Tuesday 11 October 2016

Check Ups

Sebab dah lama sangat tak berjalan kan, aku pun mula lah merapu nak tulis blog nak buat entry yang bukan-bukan Aku jalan pun macam-macam tu tak ada nak jalan ke mana pun. Setakat PD..Shah Alam. Macam tak payah sangat lah nak buat entry kan.

Perlu kan buat chek up muda-muda ni?
Muda sangat ke??Aku pun sebenarnye fikir benda sama jugak,Muda lagi buat apa nak buat check up
aku rasa macam sihat je.Sekarang ni  macam-macam makanan ada ,korang pun main belasah je semua benda asal nampak viral je semua tempat nak try kan?? sama je macam aku, harap batu dengan kayu je tak boleh makan, kalau boleh memang aku dah rebus dah buat sup. Umur sekarang ni aku rasa macam angka je,tak mungkin umur 20an dah kene sakit jantung, tak kan lah umur 30an dah
kena stroke. Itu kalau zaman 1990 ke 1980an ke boleh lah nak cakap macam tu. Zaman sekarang ni,dengan segala jenis makanan segala sejenis bende masuk dalam badan. Budak kecil pun dah ada kencing manis, umur 30 pun dah kena makan ubat darah tinggi. Jadi kalau korang rasa lain macam je dekat diri korang baik korang buat jelah check up, bukan ape pun untuk korang jugak.
Sekarang ni kalau korang masih muda bolehlah korang berhati-hati sikit. Jangan nanti dah tua tiba-tiba je sakit. Korang jugak susah.

Biasa apa yang die check?
Itu terpulang pada korang lah nak check apa. Masa aku tu aku ambik darah untuk check Kolestrol, gula, protein,Acid Uric, Jenis darah,Calcium. Semualah yang boleh tau ikut darah ni termasuklah darah tinggi. Ambik darah sikit je, bukan macam orang derma darah tu. Kalau Pap Smear ni doktor aku tu cakap kalau dah kahwin je die check kalau belum die tak check pun,tapi kalau korang nak juga check pun boleh. Korang punya badan kan ikut korang lah nak bagi ke idok. Kalau HIV pun sama, itu ikut kehendak kitakalau kita tak nak check tak payahlah. Melainkan kalau korang rasa ada benda-benda yang membuatkan korang nak check itu terpulang.

Perlu Annual Medical Checkup?
Tak perlu pun pada akulah, kalau kita ni muda lagi. Buatlah masa umur korang awal 30an.lepas tu kalau semua ok, buatlah 3,4thn sekali ke. Tapi kalau ade yang tak kene tu baiklah buat Annual. Macam aku cakap semua ni untuk korang jugak, tak semestinya kalau korang tak sakit, korang tak akan sakit sampai bila-bila.Kalau kita dah dapat tau apa yang kurang, apa yang lebih masa muda ni lagi senang nak cukupkan.Tenaga pun masih banyak kan, kalau nak diet ke, nak senam ke. Kalau dah mereput baru nak senam. Lupe kan jelah!!


Klinik mana nak pergi?
Pergi jelah mana-mana klinik korang nak pergi pun. Asalkan ade buat full medical check up, ikut jugaklah korang punya budget. Ada klinik/poliklinik ni mahal ada yang murah. Kalau korang tanya aku,kalau perempuan tu eloknya pergilah klinik yang Doktor nya perempuan senang sikit nak tanya kan, lagi-lagi kalau yang "kurus"  macam aku ni (menitik air mata). Maklumlah kan kalau doktor tu laki handsome pulak pastu tegur pulak "Awak ni kene kurangkan berat badan!!" korang rasa ape??
rasa nak terjun bagunan je kan masa tu? kalau sama-sama perempuan ni tak delah nak sentap sangat. Disebabkan aku duduk dekat Puchong jadi aku pergi jelah dekat klinik yang dekat betul dengan rumah aku.Jalan kaki pun boleh, lagipun situ klinik baru..luar tu macam ye tak ye je klinik. Tapi tak kenal maka tak tahu kan. Aku pergi Klinik The WR Clinic,Saujana Puchong. Ganaskan nama WR? warrior ke ape kan?Klinik ni dekat area kedai-kedai baru dekat dengan Petronas Saujana Puchong tu. Kalau dari Petronas tu korang boleh lah nampak klinik tu. Ni memang Doktor Perempuan, Doktor ni pun baik sangat. Banyak jugaklah kalau nak discuss ke apa. Tak adalah macam sesetengah doktor yang senang sangat buat duit kan? Muka ketat je..aku recommended sangat klinik ni untuk korang yang nak buat medical check ups, check pregnancy ke. Kalau abang-abang tu tak payah lah..kang sangkut dengan doktor kang.hahaha

Ape pun aku sangat-sangat suka lah kalau korang buat medical check up. Jangan ingat kalau korang kurus korang tak sakit eh, kita ni kadang-kadang kurus sangat pun masalah. Kalau gemuk sangat pun masalah jugak. Jadinye jagalah sebelum terlambat..sakit tu memang ujian..tapi kita kena jaga juga kan?? tak kan nak bantai je semua. Kita tak bolehlah nak membinasakan diri sendiri..gitu!!!

Semoga korang terus sihat..kalau tak sihat tak boleh jalan. Harta paling bernilai tu adalah kesihatan..kalau korang duit juta-juta pun kalau sakit tak guna jugak der..kalau sakit nak beribadat pun susah kan? Aku ni dapat kesedaran nak buat medical check up sebab background keluarga aku tak berapa nak ok. Arwah mak aku stroke,kencing manis, darah tinggi..ayh aku pun kene stroke. makcik aku darah tinggi, Arwah pakcik aku kencing manis, buah pinggang. Banyak sangat weh penyakit. Penyakit keturunan ni...jadi kalau korang ade lah gen-gen ni tolonglah pergi medical check up. RM80-100 dah boleh dah..pergi yaaaaa kawan-kawan. 


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...