Monday 18 August 2014

Ke KLIA2

Hari tu aku dah buat entry macam mana nak pergi ke LCCT tapi disebabkan LCCT dan pindah ke KLIA 2 jadinya aku kena lah buat macam mana nak pergi KLIA2..

Kalau nak pergi KLIA 2 ni ada macam-macam cara, korang boleh pilih je mana korang nak. Ikut masa korang..ikut budget korang.

TBS ===> KLIA2


Kalau dari TBS ni korang boleh naik ERL atau korang boleh naik bas..

ERL


Kalau naik ERL dari TBS korang kena naik KLIA Transit..maksudnya train akan berenti2 lah dekat beberapa station (Putrajaya& Cyberjaya,Salak Tinggi,KLIA) last stop barulah KLIA2 masa perjalanan lebih kurang 32 Minit tiket dari TBS ke KLIA2 adalah RM 26.50. Tiket untuk kanak-kanak adalah separuh dari harga tiket biasa dan kalau Warga emas, OKU dan juga pelajar yang ada kad pelajar dapat potongan 30%. Kire sendiri jangan malas.

Train pertama dari TBS ke KLIA 2 pukul 4.40AM train terakhir pukul 12.12AM..masa dia pulak korang boleh tengok dekat SINI. Kalau masa puncak kekerapan die tu 20 minit sekali kalau tak puncak mana 30 minit sekali. Dekat link tu jugak korang boleh check pukul bapa korang akan sampai ke KLIA2..bagus benoo jadualnya.
 

 Tips untuk Tiket Murah TBS-KLIA2

Yang ni aku nak share sikit lah macam mana nak beli tiket murah sikit kalau dari TBS ke KLIA2 tapi macam leceh sikit lah, tapi pada yang travel solo ataupun yang muda belia lagi tu mungkin boleh cuba...atau yg budget-budget sikit kan...apa yang perlu korang buat adalah korang kena check jadual dulu, Pukul berapa Train sampai..pukul berapa akan bertolak.. sebabnya korang kena naik dari TBS-Putrajaya/Cyberjaya(turun) pastu beli tiket Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2...macam yang aku cakap kalau terus TBS-KLIA2 harga tiket RM 26.50(Refer jadual kat bawah-dalam bulatan) . Kalau korang beli tiket dari TBS ke Putrajaya/Cyberjaya baru RM 5.30(Dewasa) dan harga Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2 RM 6.20(Dewasa) total semua RM 11.50..nampak beza??
korang boleh jimat RM 15.00 boleh simpan untuk balik pulak. Cuma tulah...korang kena check jadual train sebab takut terlewat pulak...

**Boleh try dari KL Sentral - Putrajaya/Cyberjaya - KLIA2 jugak yang ni boleh jimat RM 19.30...atau pun KL Sentral - Salak Tinggi - KLIA2 ni pun boleh jimat RM 19.30 jugak.

**Harga dalam entry ni semuanya sebelum kenaikan 1 Jan 2016, Harap maklum.

Harga Tiket

*** Harga untuk 1 Jan 2016 dah naik dan berubah, kalau boleh tengok jadual dekat bawah ni. Banyak benoo bezanya.

Tiket Bermula 1 Jan 2016

Bas


Kalau korang ada masa yang banyak sebelum terbang korang boleh lah naik bas..sebab bas ni lama sikit nak sampai lebih kurang 1 jam 15 minit. Tu belum masuk jammed..orang accident..kete rosak lah..kan. Memang korang kena bertolak awal kurang2 pun 3,4 jam sebelum flight korang berlepas..Tiket memang murah RM 9 je. Korang boleh beli tiket dekat kaunter2 tiket dalam TBS tu. Bas yang pergi ke KLIA2 adalah bas JETBUS   .

Bas pertama ke KLIA2 pukul 3.00AM..last bas 11.00PM..bas ni sejam sekali. Jadinya lepas bas pertama tu kirenya pukul 4,5,6,7,8,9...dan seterusnya lah. Jadual bas tu korang boleh check dekat SINI. Manja beno semua nak bagi link.

Parking kereta


Kalau yang nak parking kereta dekat TBS tu dalam TBS lah bukan yang dekat luar2 tu..parking die
RM 3/Hari ,kalau dekat luar tu dekat2 dengan station KTM/LRT tu RM 4/hari.

**Bermula 30 January 2015 parking kereta dekat TBS RM 4 Per entry/day


Teksi


Kalau naik teksi biasalah mahal sikit kan untuk teksi biasa aku dah tanya2 dalam RM 75 - RM 80, kalau Teksi Premiere lebih kurang RM 102 dan kalau Teksi Family lebih kurang RM 200 macam tulah harganya.

KL Sentral====> KLIA2


Tempat yang paling popular nak transit adalah KL Sentral, kalau korang dari KL Sentral korang boleh pilih sama juga. Sama ada naik ERL ( Ekspress atau Transit), Bas ataupun Teksi. Ada jugak yang naik KTM ke nilai..tapi yang tu  aku tak pasti sangat.

ERL 


KLIA Ekspress


Kalau naik KLIA Ekspress masa perjalanan 33 minit dan akan berenti dekat KLIA je lepas tu terus ke KLIA2..harga tiket RM 35 dewasa untuk kanak2 RM 15. Train pertama pukul 5.00AM  dan train terakhir adalah pada pukul 12.40AM.

KLIA Transit


Kalau korang nak naik KLIA Transit pun boleh harga sama je. RM 35. Tapi die lama sikitlah 39 Minit berenti2 dekat 4 station. Jadinya lambatlah sikit. Harga sama baik naik KLIA Ekspress ek??. Tapi KLIA Transit train pertama dieorang pukul 4.33AM dan train terakhir dieorang pukul 12.03AM..

** Untuk Warga Emas, OKU dan Pelajar (kena ada kad pelajar) dapat potongan 30%.

** Harga untuk 1 Jan 2016 sudah naik.

Bas


Kalau naik bas pun boleh juga..Bas setahu aku yang biasanya AEROBUS. Tiket dari KL Sentral ke KLIA 2 RM 10. Bas pertama pukul 2.45AM last bas pukul 9.15PM..Masa perjalanan lebih kurang 1 Jam 15 Minit  ..tu kalau jalan clean and clear. Kalau jammed..lama lah sikit. Selain dari Aerobus korang boleh naik SKYBUS. Harga tiket murah sikit RM 8 korang boleh beli online juga, boleh tengok dekat website dia tu aku dah bagi link.jangan malas sangat nak click. Masa perjalanan pun sama jelah 1 Jam 15 Minit lebih kurang, Bas pertama dieorang 3.00AM dan bas terakhir ke KLIA 2 adalah pukul 10.00PM. Dua-dua bas ni kekerapan dia 30 Minit sekali.

**Bas Aerobus- Ada juga perkhimatan dari Paradigm Mall ===> KLIA/KLIA2 dan juga dari Premiera Hotel ke KLIA/KLIA2.

Teksi 


Kalau naik teksi harganya lebih kuranglah ni dalam perkiraan jelah eh..harga sebenar tu aku tak pasti lebih kurang RM 60 - RM 90. Lebih kurang lah, kalau salah jangan saman aku.


1 Utama===> KLIA2


Sini pun salah satu tempat yang popular juga untuk transit. Dari 1 Utama. Kalau korang pergi 1 Utama tu tempat bas dekat2 dengan Dataran Parking. Dekat dengan pintu masuk/keluar  1 Utama New Wing kot. Aku ni failed sikit bab New Wing dengan Old Wing. Tapi die dekat2 dengan Subway..BBQ Chicken..Old Town tu semualah..korang straight je sampai jumpa pintu keluar..pastu belok kiri..jumpalah.

Dari sini korang boleh naik bas lah dan biasanya bas yang ada SKYBUS. Tiket RM 13.50. Masa perjalanan aku tengok pun 1 Jam 15 Minit ye ke tak aku pun tak tahu. Tak pernah naik dari sini. Bas pertama dari 1 Utama pukul 3.00AM last bas pukul 11.00PM. Kekerapan bas 1 Jam sekali.

Tu jelah aku nak share. Yang paling penting, kalau rasa nak datang lewat sikit tak nak kelam kabut baik buat web check in dulu (cewah!!!) kalau rasa nak jalan2 dekat KLIA 2 ok jugak..boleh datang awal. Relax2 sikit kan..

**Parking kereta dekat One Utama korang boleh parking dekat dataran Car Park..bebtul sebelah tempat bas tu...sehari RM 4..kalau korang ade Kad One Card tu murah sikit aku rasa.

KTM nilai ke KLIA2.


Tambahan untuk yang menggole nak cari macam mana nak pergi KLIA2 dari KTM nilai..meh aku cite sikit.

Dari KTM nilai tu..ada bas untuk ke KLIA2/KLIA nama dia Aiport Liner.  Tapi macam banyak berenti jugaklah bas ni..kira bas berhenti-berhenti. Kalau dr KTM Nilai tu dia akan berenti 6 kali (Desa jasmine,Desa Cempaka,Desa Melati, Inti College,Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA last stop adalah KLIA2). Bas pertama pukul 5AM dan bas terakhir pukul 11.20PM. Bas ni kekerapan dia 20min lah macam tu..bergantung pada keadaan-keadaan tertentu macam jammed ke, rosak ke kan..biasalah.

 ****PEMBERITAHUAN---->> Kadar tambang ERL akan naik pada 1 JANUARI 2016. Sila rujuk SINI. Ape yang aku dah baca katenye...tambang dari KL Sentral ke KLIA naik dari RM35/Sehala kepada RM55/Sehala.(Matilah Nak!!) lepas tu ada lah kalau beli dua hala ade diskaun skit..kalau beli guna kad kedit pun ade diskaun sikit. Tepuk poket tanya Driver Bas lah gini jawapnye.

*** Ada jugaklah promo yang KLIA Express/Transit bagi. Tapi kalau dah naik tu..naik juga. Tak mampu mengubat luka di hati.


Antara Deals yang ade Boleh tengok Website KLIA Ekspress


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Friday 15 August 2014

Ho Chi Minh City Day(5h 4M) 4 & Day 5

Entry Kali ni aku sambung je dua entry sebab entry keberangkatan pulang tu macam sikit je. Hari ke 4 aku akan ke Mekong Delta atau dalam bahasa Vietnam Đồng bằng Sông Cửu Long yang bermaksud Nine Dragon river delta ( nampak sangat copy paste kan?) .

Mekong Delta Trip 


Untuk Mekong Delta ni pun makan masa lebih kurang 1 hari juga, agak penat dan memerlukan tenaga yang boleh di katakan banyak juga lah. Trip mula dari jam 7.40AM sampai 6.30AM, dekat Mekong Delta tu tak adalah lama sangat tapi perjalanan tu yang buatkan Trip ni rasa lama je. Mekong Delta lebih kurang 75KM dari bandar Saigon. Boleh ikut highway boleh juga ikut jalan biasa. Perjalanan ambil masa 2 jam atau 3 jam ikut keadaan traffic. Tapi kalau nak ikutkan aku tak jumpa pun jammed macam kat KL, tapi orang dekat sini selalu cakap ikut keadaan traffic..diaorang lebih banyak kenderaan dengan kata lain motor dekat jalan tapi tak adalah sampai jammed. Mungkin sebab terlalu banyak kenderaan buat diaorg bawa bas slow tapi diaorang memang bawa bas slow pun. Slow betullah korang bayangkan dalam 50-55KM/Jam je. Ngantok lah!

Jetty Mekong Delta


Aku boleh tengok2 sekejap je. Lepas tu aku dah ngntok sangat, jadi aku pun apa lagi..tidurlah. Bangun2 dah sampai dah Jetty Mekong Delta seperti biasa memang ramai pelancong dekat situ. Semuanya Tourist Guide yang pergi beli tiket boat semua. Kitaorang tunggu jelah dengan setianya. Lepas tu dengan rasa ngntok2 lagi aku pun naik jelah boat yang dah tunggu dari tadi lagi. Memula tu naik boat besarlah juga. oklah tak delah takut sangat. Aku ingt atas jalan darat je dieorang ni bawak slow..boat pun slow..macam naik cruise. Ngntok lagi tapi tak boleh tidur..aku rasa perjalanan tu adelah dalam 30-40 minit sebelum kiteorang berhenti dekat pulau yang pertama namanya Unicorn Island. Dekat sini kalau korang nak tau nama pulau-pulau dia semua nama binatang.

Jetty Mekong Delta

Restoran atas Teh Tarik

Unicorn Island


Dekat Unicorn Island ni kiteorang tengok dan rasa Royal Jelly. Pure Honey bee katanye cakap omputeh aku. Dekat sini minum tak payah bayar sebab dah termasuk dalam Pakej, dieorang akan sediakan cawan kecik toet je untuk rasa dalam tu die letak limau kasturi sikit..madu pastu dia tuang air teh o panas. Ok jugak..masam2 manis macam tulah. Macam biasalah dieorang akan promote Royal Jelly tu..kalau nak beli. Beli lah kalau tak nak geleng2 jelah. Macam2 produk juga  lah dieorang akan promote. Ade Krim Royal Jelly tu boleh sapu kat muka. Pastu adalah makanan2 ringan halia ke apa tah..

Lebah tu

Ada Juga Jual Kraftangan

Pastu kiteorang berjalan lagi...Jalan sampai dekat area ada sampan kecil banyak tol..sampai jammed kat sungai tu. Ade yang nak pergi ada yang nak balik. Sampan tu akan bawa kite ke boat besar kita semula. Saja jelah nak bawa jalan macam tu. Ok juga pengalaman baru, rasa macam pendatang haram pun ade jugak. Naik sampan ni lama juga lah pada aku mungkin dalam 15-30minit kot. Satu sampan boleh naik 4 orang je. Korang duduk diam2 jangan macam beruk Mak Ye dalam tu. Sampan tu dah lah kecil.

Kecik tu sampan

Jammed beb


Naik sampan ni pun tak payah bayar juga sebab memang dah termasuk sekali, cuma dieorang suka minta tips, kalau korang nak bagi tu bagi jelah. Kalau tak nak dah diam2..kalau berselisih sampan dengan sampan mana yang peramah terlebih tu hujung2 mesti dia cakap tips2. korang jangan nak perasan sangat diaorang teruja tengok korang. 

Tak Tahu nama Pulau


Aku ingat pulau yang pertama je, lepas2 tu aku dah tak tahu nama pulau apa aku berhenti, maaf jelah aku tak boleh nak fokus sangat sebab masa tu aku memang demam tahap Malaria. Jadinya otak aku dengan fikiran aku dah ade atas katil, badan aku je kat situ. Nasib aku masih ingat lagi kat mana aku sekarang ni.
Yang aku tau...dia ada beberapa pulau dekat situ yang aku tau nama-nama pulau tu semua nama binatang..yang aku ingatnya Unicorn,Phoenix,Turtle Island..gitulah. 

Coconut Candy


Lepas tu kiteorang semua dah naik boat besar balik..boat pun bergerak nak ke Coconut Candy. Tapi boat aku tu berhenti dekat tengah2 sungai tu..kiteorang kena tukar naik boat lain pula..boat tu kecik sikitlah dari boat ni..boleh muat dalam 12 ke 15 orang macam tu. Aku tengok ada juga boat2 lain yang berhenti je dekat tepi2 tu..dia banyak tempat buat gula-gula ni bukan satu je. Yang aku ni..jauh ke dalam..naik boat tu dalam 20 minit.. Masa tu tak ramai sangat orang..dieorang gunakan kelapa ni sepenuhnya..dari isi smpailah ke tempurung kelapa tu. Tempurung tu dieorang guna untuk jadi bahan api nak masak kelapa tu pulak. Aku rasa lah juga sikit. Oklah..tapi tak beli pun.

Tu dia cair lagi


Lunch 


Lepas dah tengok orang buat gula-gula kelapa tu, kiteorang naik balik boat dan dieorang bawak naik balik ke boat besar tu..untuk pergi Lunch. Awal2 Tourist Guide ni dah cakap makan TAK HALAL walaupun die tak cakap TAK HALAL tapi kalau dah sebut binatang2 itu..paham-paham jelah kan, sebenarnya ikut pakej ade juga yang makanan HALAL tapi kene bayar lebih kot. Aku kan lokek,jadinya aku dah bawa bekal lah..bawa biskut..kacang..air. OK ape..bila lagi nak diet selalu makan macam ada SAKA. 

Dekat kawasan Lunch tu best jgk sebab macam kawasan kampung je. Ade kerbau besar gabak..boleh naik basikal..redup je kawasan tu. Nasib baik ade tempat duduk2 bawah pokok..boleh lah duduk jauh sikit dari orang makan kan..kalau tak nanti ade rasa secubit kang..

Muzik Tradisional Dan Buah-Buahan Tempatan


Lepas makan tu kiteorang berenti dekat satu tempat kat situ dieorang dah hidangkan buah-buah tempatan..macam nenas,betik,buah naga pastu ade aku tak taulah buah ape tu macam buah mata kucing tapi macam besar pastu isi die tak tebal macam mata kucing..kulit die pun keras sikit dahlah bergetah. Isi die macam mata kucing tapi tak semanis mata kucing. Mungkin mata Singa lah kot.

Sambil-sambil makan tu adalah persembahan sikit.Dengan alat muzik tradisional dieorang..dieorang nyanyi2 lagu dieorang syok juga.

Lepas habis persembahan tu. Kiteorang pun pulanglah dalam pukul 3.30PM macam tu kiteorang sampai kat jetty. Kena tunggu kejap sebab dieorang nak tukar bas besar sikit nak combine sekali. Balik tu ape lagi tidurlah 3 jam kot.

**Pendapat peribadi aku..ni pendapat peribadi eh..Mekong Delta ni bosan sikit. Kalau tanya aku baik jalan-jalan dekat bandar je.

Makanan!!


Sampai dekat Saigon City..dalam pukul 6.30PM ape lagi kan cari makan lah. Kebulur kot! Aku try pergi juga dekat kedai yang kawan aku cakap tu. Buka beb!! Akhirnya hari last die buka. Nama kedai ni Amin Halal berdepan dengan kedai 1 Malaysia. Kedai die kecik je.

Biasalah aku makan Mee Sup dengan air kopi ais..sedap wooo!!! Sup die..masa aku makan2 tu ada pakcik Vietnam ni cakap ada orang yang jual2 kat tepi jalan situ tak halal tapi tulis je halal...biasanya yang buka2 dekat kaki lima je. Ada konon logo HALAL. hati2 lah eh

Makan malam kali ni murah sikit Mee Sup cuma 50,000VND ( RM 7.50/2 USD) je. Air kopi ais 20,000VND(RM 3/1USD) je..murah lah kan. Sedap pun sedap.

Lepas makan tu apa lagi kan balik hotel mandi2 apa yang patut. Aku memang tahap tak larat sangat. Kemas2 sikit..esok pagi dah nak berangkat pulang.


Day 5


Hari last masa nak berangkat pulang, flight aku pukul 8.35AM..untuk mengelakkan tragedi dekat KLIA2 aku pun berangkat awal..5.30AM aku dah check out..sebelum tu aku dah tanya dah bas pergi airport yang pertama pukul berapa..jadinya memang oklah aku keluar pukul 5.30AM tu nak jalan lagi.

5.30AM Terang benderang dah

Sampai dekat stesen tu tggu jelah ikut no. yang dieorang gantung kat stesen tu bas ke airport no. 152..ade juga orang2 motor sebok nak hantar dieorang charge 50,000VND(RM 7.50/2 USD) . Tunggu punya tunggu ada orang tegur aku cakap airport2?? Aku angguk jelah die cakap bukan sini tunggu sane..alamak!! 152 kot ni..aku tengok ade satu lagi 152 kat sane..dahlah bahasa die je singboard ni..mana satu ni?? confius dah aku..tapi aku ikut jelah cakap dia. Aku tunggu jelahkat sana. Pukul 6.00AM macam tu bas pun sampai aku naik bas..sampai airport dalam 6.45AM..kena jalan lah pulak sebab bas berenti dekat terminal domestik. Jalan tak jauh sangat dalam 10 minit je untuk ke terminal International.

Salah tempat daa


Masa nak scan barang tu dieorang pisahkan perempuan dengan lelaki..masa aku tu, aku tak buka tali pinggang memang confirmlah akan bunyi kan. Aku dah ready2 dah..masa turn aku tu ade pula Pilot nak masuk sekali. Die depan aku, aku lalu tu bunyi tapi si polis perempuan ni ralit sangat tengok pilot tu..die tak peduli pun kat aku. Aku berhenti juga lah dah ready nak kene check..tapi dia tak peduli dengan aku tengok pun tak. Sabar jelah!! Ok fine!! tengok pilot.

Masa Untuk Pulang. Malaysia Aku Pulang...Nasi Campur!!!!!

Tamatlah sudah perjalanan aku ke Vietnam.

Info:


1) Dekat sana dieorang memandu belah kiri..jadinya confius juga lah kalau nak lintas jalan. Aku confius..

2) Dekat sana hon memang digunakan sepenuhnya..aku rasa masa aku naik bas tu tah bape juta kali die hon..hon2...hon2..pening aku!

3) Walaupun ada accident jalan tak jammed..yang ni aku kagum sikit. Masa balik dari Mekong tu adalah jumpa 2 accident..satu duduk bawah bas..satu lagi motor langgar dengan kereta. Tapi jalan macam biasa je..tak jammed pun. Cuba KL..hujan pun jammed..kereta rosak dah parking kat tepi pun jammed..ape lagi tengah jalan.

Keseluruhannya...HCMC adalah tempat yang agak menarik untuk dilawati.

** Update: 2/5/2016- Aku ada terbaca pasal seorang warganegara Malaysia yang dibunuh di HCMC baru-baru ni. Sangat terkejut dengan berita tersebut dan aku ambil kesempatan nak ucapkan salam Takziah pada keluarga mangsa. Aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat, beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..di ampunkan dosanya,diterima segala amal ibadatnye dan semoga dia dijauhkan dari siksaan Kubur. Amin...

Selain dari tu beberapa hari sebelum tu ada juga kisah tentang beberapa orang dari Malaysia juga diculik dan di rompak di HCMC boleh baca dekat SINI. Apa pun, aku boleh ingtkan pada korang.. mana pun kite pergi berhati-hatilah, tengok keadaan sekeliling. Alert setiap benda  yang jadi sekeliling kita, baca dan ambil semua pengajaran dan tips dari banyak blog jangan stick pada 1 blog saja sebab setiap blog ada isi dan pengalaman yang lain. Sepanjang aku ada dekat HCMC aku memang tak pernah naik teksi, aku cuma jalan kaki..naik bas dan bas tour je, sebab aku ade dgr cite yang tak best bile naik teksi. Ada 1 website ni aku tengok dia ada bagi contact untuk emergency..jadi korang boleh simpan cntact tu. Boleh check dekat SINI

Rating:
Keseronakan: 4/5
Makanan: 3/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 4/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Wednesday 13 August 2014

Ho Chi Minh City(5H 4M) Day 3

Hari Ketiga HCMC..selepas berpenat lelah semalam..dengan Tunnelnya..hari ketiga ni aku akan tour dekat2 Bandar je. Walaupun dekat2 bandar tapi jauh jugaklah dan lama. Tour start dari 8.40AM sampai 4.30PM..lama tak? Lama kan...aku pun sebenarnye rasa mcm nak pengsan2 mcm tu dengan condition aku yang tak berapa nak fit memang aku sangat penat hujung2 tour tu sebenarnye boleh pilih dia ada morning tour..ada afternoon tour..tapi sebab aku nak semua..aku ambiklah 1 Day tour..dari pagi sampailah ke petang..

Morning Tour
1) War Remnant Museum
2) China Town
3) Thien Hau Pagoda
4) Binh Tay Market
5) Handicraft Workshop

Afternoon Tour
1) Reunification Palace/ Independent Palace
2) The Notre Dame Cathedral
3) The General Post Office
4) City Hall

Pagi tu macam biasalah aku turun 8.35AM tunggu Tourist Guide datang. Macam biasa jugak dieorang akan datang lewat sikitlah sebab nak ambil2 orang dari Hotel lain jugak lagi pun Ms. Khanh dah cakap dieorang akan datang dalam pukul 8.40AM-9.00AM jadinya pepandai koranglah yang penting kalau stail aku jangan orang tggu kita, biar kita tggu orang.

Sebelum berhenti dekat War Remnant Museum..bas berhenti dekat salah satu coffee shop untuk rasa lah kopi Vietnam..disebabkan Vietnam merupakan pengeluar kopi kedua terbesar dunia. Tapi masa kat sini aku tak rasa pun sebab aku tengok die bagi menu pastu ada harga pulak..lagi pun aku macam tak tahu kopi ni halal ke tak. Jadinya aku pun malas nak minum. Aku cuma tengok-tengok sikit apa yang kat dalam kedai tu, aku tengok ada dalm botol dieorang letak ular tedung dengan kala jengking. Aku pun tak tahu untuk apa..mungkin untuk ubat kot.

Real ni wei!!

Sebelum bertolak tu Tourist Guide kiteorg masuk balik dalam bas dan bagitau ade salah faham sikit antara kedai tu dengan salah seorang family yang ikut tour kiteorg tu, sebabnya DURIAN je. Family ni kalau tak silap aku dari Sepanyol dieorang ni konon2 nya tengok menu nak lah order aiskrim DURIAN..bile dah sampai tu dieorang rasa..biasalah kan orang-orang luar ni memang dieorang geli dengan DURIAN ni kan. Jadinya dieorang rasa macam tak sedap dan dieorang tak nak bayar lah..bukan banyak sangat pun 50,000VND( RM 7.50/3USD) dah kecoh-kecoh dalam bas. Selagi dieorang tak bayar selagi tu bas xboleh jalan. Last2 Tourist Guide tu yang tolong bayarkan. Macam-macam hal lah korang ni. 

Morning Trip

1) War Remnants Museum


Disebabkan aku dah bayar entrancee fee jadi aku xpayahlah bayar lagi dan kali ni tak ada dah salah faham macam semalam. Ok sudah! dieorang dah alert dah pasal ni. Seingat aku entrance fee die dalam 15,000 VND(0.71USD/RM 2.26) Lepas dah beli tiket die bagi masa dalam 1 jam untuk kite tengok dalam muzium ni..muzium ni ada 3 level. Dekat luar2 ade kereta kebal..bot tentera..kapal terbang..pastu ade jugak tempat kurung2 orang macam tu..lepabih tepat lagi tempat tahanan. Kurung-kurung orang sedap sangat bahasa.

War Remnants Museum

US Air Force

Antaranya

Level 1

Level 1 ni Level keinsafan..memang korang akan diam je bila tengok gambar2 kat sini. Gambar-gambar kat Level ni memang agak sedih sebab gambar kesan dari Agent Orange/Dioxin, apa yang jadi bile dah sebok sangat nak perang sampai guna bahan kimia..kesan die pada rakyat Vietnam memang menyedihkan.

** Pendapat akulah kalau siapa-siapa  yang mengandung ke ape baik tak payah tengoklah gambar-gambar tu semua.

Korang layan jelah beberapa gambar yang aku ambil masa kat sana. Sedih beb! serius..

Tak ada Mata

Kesian wei!!

Kalau tak sedih tak tahu lah aku


Level 2

Level 2 ni ada apa eh?? aku lupa lah pulak, dekat tingkat dua ni bom2 yang dieorg gunakan masa perang, senjata-senjata..ada jugak gambar2 masa perang tu..agak menakutkan jugaklah..

Bom yang digunakan masa perang

Kedasatan Perang

Antara Peluru yang digunakan


Level 3

Level 3 ni..kebanyakannya gambar yang dieorg kumpul dari jurugambar-jurugambar yang bertugas masa perang tu..kebanyakkannya mati masa perang tu jugak..dieorg kumpul semua gambar-gambar tu..

Antara gambar yang ada

Adoi!!


Tempat kurungan

Tempat kurungan ni aku masuk gitu2 jelah tak ada beriye sngat nak tengok..takut sikit. Tak berapa nak kuat diri nak masuk dalam-dalam tu.

Tempat Kurugan

Tiger Cages

Bayangkan kena kurung dalam tu



2) China Town


China Town ni pusing2 macam tu je..memang kebanyakannya orang cina, Jadi dieorg cakap cina lah..tapi cina vietnam bunyi die pelik sikit..aku yang biasa dengar orang cakap cina pun macam blur2 bahasa die dieorg cakap ni..kena amati bebetul baru tau dieorg cakap cina.

3) Thien Hau Pagoda


Ni merupakan Tokong Buddha, die dekat2 dengan China Town..dah semuanya bukan Muslim aku je Muslim jadinya..aku turun jugaklah dari bas..ikut jugak smpai ke depan Tokong..Tapi aku tak masuklah. Aku duduk kat luar je berjemur tengah panas buta tu. Nak buat macam mana kan dah termasuk dalam tempat lawatan, tapi pada aku tak kisah lah..bukannya nak pergi sembahyang kat dalam tu pun. Duduk luar sudah.

Tokong

Beli burung dan lepaskan kepercayaan dieorang


4) Binh Tay Market


Market ni memang aku rasa Market yang patut korang pergi sebab Market ni sangat2 murah. Memang jauh beza dengan Ben Thanh Market. Dieorang dekat sini macam jual untuk perniaga2 jugak. Dieorang beli pakai borong jadi harga memang agak murahlah. Macam kacang gajus dekat Ben Thanh Market dieorang jual sekilo 150,000VND/RM 23/ 7USD  kalau dekat Binh Tay Market dieorang jual sekilo 90,000VND/RM 19.60/4.30USD  Biji teratai dekat Ben Thanh Market dieorang jual sekilo 400,000VND/RM60/18.90USD dekat Binh Tay Market 260,000VND/RM39/12.30USD. Korang tengok sendiri lah berapa banyak bezanya harga, dekat sini juga ada jual kain2...telekung..topi2..periuk2..semualah ada..yang pastinya lebih murah dari Ben Thanh Market.

Borong-borong

Macam periuk belanga ada

Binhtay Market

Murah tak??


5) Handicraft workskhop


Sini sama jelah lebih kurang masa nak pergi Cu Chi Tunnel tu..tapi bukan tempat yang same..tempat lain, tapi harga die mahallah..kalau nak tengok2 tu mungkin boleh. Nak beli? terpulang pada diri korang lah.

Handicapped Handicrafts


Lunch Break


Dieorang akan berhenti makan dekat Satu kedai Nama Khim Cafe betul2 depan office dieorang aku memang tak makan lah sebab aku tengok macam tak halal. Jadinya aku lepak2 kat taman dekat dengan cafe tu.Makan memang termasuk sekali katenye tapi die terangkan cuba bagi discount 1USD je untuk makanan. Jadi kalau korang makan tu harga die contoh 4USD korang cuma bayar 3USD je.

Afternoon Trip


1) Reunification Palace/ Independent Palace

 

Bila dh tengahari tu memang penat gile..aku pun rasa penat semacam je. Kalau ikutkan tempat2 petang ni memang area bandar je. Jadi kalau korang rajin nak jalan..korang boleh berjalan je..mungkin jalan kaki dalam 30 minit kot..sebab dekat2 je antara satu dengan lain.

Reunification Palaca/Independent Palace ni adalah dimana tempat berakhirnye perang Vietnam..atau dikenali sebagai Fall Of Saigon. Masa berakhirnye perang Vietnam tu ada kereta kebal sudah langgar itu pintu gate lah. Lebih kurang macam tulah. Dan mengikut kata Tourist Guide tu sebelum ni ade 4 President Vietnam yang dah tinggal dekat situ. Sekarang ni dah tak ada..jadi die bukak lah untuk orang2 tgk macam mana rupa dalam die kan..besar lah pulak nak berjalan..aku jalan ambik gambar pastu dah aku tggu je kat bawah..tak larat nok!!

Bangunan Independance Palace

Ni ruang ape eh tak ingat aku

Ni santai2


2) The Notre Dame Cathedral


Yang ni pulak bagunan dia cantik..kire Gereja dekat bandar HCMC. Aku tengok dari jauh jelah..Tak banyak boleh komen.

Gereja


3)  The General Post Office

 

Bagunan post ni memang klasik..dalam dia ada tempat utk korang pos postcard kalau korang nak pos lah..ade jual souvenior jugak..bagunan ni dekat je dengan Reunification Palace dan terlalu dekat dengan Gereja ni..seberang jalan je kot.

Post Office

Dalam Post Office


4) City Hall


Aku pun tak pasti sebenarnya City Hall ni apa..sebab masa tu aku dah penat sangat. Aku rasa die depan post ni sebab kat situ ade Statue..orang ramai ambik gambar kat situ..Statue ape aku tak pasti aku tak tengok.

Dah habis tour ni..aku pun tahap penat nak terburai perut..nasib baik die berenti dekat Ben Thanh Market jadi aku tak payah jalan jauh sangat. Balik tu terus je makan. Makan kat Serai juga sebab kedai yang aku nak makan tu masih lagi beraya. Makan pun makan benda yang sama je Pho Bo dengan Vietnam tea.

Balik rehat kejap..mandi dan berkubang2..petang tu dalam pukul 6PM aku berjalan kaki ke Water Puppet Show.

 Jalan Kaki Ke Water Puppet Show


Aku confius sikit kat mana Water Puppet Show ni, lepas dah google2 aku tengok ade dekat2 dengan AVA Hotel ni..jalan kaki lebih kurang 10 minit je kot. Kalau aku lah sebab aku punya kaki ni..ala2 atlet..atlet pencen..Kalau korang jalan lenggang kangkong..lebih kurang 20minit lah..jalan die sangat senang.

1) Turun dari AVA Hotel tu korang ke kiri..jalan smpai ke jalan besar.
2) Belok kiri lagi...straight je..sampai jumpa traffic light pertama.
3) Traffic light tu korang ke kanan..nanti korang akan lalu dekat taman..kiri kanan taman..orang lepak2..senam2 joget2 dekat situ.
4) Jalan terus je lagi sampai korang jumpa traffic light..traffic light tu kanan ikut signboard Jalan Nguyen Thi Minh Khai...jalan sikit je nanti korang nampaklah Water Puppet Show punya banner.

Water Puppet Show



Water Puppet Show


Water Puppet Show  ni  antara yang aku rasa korang perlu tengok sebab aku rasa tak ada kat Malaysia. Unik dan menghiburkan..die punya show ni 50 minit tanpa henti..walaupun dieorg guna bahasa dia..memang tak paham sepatah haram..tapi aku enjoy sebab ada muzik traditional die..syook wooo!! Die ada macam2 citelah..rata-rata pasal kehidupan harian rakyat Vietnam..ade klaka2 sikit.Tiket die aku rasa baik beli sendiri je sebab lagi murah satu tiket 160,000VND(7.5USD/RM 24) . Korang kena check dulu bile korang nk pergi tengok sebab die ada masa-masa show die..die setiap hari dan ada 3 waktu berbeza 5PM, 6.30PM dengan 7.45PM. Jadi korang kenalah pergi kurang2 pun 15minit sebelum show tu sebab nanti takut tiket habis pulak, Ramai woo orang!! pastu nanti kena beratur macam nak tengok wayang jugaklah kirenye..Tiket die pun ada no. seat jugak..

Unik


Hari ketiga ni memang aku penat tahap dewa. Esok nak ke Mekong Delta pulak. Nak charge tenaga sikit.

** Update: 2/5/2016- Aku ada terbaca pasal seorang warganegara Malaysia yang dibunuh di HCMC baru-baru ni. Sangat terkejut dengan berita tersebut dan aku ambil kesempatan nak ucapkan salam Takziah pada keluarga mangsa. Aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat, beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..di ampunkan dosanya,diterima segala amal ibadatnye dan semoga dia dijauhkan dari siksaan Kubur. Amin...

Selain dari tu beberapa hari sebelum tu ada juga kisah tentang beberapa orang dari Malaysia juga diculik dan di rompak di HCMC boleh baca dekat SINI. Apa pun, aku boleh ingtkan pada korang.. mana pun kite pergi berhati-hatilah, tengok keadaan sekeliling. Alert setiap benda  yang jadi sekeliling kita, baca dan ambil semua pengajaran dan tips dari banyak blog jangan stick pada 1 blog saja sebab setiap blog ada isi dan pengalaman yang lain. Sepanjang aku ada dekat HCMC aku memang tak pernah naik teksi, aku cuma jalan kaki..naik bas dan bas tour je, sebab aku ade dgr cite yang tak best bile naik teksi. Ada 1 website ni aku tengok dia ada bagi contact untuk emergency..jadi korang boleh simpan cntact tu. Boleh check dekat SINI
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Monday 11 August 2014

Ho Chi Minh City (5H 4M) Day 2


Hallo..Vietnam! Gitu!..tak payah nak over sangat..hari kedua aku berjaya bangun dengan cemerlang sekali sebab malam tadi tidur tak bape nak lena..tidur pun asyik bangun2 je walaupun beza waktu cuma sejam..Vietnam lewat sejam dari Malaysia tapi aku rasa masa tu macam panjang sangat je..aku bangun tengok jam baru pukul 3 AM..bangun lagi 5 AM aku rasa macam aku dah tidur berjam2 dah..lena sangat ke aku tidur??

Hari kedua ni dah bermulalah penjelajahan aku untuk melawat tempat2 menarik dekat HCMC ni..dan hari pertama ni aku akan ke Cu Chi Tunnel.. Tour ni akan mengambil start dari 8.40AM sampailah 4.30PM lama tak lama jugaklah sebab perjalanan die agak jauh lebih kurang 50 KM dari bandar Saigon..

Bangun Awal


Aku bangun awal sesangat pagi tu bukan semangat ape..semangat nak berkubang dalam bath tub..punyalah jakun..ngaku jelah kan!! nak buat macam mane.

Dah siap2 semua..aku turun lebih kurang pukul 8.35AM sebab aku memang tepati masa..cewah!! cakap nak bagus aje! Aku lepak2 kat lobby sambil tunggu orang Tourist Guide datang jemput. Sambil2 borak dengan makcik mane tah orang Hotel tu..kot2 owner die tapi muka tak berapa nak menyakinkan die tu owner..dah borak2 bagai..datanglah Tourist Guide macam yang Ms. Khanh cakap orang dia pakai baju warna coklat dengan gambar Bunga Teratai dekat belakang..jadi aku dah confirmlah memang tulah orangnya. Die mintak resit bayaran..aku dah bagi2 semua, aku pun ikut jelah dia..tengok2 dalam bas semua omputeh..aku je tak bape nak putih..jadinye aku diam jelah membatu macam tunggul kayu..

Bas Tour


Cu Chi Tunnel


Perjalanan ke Cu chi Tunnel ni lebih kurang 40 minit ke sejam mcm tulah..Tourist Guide boleh cakap english walaupun bunyi ala2 kelaut tapi boleh paham.. jangan risau. Dalam perjalanan tu die adalah cerita- cerita sikit pasal Vietnam dan jugak pasal Cu Chi Tunnel dan perang2 masa Vietnam belum merdeka.

Handicraft Handicappe


Dalam perjalanan tu kiteorg singgah dekat Handicraft handicappe..tengok dieorg buat kraftangan2 lukisan2. Kebanyakkan dieorg ni cacat sebab akibat dari perang antara Vietnam dgn Amerika..sebab masa perang tu Amerika dah spray Vietnam dengan Agent Orange/Dioxin yang buatkan dieorg terima kesan-kesan macam ni lah. Korang boleh google untuk tengok ape tu Agent Orange/Dioxin dgn perang antara Vietnam dengan Amerika.

Bagi tunduk hormat sikit

Guna Kulit telur pun boleh

Susah tuu nak buat

Kenderaan dieorg


Cu Chi Tunnel


Sepanjang perjalanan ke Cu Chi Tunnel tu banyak jgk pemandangan Vietnam yang boleh diamati walaupun lebih kurang macam Malaysia je. Ade sawah padi..ade kubur2..kubur dieorg pelik sikit..ade bumbung sikit. Boleh tengok rumah2 dieorg..rumah dieorg pelik jgk..kurus tinggi..macam dieorg jugaklah lebih kurang.. kurus2..

Kubur dieorg

Selamat Datang Cu Chi Tunnel..aku suke translate sendiri


Biasanya Tourist Guide ni akan mintak korang duit tiket masa dalam bas sebab tak payahlah korang nak beratur sorang2 beli tiket kan..dah bape lama pulak nak tggu..harga tiket 90,000VND ( RM 14.60/ 4.5 USD) . Aku dah bayar masa ambik pakej tu..tapi die mintak jgk kat aku..hati ada rasa nak marah, aku dah cakap aku dah bayar..tapi die cakap die tak tahu nanti mintak balik dekat orang tu. Oklah aku malas lah nak gaduh2..aku kan professional (Hak Tuiii!)  jadinya aku hantar msg dekat Ms. Khanh bagitau dieorg mintak duit ( Ngadu ni!!) lepas tu mungkin Ms. Khanh call tourist Guide tu dan duit aku di pulangkan dengan jayanya. Jadi tak payahlah nak gaduh2..relax2 sudah. Biasalah tu salah paham..cool lah konon!! dalam hati Tuhan je tau.

Beratur nak masuk


Sampai je kat Cu Chi Tunnel Tourist Guide akan belikan korang tiket, korang bolehlah tengok ape yang patut kat luar tu..dan lepas dah dapt tiket penjelajahan pun bermula. Tapi kene ingat jgn nak memandai.. ikut Tourist Guide korang die akan terangkan dekat korang semua2 nya. Kalau korang pergi nak bergambar tu memang suka hati koranglah..kalau korang nak dengar pasal sejarah die pun suka hati korang lah.. macam aku tgk ade yang asyik berselfie je..tolonglah!!! Dengan monopod nya..tourist guide terangkan die berselfie  dahlah orang Malaysia..OMG! omputeh tengok je perangai korang.. ttbe aku nak ngaku jadi orang Brunei.

Bekas kena BOM



Sejarah Cu Chi Tunnel ni memang lah agak pelik2 takut gitulah lebih kurang..tengok macam susahnye dieorang nak mengorek Tunnel kat bwh tu dgn ddk kat dalam tu sebab nak berlindung masa perang insaf sikit..skit jelah sebab nanti akan ade yang lebih menginsafkan..kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Cu Chi Tunnel korang boleh baca dekat SINI.

Perangkap

Gerila

Kete kebal US

Dalam tu dieorg nak sediakan tempat-tempat untuk korang tengok..sebab mengikut kata Tourist Guide tu dulu tempat tu memang agak bahaya lah sebab Orang-orang Vietnam dieorg buat perangkap2 tu semua.. orang-orang pun tak boleh kesan jadi bahaya lah untuk Tourist. Jadi korang ikut jelah Tourist Guide tu mana dieorg bawak jangan nak memandai2 masuk dalam hutan sana sini berselfie kang ade balik masuk dalam kotak kayu kang.

Nampak tu?? Kalau kena tu..haa hambek!

Perangkap lagi

Dalam tu korang pusing dalam 1 jam 30 minit lebih kurang lah..die akan bawa untuk tengok Tunnel, tengok bekas bom, pastu tengok perangkap2 yang dieorg buat dan jugak dalam tu korang boleh cuba untuk tembak-tembak. Kalau yang ppuan ni dieorg syorkan untuk try M16 je..yang laki bolehlah nak try M40 dengan M76 ye kot..aku pun dah tak bape nak ingt. Kalau nak cuba kenalah bayar..M16 ( 35,000VND/RM 5.26/1.65USD) yang lain tu aku macam tak bape nak ingtlah. Aku pun tak tau kenapa aku tak tengok harga die betul2..aku tak main sebab masa tu aku macam pekak2 badak je sebab aku selsema pastu naik flight tekanan..aku pekak dua hari kalau korang nak tau. Dahlah pekak buta huruf pulak tu. Teruk betul aku kat Vietnam.

Mari Menembak


Korang boleh cuba masuk Tunnel die..kalau korang larat dan berani lah. Macam aku..aku tak masuk sebabnya aku tak berapa sehat..sebelum datang tu aku dah demam dan demam lagi waktu kat sane. nampak aku punya alasan?? Logik kan?  Tunnel tu sebenarnye die dah besarkan sikit sebab sekarang dah di jadikan tempat pelancongan jadi die ikut saiz omputehlah kang satu keje pulak asyik tersekat je kat dalam tu..kalau ikutkan saiz sebenar memang kecik sebab saiz orang Vietnam ni kecik.kecik dan rendah..korang boleh cuba masuk dalam Tunnel kalau rasa tak nak jauh-jauh korang keluarlah masa 20meter  kalau rasa nak jauh sikit pergi 40meter nak jauh lagi 60meter..lebih tu aku tak tahulah boleh ke tak sebab aku tengok yang masuk keluar semua calar balar..sebab omputeh kan..seksi meksi masuk dalam tu..mau tak calar balar.
Masuk jangan tak masuk

Keluar dengan muka bangga

Lepas dah try tu die bawak tgk video...sikit2 lah pasal Cu Chi Tunnel tapi tak bape membantu sangat..aku ngntok tengok video tu..sorry lah boss!! tak boleh menerima. Bosan sangat...

Pulang balik


Arah balik ni memang tak ada singgah mane2..terus je balik die kata nak singgah War Remnant Museum tapi sebab semua tak nak..jadinya terus jelah balik lagipun esok aku ade 1 Day City tour..tu pun pergi Museum tu jgk...jadinya tak payahlah.. terus balik. Dieorang berenti dekat office dieorg dan aku pun pulang berjalan kaki..balik ni ingt nak pergi Water Puppet Show..tapi hujan lah pulak. Jadinya duduk jelah dalam bilik.

Makan Malam.


Makan malam kali ni memang tidaklah kat Basiroh tu..jadinya aku try pergi Serai Restoran..memang mahal sgt lah..tapi nak buat macam mane kan..memang aku tak nak nasi2..jadinya aku try makan Pho Mee @ Pho bo yang popular sangat tu nak jugak lah rasa kan..jadi aku order Pho Bo ( 85,000 VND/RM 13/4USD) dengan Vietnam Tea ( 10,000VND/RM 1.51/0.47USD) mahalnya yelah..tapi nasib baik sedap..kalau tak sedap aku gegar satu HCMC tu. Depan kedai Serai tu ade kedai Halia..aku rasa sama je owner die sebab aku tengok pekerja-pekerja serai ni kejap masuk Halia tu kejap masuk Serai..ikut suke ko lah nak!!

Sedap wooo! Mahal lah :(


  Circle K Mart


Kedai ni banyak sangat kat HCMC ni..mane2 ade die lebih kurang macam 7 E lah kalau kat Malaysia 24 jam jugak..jadi kalau korang nak beli pape boleh lah pergi kat sini..murah tu murah jgk. Depan AVA Hotel pun ade satu, tu senang tu kalau nak beli pape.

Ni Halal

Yang ni tak pasti tak de logo halal


Hari kedua ni agak letih jugak..sebab demam2 sikit..panas pulak tu. Lepas makan balik hotel esok nak pergi 1 day City Tour pulak. Kumpul tenaga.

Esok..1 Day City Tour..yaribaaaa!!

Tips: 

1) Kalau korang berenti dekat kawasan ramai Tourist..hati2 dengan peragut sebab dieorang akan cuba untuk ragut korang punya camera..handphone dah sebok sangat ambik gambar kan. Mane nak ingt benda2 tu semua.

2) Kalau korang berjalan tu pastikan korang paham tempat korang nak pergi jangan tersiput-siput macam siput sedut nanti ade je orang datang tanye2 korang pastu mulalah mengaburi fikiran korang. Jadinya buat-buat confident sudah.

3) Tawar sampai lebam..korang mana-mana yang baru nak belajar tawar menawar tu korang boleh asak bakat dekat sini..korang boleh tawar samapai peniaga tu tawar hati nak jual kat korang.

 4) Kalau beli2 makanan tu tengok2 lah sikit tanda HALAL sebab kebanyakannya TAK HALAL jadi harapnya korang berhati-hati. Alert sikit lah.

5) Korang kena sediakan plug international sebab plug die lain dari kita..kalau korang lupa nak bawak tak pe sebab korang boleh pinjam dekat hotel korang duduk biasanya dieorang bagi pinjam mungkin kena bayar deposit lah..macam aku tak payah deposit sampai aku lupa nak pulang. Aku lupa eh bukan sengaja bawak balik. 

6) Kalau korang nak ambil gambar tepi2 jalan tengok2 jugak lah kot2 ada signboard tak boleh ambil gambar..sebab ade tempat2 tertentu dieorang tak bagi ambil gambar..nanti polis datang!! habis lah korang..



Info:

1) Kalau korang tengok orang-orang Vietnam ni suka pakai mask dahlan bercorak-corak..bukan sebab habuk ke atau sakit. Mengikut kata Tourist Guide tu..selepas di tanya oleh seorang Tourist yang penting bukan aku lah yang tanya..sebab aku  memang pendiam dan pemalu. ok2 balik pada soalan tu kenapa dieorang pakai mask..jawapan die agak mengejutkan jgklah..sebab kecantikan!! kecantikan ko!! mampu?? disebabkan Vietnam ni panas sekarang jadi dieorang pakai sebab tak nak hitam..sebab pada dieorang orang yang kulit gelap ni miskin..sebab kena kerja kuat kat luar..yang kulit cerah ni kaya..dok umah je. sebab tulah dieorg pakai mask. kelakar?? tak payah nak kelakar sgtlah!!

2) Untuk Info walaupun motor banyak dekat HCMC ni tapi dieorg tak ade nak merempit tak tentu hala macam kita..dieorg bawak motor kategori slow je..bawak kereta pun tak laju ape tah lagi bas..slow betul. mengikut kata biasalah kan..info yang aku dapat bas dibenarkan bawak dalam 50km/jam lebih kurang lah aku pun tak pasti sangat bape..tapi kalau bawak 59km/jam dah kena saman dah..saman dahlah 125USD mampu?? Tu baru 59km/jam kalau bawak 60km/jam kena denda mungkin double atau triple..pastu lesen memandu kena tahan 2 bulan.. jadinya dieorg memang slow je bawak bas..tu yang 75km pun ambik masa sampai 2,3 Jam nak sampai..berhemah sangat nok!!

3) Info lain pulak pasal jual beli rumah..yang ni pun menarik jugaklah pada aku..untuk beli rumah dekat Saigon City..memang mahal tahap cipanzi..100meter persegi je harganya 50,000USD..USD eh bukan DONG! sebab tu kebanyakan dieorg beli tanah je luar dari bandar Saigon..tanah pun mahal jugak..dalam 800-1000USD 1 meter persegi..mampu?? tak mampu..jadi?? ddk jelah Malaysia. Kalau nak beli rumah pulak..kalau bukan kerja syarikat besar..atau govt. memang tak dapatlah nak buat pinjaman..korang kena beli atas orang je. Kalau kerja syarikat besar atau govt. pun..pinjaman untuk beli rumah cuma 6, 7 tahun je wei!!! mampu?? Tak mampu!! jadinya bersyukur jelah jadi rakyat Malaysia..

** Update: 2/5/2016- Aku ada terbaca pasal seorang warganegara Malaysia yang dibunuh di HCMC baru-baru ni. Sangat terkejut dengan berita tersebut dan aku ambil kesempatan nak ucapkan salam Takziah pada keluarga mangsa. Aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat, beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..di ampunkan dosanya,diterima segala amal ibadatnye dan semoga dia dijauhkan dari siksaan Kubur. Amin...

Selain dari tu beberapa hari sebelum tu ada juga kisah tentang beberapa orang dari Malaysia juga diculik dan di rompak di HCMC boleh baca dekat SINI. Apa pun, aku boleh ingtkan pada korang.. mana pun kite pergi berhati-hatilah, tengok keadaan sekeliling. Alert setiap benda  yang jadi sekeliling kita, baca dan ambil semua pengajaran dan tips dari banyak blog jangan stick pada 1 blog saja sebab setiap blog ada isi dan pengalaman yang lain. Sepanjang aku ada dekat HCMC aku memang tak pernah naik teksi, aku cuma jalan kaki..naik bas dan bas tour je, sebab aku ade dgr cite yang tak best bile naik teksi. Ada 1 website ni aku tengok dia ada bagi contact untuk emergency..jadi korang boleh simpan cntact tu. Boleh check dekat SINI

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...