Sunday 22 February 2015

Flora Bay Resort-Perhentian Besar (Review)

First sekali aku nak cakap say NO pada Flora Bay ni.Banyak-banyak hotel kat dunia yang aku dah pergi..walaupun tak adalah aku pusing 1 dunia lagi..
tapi kenapalah aku jumpa hotel yang ada bad service ni dekat Malaysia? Why2?? memalukkan sungguh. Meh aku nak cerita kenapa aku benggang sangat ni.

Kalau korang pernah baca pasal review aku pada hotel-hotel yang pernah aku duduk..aku seboleh-boleh tak delah nk complain sangat sebab aku paham.. aku pun bukannya
ambik hotel 5 bintang..bukannya ambik bilik RM1000 semalam...jadi aku kena terima jelah apa yang aku bayar dengan apa yang aku dapat. Aku pun bukannya jenis yang
cerewet sangat..suka complain-complain ala-ala diva macam tu. Tapi kali ni kesabaran aku memang dah tahap kritikal dah..sebabnya??

1) Susah nak balas email - Nak tunggu dieorang replied email memang sangat lama. Sampai ke 3,4 hari..Aku dah email banyak kali untuk tanya pasal confirmation Payment..tapi apa yang aku dapat?? Mendukacitakan..Tak pernah lagi lah aku jumpa kalau customer dah buat payment dieorang ignore je...semuanya kalau boleh nak cepat-cepat grab revenue..cepat-cepat nak bagi confirmation payment/reservation. Ini tidak...bayangkan dari 5hb..tak dapat-dapat confirmation lagi, korang rasa?

2) Call - Punyalah tak mesra..aku rasa dieorang ni semua kerja under pressure kot.Tu yang stress je..kalau korang rasa dah tak boleh tahan kerja situ berhenti je
   cari kerja lain, tak yah nak jawab telefon macam bergaduh laki bini. Sales person pun jawab telefon HELLO!! macam tu?? kalau rasa dah tak mampu layan guest berhenti jelah

3) Confirmation Payment - Aku dah bayar Full payment dari 5hb Feb 2015..sampai ke sudah tak dapat confirmation Payment.Nak tunggu confirmation dari Bank pasal Payment.
   Dalam hati aku banyak noo ke transaction korang dalam sehari?? Beratus ribu lah kot..

4) Tak jaga Guest - AKu dah bayar tapi bila call sedap je dia cakap boleh refund..dah lah refund pun tak tahu bile boleh dapat..aku rasa mesti banyak ni revenue dieorg sampai dieorang boleh buang je sales macam tu..yelah kan setakat ambil bilik fan harga RM70/semalam..mana lah nak ganggu sangat revenue..tak terjejaslah gamaknya...revenue berjuta-juta ko sebulan..Nak refund pun bila aku tanya bila boleh dapat..korang tau die jawab ape? tengok keadaan...keadaan?? keadaan apa? air laut? cuaca? ombak tinggi rendah?...aku rasa semua tempat ade policy..ade SOP dieorang berapa nak refund..sebulan? setahun? sedekat?..jawapan-jawapan macam ni lah yang buat aku rasa nak marah.

Aku bukannya nak complain sangat, tapi memang pada aku sangat-sangat tak puas hati dengan cara dieorang berkerja. Aku bukan tak paham dengan keadaan kerja hotel ni.
Aku sangat-sangat arif pasal benda ni..arif ko!! Jangan under estimate sangat dengan orang lah, korang tak tahu dengan siapa korang bercakap..walaupun die ambik bilik murah
tak semestinya die bukan siapa-siapa, boleh jadi golongan professional..jangan ingat orang professional tak tidur bilik murah..jangan anggap kalau orang yang duduk bilik
mahal je korang kene layan macam raja. Semua guest sama..bagi revenue dekat korang...bagi gaji dekat korang even RM70 seklai pun .Aku harap pegurusan tertinggi Flora ambil inisiatif untuk ubah gaya kerja staff korang..walaupun korang lambat nak replied atau pun ada apa-apa masalah..korang boleh cakap elok-elok. Bukan guna nada yang sangat kurang ajar.Bahasa pun..kena jaga, Kita tak tahu kita cakap dengan siapa...even siapa pun dia..korang kena ingat..NASI YANG MASUK DALAM MULUT KORANG SETIAP HARI TU DATANG DARI DUIT GUEST. Kalau tak mampu nak layan orang elok-elok jangan masuk customer service line..pergi cari kerja lain. Jangan duduk Front Liner...pergi jadi housekeeping ke..duduk dekat kitchen ke..potong-potong bawang.



** Pada aku ni memang bad experience..dan aku tak galakkan korang untuk stay dekat hotel macam ni, Aku pun sanggup untuk refund..sebab aku tak nak ade connection dengan
orang yang anggap orang lain macam sampah. Aku tak mintak untuk orang layan macam raja..tapi at least respect orang.


Friday 6 February 2015

Hotel Di Pulau Perhentian (Perhentian Kecil)

Lama dah aku rasa aku tak sambung pasal hotel kat Perhentian ni..macam yang aku bagitau dekat entry sebelumnya, Perhentian Kecil ni ada 2 bahagian...Long Beach dan jugak Coral Bay kalau korang tengok alamat Hotel tu Teluk Aur tu maknanya die dekat Coral Bay lah tu. Jangan Confius eh. Aku pun confius jugak sebenarnya. Jangan Nak confius-confius kan diri tu...kalau dah confius sangat korang redah jelah.

korang boleh lah menjenguk-jenguk ke bawah ni...tengok mane yang sesuai dengan hati naluri korang...dan paling penting sesuai dengan RM-RM yang korang ade...ikut hati mati beb...hahahah

Hotel Di Perhentian kecil


1. Rock Garden Chalet (Long Beach)
   Harga: Pakej 3H2M ( Double RM 390-RM 570)
   Website : N/A

2. The World Cafe@Bubu Villa(Long Beach)
    Harga : RM 600 - RM 720
    Website: Bubu Villa

3. Bubu Long Beach (Long Beach)
    Harga : RM 490 - RM 900
    Website : Bubu Long Beach

4. Fatimah Chalet (Coral Bay)
    Harga: RM 90
    Website : Facebook

5. Maya Chalet (Coral Bay)
    Harga: RM 100 - RM 120
    Website : Maya Chalet

6. Sharila Resort (Coral Bay)
    Harga : RM 190.80 - RM 1200
    Website: Sharila or Facebook

7. Ombak Resort ( Coral Bay)
    Harga : RM 150 - RM 550
    Website : Ombak

8. Alunan Resort (Long Beach)
    Harga : RM 499 - RM 1139
    Website : Alunan

9. Mimpi Perhentian (Long Beach) - Hotel Baru  Akan beroperasi 27th April 2018.
    Harga : RM 360 (Hill View) - RM 1140 (Suite Ocean View)
    Website : Mimpi Perhentian


** **Harga tertakluk pada Low,Peak, Super Peak Season. Korang kena tengok harga dekat Website hotel yang aku bagi tu. Ada juga harga yang aku bagi tu tak termasuk Tax. 


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
Like FB: GedebakGedebuk

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...