Sunday 30 March 2014

Ke LCCT

Kali ni aku nak kongsi beberapa kaedah( Kaedah sangat) untuk ke LCCT dari Kuala Lumpur khasnya dan beberapa tempat sekitar Lembah Klang..

Dulu aku rasa kalau nak ke LCCT tu transport xbanyak sangat kalau tak naik teksi, kena naik bas..kalau tak pun naik KLIA transit dari KL sentral ke Salak Tinggi dan dari sana kena naik teksi pulak ke LCCT tapi sekarang dah ada beberapa cara dan transport yang memudahkan kita untuk ke LCCT.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - LCCT

Yang ni aku baru je tau hari tu bila aku nk balik kampung..ada ternampak banner bas ke LCCT..jadinya tak perlulah naik dari KL sentral lagi kalau nk naik bas ke LCCT. Harga tiket aku tak pasti berapa yang pastinya kena beli dekat kaunter lah..


Bandar Tasek Selatan - LCCT

Kalau dari Bandar Tasek Selatan korang boleh naik KLIA transit ataupun teksi..Teksi memang mahal sikitlah, tapi kalau KLIA transit harga tiket sekali dengan tiket bas..RM 10.80 korang kena turun dekat Salak Tinggi dan dekat Salak Tinggi tu korang naik bas pulak ke LCCT.


KL Sentral - LCCT

 Bas

Kalau dari KL sentral korang tak payah risaulah sebab ni lah pusat segala pusat transport dekat KL  ni..dari KL sentral kalau korang nak naik bas ke LCCT..kena turun bawah dekat luar sikit..kalau korang beli tiket masa korang beli tiket flight korang kena naik dekat KL sentral ataupun One Utama..bas yang disediakan adalah Skybus..tapi kalau korang belum beli tiket lagi jangan risau ada lagi bas lain dekat situ ataupun boleh jugak naik Skybus tu..tapi tiket dia mahal sikitlah dari beli Online..harga Online RM 8.50

KLIA Transit

Klia transit pun korang boleh naik jugak..sama jugak macam dekat Tasek Selatan, Tiket sekali dengan bas..kalau korang nak beli asing pun boleh tak de masalah. harga tiket RM 12.50 dari KL sentral turun dekat Salak Tinggi dan naik bas pulak ke LCCT.

Teksi

Teksi ni aku pun pasti sebenarnya sebab paham-paham jelah KL kan...ikut suka pakcik teksi tu je nak letak harga..kalau dari Serdang yang aku tau harga dari RM 70 -RM 80 harga biasalah kalau midnight mahal lagi.


One Utama - LCCT

Ni pun aku tau bila beli tiket flight tgk Skybus ada jugak dari One utama ke LCCT..harga RM 13.50

kalau nak maklumat lanjut boleh tengok dekat website2 di bawah..

 Harga ke LCCT

 KLIA transit harga tiket

SkyBus

Wednesday 5 March 2014

Hotel Reviews

Part 3


Sambungan untuk hotel review dari PART 2  dulu..macam biasalah review aku adalah dari pemerhatian aku..dan tahap kepuasan seseorg tu subjektif..dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...ayat aku copy paste je..

7. Smile Hotel Krabi


Lokasi

Lokasi nya adalah di Ao Nang Krabi, kat kawasan ni memang banyak hotel ain selain dari hotel ni.
beredepan dengan kedai2 serbaneka dan kedai makan..sangat senang untuk cari makan dan dekat dengan walk street ke apa nama..aku dh lupa..tp lokasinya sangat strategik..


Pengangkutan awam

Pengangkutan awam banyak,..pilih je nak apa..tuk tuk,teksi, bas..semua ada..tak susah nak cari

Fasilitis 

1.Color TV       
2.Parking facility
3.24 Hours CCTV security system        
4.STD/IDD telephone system        
5.Wifi internet access (High Speed)
6.In-room individually controlled Air-conditioning
7.Attached Bathroom with Water Heater
8.Writing Desk
9.Daily Complimentary Drinking Water
10.Electronic Safe
11.Airport Transfer
12.Peti Ais satu pintu

Bilik

Bilik superb besar,bersih dan sangat selesa..

Hotel budget paling aku suka, point dekat agoda pun sangat superb

Harga
Harga kalau untuk dua org start dari RM 60 untuk hari biasa dan meningkat pada hujung minggu

Website Hotel : Smile Hotel

Review :  Agoda Review

Summary
Value for Money: 4.5/5                            
Location : 5/5   
Staff Performance : 5/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 4.5/5   
Food/Dining : nil


** Hotel ni tak ada Lift


8. Tune Hotel, Kota Kinabalu

Lokasi

Lokasi memang sangat strategik walaupun jauh dari bandar KK..Tune hotel ni bersmabung dengan shopping Mall 1 Borneo jadinya senang kalau korang bosan2 bolehlah turun2 shopping pulak..tempat makan mmg xsusahlah dah dekat dgn shopping mall kan..selain tu hotel ni jgk dekat dengan UMS..

Pengangkutan awam

Pengangkutan awam tak susah..ada teksi, bas tak susah cari sebab dekat dgn jalan utama

Fasilitis

tak ada sangat kalau nak bayar lah..baru dpt WIFI bagai

Bilik

Bilik ok..TV 32 inci..tp kena bayarlah..biase Tune hotel kan?? biik walaupun kecik tapi tetap selesa..

Harga

Harga tak tetap..boleh refer website..

Website hotel :Tune Hotel

Summary
Value for Money: 4/5   (Masa aku pergi tu dpt promosi)                        
Location : 5/5   
Staff Performance : 4/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 4/5   
Food/Dining :nil



9. Shari-la Pulau Perhentian, Kecil


Lokasi

Lokasi dekat Perhentian kecil..Resort pertama yang korang akan jumpa bila turun dari jeti..tak payah jalan jauh2..pada aku lokasi sangat ok..dan sangat privacy untuk orang2 yang menuntut privacy yang maximum..

Pengangkutan awam

Pengangkutan awam..kat sini  lain sikit..korang akan jumpa teksi bot..teksi bot ni boleh bawak korang pusing pulau dan juga untuk hantar korang ke Pulau Redang kalau korang nak lah..dan juga ke kg.nelayan..atau pun perhentian besar..

Fasilitis

    
1.Color TV (Limited Astro Channel)
2.In-room individually controlled Air-conditioning
3.Attached Bathroom with Water Heater
4.Writing Desk
5. Ceiling Fan
6.Cafe
7.Internet Cafe
8.Private Beach

Bilik

Biik sangat selesa..dalam ada sofa, mini bar, bilik air yang bersih dan dia ada sediakan baldi tu yang paling aku suka sbb senang nak basuh baju..dan boleh sidai kat luar die ada sediakn tmpt sidai baju..

Bilik  sangat ok..

Harga

Harga dari RM 160.00 plus 6% tax..siap breakfast..

Website hotel :Shari-la

Review : Agoda Review


Summary
Value for Money: 4/5                            
Location : 5/5   
Staff Performance : 4/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 4/5   
Food/Dining :4/5




Monday 3 March 2014

Krabi vs Pulau Pangkor vs Pulau Perhentian

Banyak soalan yang selalu ditanya antara tiga-tiga tempat di atas...jom aku jawab soalan2 tersebut...

1. Mana yang best?

   - Soalan ni sgt ssh nak dijawab sebab terpulang pada individu lah,..kalau yang nak  pergi luar negara tu pilih Krabi sebab ada variety bukan Pulau semata-mata..macam tu jugak dengan Pangkor..tapi kalau Perhentian..untuk orang yang memang nak tengok laut..duduk dekat pulau..tak ada motor,kereta..basikal..yang ada pun bot...tapi kalau aku secara peribadi aku pilih Perhentian..

2. Tempat yang mana mahal?

  - Mahal..erm..susah jgk nak pilih...Krabi kena naik flight tapi kalau dapat free seat xde masalah..makanan murah, hotel murah...brang pun murah. Perhentian..Makanan mahal,hotell boleh tahan mahal jgk, barang pun mahal..Kalau tmbang bas dan bot tu..bolehah...Pangkor?? Makanan biasa,barang pun biasa je harganya, tambang bas(bergantung) tapi feri murah...Kalau akulah tak termasuk pengangkutan aku rasa Perhentian agak mahal.

3. Tiga perkataan mengambarkan Krabi,Perhentian dan Pangkor.

  - Krabi - Makanan, Pemandangan dan Murah.
     Perhentian - Cantik, Tenang dan Privacy.
     Pangkor - Ok je , Hotel murah dan Pengalaman.

4. Antara tiga mana yang akan pergi lagi?

 - Antara tiga ni aku memang confirm akan ke Perhentian semula...pertamanya sebab hari tu aku pergi sorang tak happening sangat..lepas ni aku akan bawak rombongan cik kiah pulak..keduanya tak puas snorkelling hari tu..nak snorkeling lagi..ketiganya aku nak ke pulau redang pulak...keempat..sebab pada aku perhentian sangat mendamaikan jiwa....hahaha

5. Snorkeling kat mana lagi best?

 - Kalau aku memang pilih Perhentian...kalau nak di bezakan memang ada beberapa perbezaanlah..nak bandingkan tu aku rasa aku awal2 nak tolak pangkor sebab..memang tak terbanding dengan Krabi dengan Perhentian..jadi aku comnpare krabi dengan Perhentian jelah..Kalau Krabi apa yang kita tahu kat sane pernah kena Tsunami jadi banyak batu karangnya mati dan ikan2 yang ada pun agak kurang juga dari jenis2 nya dan jugak size2 nya..masa aku snorkeling tu ikan sama je aku nampak..kalau ada yang besar pun tak banyak..airnya tak boleh nak cakaplah sebab memang jernih..pemandangan dekat sana pun cantik..itu memang aku tak boleh nak sngkal...tempat snorkelling pun banyak..banyak pulau2 yang boleh kita pergi..
Kalau Perhentian tempat snorkellingnya memang tak banyak..tapi isi perut laut tu yang membuatkan aku teruja..berbanding dengan Krabi..Perhentian ada banyak batu karang yang sangat cantik..rumput2 laut yang warna warni...luar dari kotak fikiran kitalah..ikannya pun banyak dan berjenis2..jerung, penyu semuanya ada..Perhentian pada aku Syurga isi lautan(wah!! gitu)..

6. Perbezaan ketara antara tiga?

 - Ketara?? yang ketaranya adalah namannya..haha..Apa ek?? Krabi memang uniklah sebab negara luar..selain dari pantai dekat Ao nang boleh ke bandar dia...kiranya korang boleh buat macam lagi selain dari duduk dekat pantai...Kalau Pangkor..bandar dia kecik sikit..tapi bolehlah nak jalan2..walaupun..tak berapa sangat...Perhentian..erm..pada org yang suka nak buat banyak aktiviti memang tak sesuai sangat sebab memang tak ada aktiviti apa sangat..selain dari berjemur, mandi..snorkelling..makan..korang memang kena campak dekat pulaulah kiranya..kalau nak berdansa2 pun tunggu malam jelah ke long beach..
kalau nak happening korang pilih Krabi...kalau nak habiskan duit Pangkor..kalau nak privacy..tenang2..Pilihlah Perhentian.

7. Mana paling senang nak pergi?

 - Semuanya kena naik sekurang nya dua kenderaan...Kalau Krabi flight..pastu teksi..kalau Pangkor..mungkin naik kereta atau bas pastu feri..kalau Perhentian sama jugak kereta atau bas lepas tu kena naik bot..tak de yang senang dalam dunia ni..tapi tak ada ah smpai susah sangat. Biasa je..same.

8. Berapa budget boleh pergi?

- Rata-ratanya RM 500.00 cukup..kalau aku. Terpulang pada poket masing2..tapi RM 500 pada aku dah cukup sangat untuk 3H 2M.

9. Baik pergi sendiri atau ikut agent?

 - Pergi sendirilah!! tak payah agent...mahall ikut agent sedangkan kita boleh direct terus dengan hotel,pengangkutan tanpa bayar extra untuk agent dapat untung..boleh?? pendapat peribadi,..jangan marah haaa...

10. Perkara penting perlu tahu tentang ketiga2 nya?

  - Panas...jangan lupa bawak sunblock dan juga aloe vera gel!

Alright itu aje..semoga korang mendapat pengetahuan sikit2 pun..sebenarnya kalau mana pun kita pergi tak ada yang merugikan sebab setiap apa yang kita nampak dan lalui itulah pengalaman dan pengajaran yang paling berharga untuk kita...

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...