lemau..belum pulih tapi better dari semalam. Hari ni kiteorang akan ke Kaka Point, tempat ape kaka point tu kan?? die macam viewpointlah dekat NZ ni..dekat situ ade Nugget point yang awesome dan juga tempat untuk tengok Penguin dan juga seals.

Roaring Bay sign


Dari Invercargill ke Kaka Point perjalanan sejauh 145KM lebih kurang 1Jam 48Min, aku dah cakap kan perancangan Allah tu hebat. Jadi kiteorang dapat sponsor untuk stay dekat Kaka Point semalam bilik yang sangat awesome dengan view laut..adoii cantiknya!!

600Meter Tapi View die cun melecun


Berbanding dengan perjalan sebelum ni perjalanan ke Kaka Point ni singkat je lah 1Jam 48Min, dari Invercargill kiteorang terus ke Nugget Point dulu nak tengok view..sebenarnye Nugget Point, Roaring Bay dengan Kaka Point ni 1 jalan je..kalau dari Balclutha korang memang aku jumpa Kaka Point dulu lepas tu Roaring Bay last sekali Nugget Point. Jadi kiteorang pergi Nugget Point jelah dulu paling hujung sekali..kene jalan sikit nak ke light house tu dalam 600Meter je, tapi perjalanan korang worth it la..view die cantik dan sangat unik. Tempat yang dikatakan paling Ikonik sekali dekat Otago.

Jalan Nak ke Nugget Point


Lepas dah ambil gambar dan tengok keindahan alam..kiteorang ke Roaring Bay nak tengok Penguin, tapi tak adalah pulak..pergi cari makan lah kot. Oklah kiteorang nk pergi check in badan pun dah semakin letih dan tambah-tambah letih bila fikir dan nak balik dah beberapa hari lagi. Tinggal berapa malam je ni..adoi!! tidakkk....bak kate kawan aku "Belum balik dah rindu". Cia cia cia sangat kawan aku ni dengan NZ.

Haere Mai

Sepanjang Jalan Kaki nak ke Light House

Indah Ciptaan Allah

NIlah Dia Nugget Point..Hot n Spicy betul uols ni

Light House

Cardno's Accomodation

Macam aku cakap bilik kiteorang dekat kaka point ni di sponsor jadi yeay!!! aku memang sangat recommended lah pada korang yang nak duduk dekat Kaka point untuk book dekat Cardno's ni sebab bilik die sangat selesa, dia boleh dikatakan macam Airbnb jugaklah tapi boleh jumpa dalam booking.com aku pun tak tahu nak kategorikan dia dalam kategori hotel ke Airbnb. Cukup lengkap degan hall, sofa, meja makan, dapur, coffee maker, bilik tidur, shower..memang selesa sangat! yang penting boleh masak..dan host die nama Laura memang terbaik lah!! aku tak tahu nak cakap macam mana baiknye si Laura ni..

Ada pelangi Petang Di Situ- Ni View dari Unit Cardno's

Parkign Depan unit Cardno's..sea view pulak tu



Cardno's ni tak banyak bilik die ade 2 je unit..jadi siapa cepat die dapatlah dengan review 9.9 dekat booking.com korang rasa?? memang selalu habis lah kan..berebut-rebut orang nak book. Tapi tulah korang kene beli barang siap-siap sebab dekat situ ade 1 je kedai tu pun tutup awal, restaurant pun 1 je dan aku rasa tak halal. Cakap pasal Laura ni memang die terlalu baik lah, cerita-cerita..banyak borak , jangan main-main. Aku pun main taram je kan..oh yeh oh yeh jelah aku. Yes yes no no..alright! have a good day..kalau dengar yang tu kalah slang NZ. Cuba cakap bende lain..harammm tak paham. Aku tengok malam ni akan ade massive aurora..tak habis habis dengan Aurora kan?? tak tahu lah aku..tukar lah pulak misi mencari Che Mat! 😅😅

Laura pun ade cakap dengan aku malam ni Aurora mungkin akan ade, die siap carikan FB semua. Die cakap die akan tengok jugak kalau ade die akan ketuk bilik aku. Tunggu-tunggu sampai pukul 7PM die ketuk bilik aku, die cakap tengah power sekarang ni KP die 7 tapi kiteorang tak nampak apa-apa sebab die cakap bulan terang sangat dengan cahaya lampu neon!! Mungkin kalau kiteorang pergi ke arah nugget point tu mungkin boleh nampak . Aku tengok dalam forecast pukul 2AM paling kuat dan powerful jadi kiteorang gigih kunci jam pukul 2AM.

Sebelum tu kiteorang gigih pergi lagi sekali dekat Roaring bay tu dalam pukul 6.30PM tapi tak de jugak Penguin!! weyy balik laaa pergi mana semua???

2AM..

Perghh!! cantik gile wehh Aurora serius!!!!! bukan aku je kawan aku pun mimpi! 😂😂😂😂 mimpi je weh!! bile bangun pukul 2AM tu pergi tengok tak nampak...walaupun dah duduk depan laut tapi kene jauh dari cahaya-cahaya barulah boleh nampak rupenya. Jadi sambung jelah tidur..
bye-bye Aurora bye bye Che Mat..

Esoknya kiteorang check out awal walaupun Laura cakap boleh check out pukul 11 AM..siap semua kemas-kemas, kiteorang check out jumpa Laura kejap. yes no yes no alright..dah bye bye Laura semua. Dia pun bersimpati kiteorang tak jumpa Aurora..oklah tak ape. Mungkin nanti dekat Dunedin..Christchurch atau pun aku kene bukak IG Farid Kamil pulak lah..nampak gayanya.

Kaka Point - Dunedin

Sebelum apa-apa dekat Dunedin ni aku ade beli tiket Cadbury tour pukul 11AM, bila fikir macam tak sempat nanti terkejar-kejar pulak. Jadi aku hantar email untuk tukar dari pukul 11AM ke 2PM dan Alhamdulillah dieorang balas email tu dan bagi kiteorang tukar dari pukul 11AM ke 2PM.

Kaka Point

Roaring Bay- Pink pink tu Aurora ke??


Dari Kaka Point ke Dunedin tak lama dalam 1Jam 17Min je dalam 100KM, jadi kawan aku pun dah semakin pulih Alhamdulillah..kalau rush semalam tu aku rasa makin teruk. Jadi sampai je Dunedin kiteorang pergi ke Tunnel Beach dulu sebelum menacari  mencari kedai daging halal, malam ni nak membakar daging kambing.

Tunnel Beach

Kalau tengok gambar memang rasa nak pergi, tapi bila sampai..memang pecah lutut nak sampai situ. Korang kene jalan kaki dalam 1Jam macam tu kot die punya anggaran Pergi balik, tempat tu tak adalah jauh sangat tapi sebab jalan die bukit curam tu yang buat lambat tu. Masa pergi oklah..sebab turun bukit. Tapi Bile nak balik..uit uit bape kali kiteorang berhenti, ade bukit tu curam jugak..kalau korang bawa orang tua atau budak budak. Fikir dulu lah sebelum nak pergi tu.

Tunnel Beach

Cuba Tengok Jalan Die

Boleh Tahan Curam


Leckies Butchery

Ni salah satu kedai jual daging yang ade daging halal, die ade sijil dan kalau korang masuk dan tanya ade daging halal tak die orang akan bagi korang daging halal walaupun kedai die ade jugak jual babi..babi je weh aku cakap. 😋 Lepas dah beli semua yang perlu sebelah tu ade kedai jajan-jajan ape lagi kan Fanta Orange lah..beli botol besar.

Sebab lama lagi nak pukul 2PM aku pun ajak kawan aku pergi check in jelah Airbnb lagipun dekat je dengan Kedai daging tu, kalau korang nak tahu Dunedin ni bandar die tak besar sangat tapi padat. Jalan die memang banyak gile simpang dan banyak sangat nama street tu street ni..dan kawasan die pun macam berbukit. Dieorang buat bandar dekat bukit aku rasa..banyak beno naik turun bukit.

Airbnb

Dalam banyak-banyak hotel dan Airbnb yang kiteorang dah pergi Airbnb dkt Dunedin ni aku tak berapa suka sangat sebab Airbnb yang die sdiakan ni tempat orang duduk sebenarnye, jadi adelah barang-barang orang tu. Kiteorang pun jadi takut nak guna banyak sangat benda sebab takut terguna orang punya barang. Rumah pun macam padat dengan barang-barang, jadi itulah yang aku cakap kalau ikutkan perancangan kiteorang kiteorang akan tidur Dunedin 2 malam tapi Allah tetapkan tidak. Alhamdulilah sebab aku tak selesa 1 malam pun tak best 2 malam aku tak tahulah macam mana. Bersyukur sangat sebab dapat tidur Kaka Point 1 Malam.

Host die ok je, macam nenek-nenek dan die ni writer. Die punya instruction mak aihh naik malas nak baca. Kiteorang kalau ade je fikir ape-ape bukak file baca, nak buang sampah bukak file baca, nak masak bukak file baca. Dah membebel pasal Airbnb kiteorang pergi ke Cadbury Factory.

Cadbury Factory

Ape aku nak cakap eh pasal tour ni? aku membayangkan akan adelah dapat tengok macam mana die buat coklat, boleh tengok production dia. Tapi tak ada pun!! tengok video je lepas tu die cakap cakap cakap..jalan jugak dekat kilang tu tapi tak nampak production line pun. Nasiblah aku beli tiket dekat Bookme dapatlah $11 dari harga asal $22 tapi dekat situ ade jual coklat harga die mahal sikit dari PaknSave tapi banyak pilihan. Kalau dekat PaknSave korang boleh dapat $2.75 dekat Cadbury Factory ni die jual $2.90. Pada aku nak pergi situ beli coklat oklah kalau nak ikut tour tak payah kot..masa tour tak boleh ambil gambar. Camera, HP, hand bag semua kene tinggal dalam locker

Korang kene tengok ingredient sebelum beli coklat, kalau ade bahan-bahan yang meragukan tak boleh lah beli eh. Contohnya Gelatin.

Cadbury Factory

KL Aroma
Habis Cadbury Factoru kiteorang ni memang dah craving sup dengan makanan pedas dah, jadi cari-cari jumpalah KL Aroma. Die punya pelayan macam Indonesia tapi masakan Malaysia. aku order sup kambing mamak, nasi putih kawan aku order nasi goreng. Nasi goreng die mak aih portion beso weh! boleh makan dua orang tapi sedaplah..dah lah mintak pedas kan...sampai ke muka pedasnye. 😲 Sedap betul..happy rasa.

Dah kenyang kiteorang pun balik Airbnb rehat..esok pulak Dunedin - Christchurch dan akan berakhirlah perjalanan aku dekat NZ ni.

Esok next entry Dunedin - Farmer's Market - Train Station - Christchurch - Balik

Tips: -


1) Ape beza Nothern dengan Southern Light (Aurora) tengok aku nak bagi tips yang acah-acah bijak 😂 beza dia macam ni kalau die dekat Arctic Circle die disebut Aurora borealis atau pun Northern Light kalau die dekat Antarctic Circle die disebut sebagai Aurora australis atau pun Southern Light. 

2) Acah-acah bijak lagi, Phenomena Aurora ni sebenarnya natural elektrik phenomena dimana ianya akan menghasilkan warna - warni dekat langit. 

3) Aurora jugak di kire dengan KP..makin tinggi KP tu makin powerful lah dan makin senanglah nak tengok atau dieorang guna G1,G2,G3. Korang kene cari tempat yang terhindar dari lampu-lampu kalau bolehlah dekat dengan pantai atau atas bukit.

4) Kalau korang biase google-google nak cari tempat kan tiba-tiba macam tak dapat, lepas tu cari Queesntown tapi die keluar Otago lah ape. Kalau korang nak tau macam Queenstown, Christchurch, Dunedin, Wanaka etc tu semua adalah nama bandar tapi kalau Otago, Canterbury, Southland tu semua adalah Region die. Contoh Bandar Christchurch, Timaru ,Ashburton, Temuka dalam region Canterburry. Bandar macam Dunedin, Oamaru, Queenstown, Wanaka pulak dala Region Otago. 

5) Korang kene simpan no emergency ni 111. Call je 111 nanti ade operator yang akan guide korang macam mana, kalau tak ada credit pun boleh call jangan risau. 

6) Dekat South NZ kebanyakan bandar die ade Airport jadi kalau korang tak banyak masa dan banyak duit bolehlah terbang je, view pun mesti awesome dari atas sane. 

7) Dekat Kaka point ni kebanyakan tempat penginapan ataupun hotel dieorang 1 host akan ade macam 2 unit macam tu je, yang paling banyak pun 9 unit. Jadi kalau nak stay 1 malam dekat sini kene lah cepat. 

8) Dekat Invercargill restaurant halal labih banyak cuma aku tak sempat nak merasa. Boleh google

9) Pakai kasut yang sesuai untuk jalan dekat NZ ni tak payahlah nak pakai Boots dengan heel bagai tak sesuai uols aku lebih sarankan korang pakai kasut yang sesuai untuk hiking atau kasut sport sebab banyak kene jalan kalau nak tengok view ni. Jalan nak pergi viewpoint die pun banyak batu-batu jadi kalau pakai kasut tak sesuai nak jalan aku takut licin. 

10) Sediakan memory yang cukup untuk ambil gambar, rugi weh tak cukup space.

Day 5 & 6 : Queenstown - Glenorchy - Te Anau - Milford Sound - Invercargill

 Tu dia..perjalanan day 5 dan 6 perjalanan yang agak jauh. Harapnya driver aku ok, masih tak kebah lagi die dari demam selsema, sorry sangat uolss. Masa ni rasa sikit kekesalan dalam diri sebab apelah aku ni tak pandai sangat bawa Auto?? why? why?? why?? aku pun tak tahu. Ada dua panel je nak pijak pun susah!! nak jugak yang tiga kan?? 😩

Queenstown ke Glenorchy

Ini adalah perancangan awal dan macam aku cakap dalam entry lepas driver aku kan tak sihat jadi aku kene skip tempat Lord of the Ring ni sebab dari Queestown nak ke Glenorchy ni adalah dalam sejam jugak. Lepas tu dari Glenorchy nak ke Te Anau tambah lagi 2jam...jadi 3 jam. Kesian weh die nak driver sorang. Sebenarnya ok je nak drive sorang tapi kalau ade emergency macam ni kan tiba-tiba demam dan tak sihat ni, masa nilah mencabarnya keadaan tu. Tapi tak apa, kite bersangka baik je, masa roadtrip aku ke NZ ni aku sebenarnya banyak belajar pasal kite merancang dan Allah yang tentukan..kadang-kadang kite ni yelah kan manusia rasa ape kite rancang tu perfect sangatlah tu!! tapi kite lupa yang tahu semua bende adalah Allah..jadi kalau kite rancang nak pergi tempat A tapi Allah tentukan kite tak dapat pergi aku rasa itu yang terbaik. Ikut je flow tak payah nak marah-marah nak bising-bising macam dunia nak kiamat. Fikir yang baik-baik sudahlah...

Bye Bye Queenstown


Check out

AKu check out pukul 10AM macam biasalah waktu normal untuk check out dekat NZ ni pukul 10AM ya melainkan kalau korang boleh berdiskusi dengan host atau pun hotel untuk check out pukul 11 ke 12 ke itu ikut kebijaksaaan koranglah. Lepas dah bincang-bincang kiteorang tukar plan nak ke Pantagonia je nak makan aiskrim dengan nak rasa coklat die. Katenye heaven sangat!!.

Pantagonia

Aku google map jelah nak cari jalan, ikut je mana die tunjuk. Sampai Pantagonia sejuk-sejuk tu nak jugaklah aiskrim, orang cakap 1 scope tak cukup jadi aku dengan kawan aku sorang ambil 2 scopes. Pergghh!! tak hengat kan? aiskrim die pada aku sedaplah..dalam kategori sedap tapi kalau nak wow!! tu tak adalah wow sangat tapi sedaplah, korang boleh try kalau nak try. Tak rugi pun sebab sedap.

Pantagonia Queenstown

Coklat Heaven
Kena Rasa Ais krim

Ais krim ni pun ada

Pilihlah Cik Kak Banyak menang Award tu

Siapa Suka Coklat Sila laa

Pantagonia - Te Anau

Perjalan dari Queesntown ke Te Anau dalam 2jam lebih kurang nak tinggalkan Queenstown ni memang berat hati sikit sebab cantik weh Queenstown ni. Bandar die keliling Tasik ade gunung ganang, bandar paling aku suke Queenstown lah dalam banyak-banyak aku pergi tu. Aku ingatkan dah tak jumpa tasik, tapi rupenya ade jugak tasik dalam perjalanan..tapi aku confius tasik ke laut tah!! dalam perjalanan tu bukit bukau boleh pulak ada kambing dengan pegembala die..adoi!!! panik erh kejap..tapi aku berlagak cool lah. Yelah kan..kambing dah penuh belah kiri ko nak jalan belah kanan kang ade kereta dari depan dahlah jalan kona kona naik turun bukit, memang panik betul masa tu.Tapi dengan kecekapan driver aku ni, lepas jugaklah kiteorang tapi aku tengok die kecut perut jugak..tiba-tiba slim perut siap ade ketak-ketak!!😆

Berhenti makan

Sebab dah lapar kiteorang berehenti kejap sambil ambil-ambil gambar tasik, kiteorang bape kali jugaklah berhenti konon-konon nak makan dekat  meja yang dieorang sediakan tapi angin + sejuk. Tak  mampu lah nak duduk makan, memang tak nikmat!! last-last makan dalam kereta je. Pagi-pagi aku dah bangun lepas subuh terus masak nasi buat bekal, bekal kiteorang hari tu nasi goreng + ayam kunyit..ayam kunyit??kesian betul ayam pun geng kunyit!😂

Nasi Goreng Makan depan Tasik


Siap makan dah kenyang kiteorang teruskan perjalanan ke Te Anau, jalan ke Te Anau ni tak adalah berbukit bukau sangat, banyak jalan lurus je. Aku macam biasalah bila naik kereta mulalah berzikir tersengguk-sengguk macam burung belatuk..

Tasik Yang Cantik


Kiteorang sampai Te Anau pukul 1.30PM tak silap aku, cuba-cuba jelah nak check in kalau boleh. Alhamdulillah boleh check in..kiteorang rehat. Kawan aku  memang dah lepak sangat dah masa tu, sampai je hotel terus lepak..baring tidur!! nampak tak bertapa tabahnya die drive dalam keadaan tak sihat?? Hari tu memang kiteorang tak ada pergi mana-mana dah. Hari pun mendung hujan renyai-ranyai tak berhenti
lagipun esok perjalanan agak jauh..dari Te Anau nak ke Milford Sound dalam 2jam lebih..lepas tu Milford Sound patah balik Te Anau 2jam Lebih..terus ke Invercargill dalam sejam lebih..matilah nak!! kalau tak rehat driver aku ni esok aku tak tahulah macam mana. Aku mampu doa je #fasterrecoverykawan

Te Anau


Lupe aku nak cakap dkat hotel Te Anau yang aku duduk ni ade mini golf depan bilik aku, hujan pun aku pergi main sejuk-sejuk tu kan. #Jakunbetul

View nak ke Te Anau

Day 6


Hari perjalanan paling jauh akan tiba hari ni, kawan aku lepas bangun tidur tu die macam ok sikit. Dah sapu-sapu balsem semua malam tu, tidur dengan nyenyak dah bangun dengan keadaan yang agak ok.

Te Anau- Milford Sound

Milford Sound atau pun boleh jugak panggil Piopiotahi 😀korang jangan ingat aku main-main eh. Betul ni memang nama die macam tu, tempat ni adalah destinasi paling popular dilawati oleh pelancong kalau korang nak tau. Kalau tak pergi memang rugilah sebab view die memang cantik sangat. Kalau korang tengok cruise pakej die memang ade macam-macam, kiteorang ambil yang biase je yanag dalam sejam  ke dua jam macam tu, tapi kiteorang ambil belah pagi sebab lepas ni kiteorang nak ke Invercargill pulak, lagipun belah pagi memang tak ramai orang sangat.

Cantik Betul dekat sini

Jalan Nak menuju ke Milford Sound


Jucy

Aku ambik pakej dengan Jucy, aku book ikut Bookme jadi dapatlah murah sikit sebab masa tu ade promosi kan, perjalanan nak ke Milford Sound ni memang sounds scary sikit. Walaupun view die masa aku pergi tu awesome..kiri kanan salji, lepas tu gunung ganang semua putih. Aku pergi masa tu musim sejuk lepas tu hujan tak berhenti kan dari semalam..jalan ade ice tapi tulah driver aku ni bawa slow je jadi die cakap tak adalah rasa licin sangat. Aku nak nasihatkan korang kalau korang ambil cruise pagi..korang kenelah keluar awal pagi kan dan masa tu memang cuaca akan sejuk, jalan ke MIlford ni agak berbukit dan kona-kona jadi tak perlulah nak laju-laju sangat sebab bila sejuk ice semua tu memang licin weh..dahlah tpi-tepi tak ada penghadang. Amacam takut x??? 😈 tapi tak apelah, korang doa banyak-banyak dan juga jangan laju tu je.

Hollyford

Biasa kalau korang pergi pagi buta korang akan nampak sign dekat tepi tu cakap jalan tutup dekat Hollyford ke Milford Sound tapi jangan panik semua, benda ni biasa je sebenarnye..gate tu dieorang akan bukak dalam pukul 8AM tak silap aku. Tapi die akan bukak lah, korang tunggu jelah tepi tu..kiteorang siap berhenti aku pergi belakang siap-siap buat roti sapu marjerin + gula tabur..perghh!!! tu pun nak pergh kan??  tak payahlah teruk sangat roti sapu marjerin + gula tabur pun nak pergh!! Ape-ape pun isi perut dululah..

Bila gate dah bukak kiteorang pun mulakan perjalanan, masa nilah jalan berliku tu mula menampakkan dirinya..jalan ade ice, kiri kanan salji. Cantik betul ciptaan Allah.

Parking

Kereta tak boleh parking dekat dengan bangunan Milford Sound tu eh, ade dua parking sebenarnye. 1 jauh sikit dari Milford Sound tapi die ade tulis Park n Shuttel kot ke Park n Ride macam tu lah yang penting bukan Pak n Save lah!! dekat situ korang boleh parking kereta lepas tu ade bas yang akan bawa korang pergi betul-betul depan pintu masuk lobby kaunter cruise tu semua. Kalau korang terlepas yang tu tak ape jangan gaduh laki bini, korang akan jumpa 1 lagi Parking yang lebih dekat sikit ke lobby kaunter tapi kene jalan kaki lah sikit dalam 600-800Meter macam tu. Ade laluan jalan die jangan risau, sambil-sambil jalan tu bolehlah ambil gambar, cun wooo!!

Jucy Kaunter

Sampai je dekat lobby tu aku pergi kaunter Jucy bagi die confirmation voucher yang aku beli dari Bookme untuk di etukarkan pada tiket. Dapat je card tu aku pun menunggu lah dengan penuh sabar. Masa tu memang hujan renyai-renyai tak berhenti lagi, jadi bertabah jelah. Macam aku cakap fikir baik-baik jelah. Dekat nagara orang ni, family jauh ape pun jauh..yang paling dekat dengan kite diri kite sendiri, Allah dan travel buddy kite.

Boarding Pass

Kapal Cruise


Masa tu aku tengok kapal lain semua dah ade Jucy ni aku tak namapk lagi, katenye pukul 9.40AM nak bertolak tapi macam tak nampak bayang je ni. Tunggu-tunggu akhirnya nampaklah kelibat Jucy yayy!! kiteorang pun naik kapal..sila beratur dan bagi tiket pada crew kapal tu eh. Dieorang ni friendly sangat  kapal ni 2 tingkat dan masa  aku tu memang tak ramai orang. Dekat bawah ade dieorang sediakan air panas bolehlah buat sendiri nak teh ke kopi ke, ade buah-buah ade cookies. Kiteorang duduk atas, siap dengan peneragan live lagi..kapal pun mula bergerak. Sejuk pun sejuklah gagah keluar ambil gambar.

Memulakan Cruise


Dieorang akan bagi penerangan pasal setiap tempat tu yang paling best bile die pergi dekat air terjun, die pergi dekat gile kot!! kalau korang nak rasa mandi tu boleh gak..tapi memng kuyup lah. Air terjun besar ada 2 dan dua-dua tu die pergi dekat betul-betul depan air terjun tu, masa kiteorang pergi tu kan hujan jadi air memang deras lah..bile die pergi dekat mak aihh sejuk weh!! yang first tu tak berapa sangat bila yang kedua tu memang betul-betul dekat lah sampai lencun. Aku siap-siap lari masuk dalam balik, ade tu siap mandi weh!!! tak tahulah aku jenis tak sejuk agaknya, kalau korang betul-betul nak rasa kene bawak baju hujanlah. Tapi memang awesome!!! Nowa bagi 5 bintang kejora..

Air Terjun

Air Terjun lagi

Dan Lagi



Dekat Milford ni jugak korang boleh tengok Seal..adelah 5,6 ekor tengah lepak-lepak atas batu. Tapi kalau korang suke nature sila lah pergi sini kalau tak mungkin korang boring...tapi view die awesome!

Milford Sound

Dekat dalam kapal ni jumpa pulak sorang auntie ni..orang Malaysia. Hai Auntie!! ingat tak kiteorang lagi?? siap selfie uolss..kot-kot saje nak ambik gambar dengan kite nak tunjuk kat anak bujang die post dekat FB lah tu nak tunjuk jumpa orang Malaysia. Borak-borak itu ini, suka sangatlah tu jumpa kiteorang..😆 kiteorang pun suka jumpa auntie dan uncle..boleh lah borak-borak sikit kan.

Tu Dia..Melepak je


Habis pusing 1 Milford Sound tu, kiteorang pun terus pergi Invercargill...tapi dlam perjalanan tu adelah singgah berhenti tepi jalan. Nampak orang ambil gambar baring-baring tengah jalan kan..macam syok je. Tapi kiteorang tak adalah baring tengah jalan. Aku rasa kalau kiteorang baring tengah jalan tu...mau runtuh gunung ganang tu!! merekah jalanraya aku rasa. 😂

Boleh Baring atas jalan ni

Cantik Tapi licin


Mirror Lake

Mirror Lake ni mesti korang kenal kan? sepatutnya kalau cuaca ok..tak berangin sangat dan tak berawan sangat die punya air tasik ni jernih weh macam cermin lah kirenye..tapi yang kiteorang ni oklah. Macam cermin retak  . Lepas dah tunjuk skill ambil gambar kiteorang teruskan perjalanan ke Bandar Te Anau dulu sebelum ke Invercargill..sebab nak isi minyak kereta dengan isi perut dulu rasa dah kurus lapar sangat dah ni.

Mirror Lake

Mirror Tak??


Radhas  Indian Restaurant

Kiteorang google-google mencari kedai makan halal dan akhirnya membawa kami ke Radhas Indian Restaurant, mula-mula macam fikir ade ke daging semua tu, sebab yelah kan benyakkannye Vege..tapi dieorang cakap ade daging dan daging, ayam semua halal siap tunjuk sijil. Jadi yakinlah kiteorang nak makan dekat situ. Kiteorang order Briyani Kambing dengan Naan Cheese...harga memang mahal sikit tapi rasa die sedap weh!! Serius weh!! kiteorang siap bungkus 1 lagi Naan Cheese..Nasi Briyani die pun power!! I love it..restaurant pun bersih, toilet pun bersih. Puas hati!!

Sedap weh walaupun mahal..


Isi Minyak - Invercargill Aku datang

Lepas isi perut pergi isi minyak pulak dekat sinilah aku dapat 6sen/liter off tu sebab isi lebih $40 untung weh!! Lepas tu terus ke Invercargill..perjalanan dengan badan yang dah penat ni lain macam sikit. Banyak diam je, dah lah aku tak banyak sangat download lagu. Lagu pulak lagu BBNU(Budak baru nak UP) memang tak masuk kepala sangatlah.

Ibis Style

Dekat Invrcagill ni aku duduk dekat Ibis Style Hotel, dekat bandar. Oklah nak cari makanan halal pun adelah beberapa restaurant dekat-dekat ade Kebab..boleh jalan kaki je. Bila check in aku tengok bilik pesal die bagi aku bilik yang ade bilik-bilik ni?? aku call die tanya aku booked 1 bilik je kenapa bilik ni ade 2 bilik pulak..die cakap dieorang dah tak ada bilik, jadi die bagi jelah aku bilik besar..Alhamdulillah rezeki!! Untuk parking hotel ni kalau nak parking betul untk guest hotel kena bayar $10 tapi kalau korang datang lewat lepas pukul 6PM parking luar-luar tu free je sampai pukul 9AM esok. Lepas pukul 9AM kene lah masuk coin. Malam tu kiteorang rehat jelah..konon-konon nak tengok Aurora lagi sekali, tapi tulah kan balik-balik kene tengok IG Diana Danielle..Aurora Aurora..pasni aku tengok Che Mat jelah!!

Kebab..di malam hari, kebab die besar weh!! aku beli 1 kongsi dua orang.Kenyang rehat..esok pulak

Itinerary Esok kiteorang patutnya kene terus ke Dunedin..tapi bila fikir nak singgah beberapa viewpoint daei Invercargill ke Dunedin tu ambik masa 3,4 Jam degan kondisi kawan aku tu. Kiteorang terpaksa burn kan 1 malam Airbnb dekat Dunedin dan ALhamdulillah ade orang sponsor untuk tidur dekat Kaka Point. Pada aku perancangan Allah tu sangat-sangat best sebenarnya..apa jadi?? Nanti aku sambung next entry..

Next entry.. Invercargill - Kaka Point - Dunedin

Tips:

1)  Kalau nak jajan boleh try beli Bluebird chips perasa Sour cream & Chives yang lain kalau nk try boleh jugak tapi kalau yang salt tu tak payah kot. Aku takut balik korang kene strok je..masin nak mati kot!!

2) Aku dekat sana ketagih Fanta orange..aku tak tahu kenapa sedap sangat fanta orange die. 1st minum masa beli kebeb dekat Queenstown aku beli kebab kombo jadi die ade air sekali. Lepas pada tu asyik fanta je..tak tahulah aku punya kencing manis ni dahlah aku  memang manis 😆

3) Ayam Brinks bukan ade dekat semua PaknSave dan kadang-kadang bende tu halal cuma dieorang tak nak tulis halal sebab yelah ade puak-puak yang tak paham Halal tu ape, dieorang ni main boikot-boikot je. Jadi untuk tak melibatkan apa-apa kesulitan dieorang tak tulislah halal. Jadi korang kene banyak mengoogle lah nak tahu produk tu halal atau tak.

4) Bawalah Balsem atau minyak urut kalau musim sejuk tu sapu dekat kaki dan kalau boleh pakai stokin untuk elakkan korang kena selsema.

5) Bawa dan pakai sunblock kalau boleh sebab matahari dekat NZ direct weh! aku yang putih melepak  rentung dibuatnye.

6) Bawa Vaselin dan Lipbam sebab bibir korang akan kering kontang dibuatnya masa sejuk. Jangan lupe krim sapu lah kat tangan kalau boleh 1 badan, aku ni dah macam ikan siakap dah bersisik bagai..kalau sisik ikan tu boleh jugaklah buat kolegen kalau sisik aku ni?? hmm

7) Had laju dekat NZ ni aku tengok ade 100KM/H, 80KM/H, 50KM/H, 30KM/H dan 20KM/H, biasanya kalau 100KM/H tu jalan biasalah yang dieorang anggap macam highway bile ada banyak simpang die akan jadi 80KM/H kalau masuk bandar atau kawasan yangbanyak rumah atau kedai die akan jadi 50KM/H, kalau ade kerja-kerja dekat jalan tu jadi 30KM/H dan kalau kawasan sekolah die akan jadi 20KM/H atau pun temapt accident dan biasanya kalau nak kona die akan tulis jugak 75KM/H, 65KM/H 85KM/H.

8) Kalau boleh ambillah travel insurans sebelum pergi tu, macam aku aku beli je Travel Insurans takaful guna Maybank2u..kite tak tahu kan ape nak jadi. Bersedia jelah.

9) Tak payah bawak baju banyak-banyak nak nak kalau musim sejuk, sebab korang akan pakai baju sejuk. Dalam tu kalau korang pakai baju sama pun orang tak tahu. Lagi pun tak berpeluh tak ade busuknye..nanti dekat sana beli jelah baju I 💓 NZ dapatlah tambah 1 baju lagi

10) Kalau korang duduk Airbnb aku rasa baik korang pergi check in dulu sebelum beli barang sebab kebanyakan Airbnb ni ade sediakan ataupun ade guest-guest tinggal barang macam minyak lah, teh, kopi, gula garam..kadang-kadang beras. Jadi boleh jimat dekat situ.

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...