Wednesday 15 May 2013

Bali

Penantian untuk ke Bali memang memenatkan…ngantok semua ada..tapi nak buat macam mana..tunggu  jelah…

Airport Ngurah Rai lebih kurang gayanya macam dekat Jakarta..dimana akan ada bas AA yang tunggu korang dan bawa ke terminal ketibaan…senang lah..tak payah jalan kaki..

Sesampai di Bali aku memang dah siap-siap booked supir…amboi! Bersupir bagai…ape salahnya kan..sekali sekala..aku tempah airport transfer di Ceria Transport dimana kaunter dia ada dekat lobi Legian Tune hotel..tak payah bayar apa-apa..masa sampai nanti baru korang bayar..charge yang dikenakan adalah Rp 65,000(RM 20.50)..kalau ke Tune Hotel Kuta murah sikit sebab Kuta lagi dekat dengan airport dibandingkan dengan Legian yang agak jauh…

Balai Polis Kuta

Banyak teksi..
Pemandangan sepanjang perjalanan dari airport ke Legian lebih kurang sama je..setiap rumah akan ada pintu gerbang dan ada patung-patung yang diukir..masa kami kesana Bali baru lepas menyambut hari kuningan dan juga Hari Nyepi…jadi banyaklah daun-daun kepala yang di gantung kat kedai-kedai dan rumah-rumah…unik!
sempoi gila lepak kat sini

Perjalanan lebih kurang 30minit lah gitu…aku pun tak pasti..tapi boleh tahan jauh jugaklah…Tune hotel legian ni agak dalam..kalau teksi biasa die nak berenti kat luar je..korang kena masuk dalam jalan kaki..sebab jalan masuk die sempit mak datuk! Jalan kaki pun tak jauh sangatlah..dalam  5 minit..je.



Reception

Masa check in ni..aku agak terkulat-kulat sikit sebabnye…reception nak speaking-speaking bagai ngan aku..aku ada rupa Mat Saleh ke? Hahaha…cakap melayu jelah apa salahnye..bukan tak faham..adoi!!  Serumpun kot!!! Tapi tak pelah..dah die nak speaking..aku layankan ajelah…cewah! Macam pandai sangat…haha

Pemandangan dari Tune Hotel Legian

TV @ W/O TV

Nak check in pun kene men teka teki…ko nak TV ke tak nak TV? Masa aku booking dulu tak ada pun bilik dengan TV..jadi aku fikir TV die free..rupenye dieorg baru  nak ber TV…sebab aku dah penat sangat..jadi aku pun fikir tak nak TV..Cuma nak aircond je…rumah tak de aircond..katekan..duduk hotel jelah nak merasa tido dengan aircond…haha

Masuk-masuk..bilik agak sempit..dan tak berapa selesa..sebab aku rasa banyak-banyak tune hotel yang aku dah duduk…Tune hotel ni agak tak selesa…tapi tak pelah dah penatkan…

Oh ya! Cite pasal Tv tak habis lagi..untuk TV kena tambah Rp 33,000(RM 10.20) sehari tak kira jam macam Tune hotel lain yang kebanyakannya guna system 12jam dan 24 jam..sebabnya apa yang reception tu bagitau aku..kalo nak TV terus kena bayar selama mana kita nak duduk sebab..kalau tak nak TV die bagi bilik yang memang tak ada TV langsung..ko duduklah ngadap dinding..haha  Bilik yang ada TV tingkat 3..yang tak ada TV tingkat 2…tapi TV die banyak siaran oooooo! Sebab pakai satelit…kalau TV korang tak banyak siaran korang setting je sendiri…Auto search..macam aku buat..dah bayar…apa??..kalo stakat nak tengok TV tempatan je tak berbaloi bayar Rp 33,000/Hari…jadi cari jangan tak cari....Masa aku nak check in tu reception tu gertak aku dia kata kalau aku nak bilik ada TV masa check in je boleh..kalau esok aku nak tukar kena bayar Rp 50,000(RM 15.50) sehari..amboi!!! gitu pulak…tapi esoknya aku tukar bilik..ok je! Tak de pun die nak charge Rp 50,000…ooooo!! Tipu aku eh?? Nanti ko! Hahaha…

Kedai Makan

Lepas aku dah rehat2 tu..perut pun dah lapar.mengikut kate Kadek(Supir yang amek aku kat airport) kat sini banyak kedai makan Muslim..tapi aku tengok ada satu je…itu pun nasib baik jumpa..kedai makan abang ni warna Hijau..ada banner kat luar tulis Kedai Makan Muslim..ada kedai makan sebelum kedai makan Muslim ni…tapi ramai omputeh minum beer..jadinya untuk tidak terlibat sama…aku usha dari jauh je kedai tu..hehe

Lepas makan tu…tak ada apa nak buat.kiteorg balik dan tidoooooo! TV pun tak ada..sedey!

Hari Kedua

Hari Kedua..sebenarnye..Mood tu tak berapa nak sedap entah kenapa…tak sama macam masa pergi tempat lain…aku nk berjimba-jimba tapi tak berapa best lah pulak…mungkin aku punya expectation tinggi sangat dengan Bali ni..sebab orang sangat suka Bali..gila ramai omputeh kat sini…tapi untuk aku tempatnya dan suasananya biasa aje…tapi mungkin aku tak mendalami sangat tempat2 nya..dan mungkin juga orang-orangnya yang aku jumpa kebanyakannya nak tipu aku je…tu yang buat aku rasa hilang mood nak berjimba sangat…

Carrefour

Macam apa yang dah dirancang aku akan ke Carrefour nak tengok barang-barang harian yang dijual kat sini…memang murah giile…kalau duduk lama..memang boleh beli belah kat sini..wat stock..naik teksi dari Legian ke Carrefour dalam Rp 15,000(RM 4.60)
Macam yang aku bagitau dalam entry Jakarta  Bali..teksi dekat bali ni meter dia start dengan Rp 5,000(RM 1.55)…memang tak berapa jauh sangatlah dari Legian…kalau nak dibezakan harga dengan hypermarket Malaysia memang jauh beza..memang agak murah barang-barang yang dieorg jual…tapi ada jugaklah barang yang mahal..mungkin tak ada subsidi kot..hekhekhek..

Carrefour Bali
Murah?

Best ooo!

Ala-ala Softlan


Pantai Legian

Sedey! Hahaha  pantai Legian memang sedey! Cantik lagi PD…tapi tak apalah orang kata pengalaman kan…cantik ke tidak tu belakang kira..orang memang ramai..tapi tak seramai pantai kat Kuta..kat Kuta lagi ramai…kebanyakan yang dating pantai ni..sama ada nak berjemur,beriadah atau nak men papan luncur…nak mandi-mandi tu ada jugaklah..tapi tak ramai sebab ombak dia agak kuat dan sesuai untuk papan luncur…aku Cuma jalan-jalan ambik angin jelah…pasir  die pun hitam..hehe…jenjalan ambil angin oklah…tengok-tengok orang…dari Tune Hotel ke pantai tak jauh sangat dalam 10 minit jalan kaki..bergantung pada kelajuan korang jugaklah..kalau jalan laju cepat lah..kalau jalan macam tak makan tu lambat lah..jangan nak kata aku tipu pulak..eh! haha

Nampak tu xleh mandi...


Legian(Double Six)

Kalau naik teksi korang kena bagitau Tune hotel Double Six baru dieorg tau..kalau korang kata Legian tu mungkin die agak confius sikitlah…sepanjang jalan double six tu ada kedai-kedai cenderamata..jual baju, money changer,kedai makan,mini market…tapi dalam pukul 9PM dah mula sunyi dah kawasan tu…kena hati-hatilah sikit…

Money Changer siap ada model kat tepi

Hari Ketiga

Muzium Bali

Aku ke Muzium Bali dengan teksi…Muzium ni  area Denpasar…jauh jugaklah dari Legian..jalan pun agak Jammed..masa aku naik teksi tu borak punya borak…teksi tu ingat aku org Jakarta…haha..boleh??  Kalau muka macam Luna Maya ke ok jugak kan…ni macam tak ber Maya je…hahaha…

Naik teksi  Legian ke Muzium Bali  lebih kurang Rp 46,000(RM 14.30)  tapi kalau korang ada plan nak sewa scooter nak ke Tanah Lot ke aku rasa baik naik scooter je..yang ni sebab aku tak plan sangat..dan kerugian tu memang akan berlaku..jadi sabor jelah!..

Tiket masuk Muzium  Rp 10,000 lebih kurang RM 3.10 (International), Rp 5,000 lebih kurang RM 1.55 (Lokal)…orang teksi tu dah pesan kat aku suruh ngaku local je…maklumlah Luna Maya kan…masuk-masuk penjaga tiket dah tanya dari Malaysia? Aku cakap enggak! Lokal! Jakarta!…dengan ketakutan sikit-sikit.. dia suruh isi buku pelawat…Ah! Sudahlah! Apa aku nak tulis dekat alamat ni??? Tetiba aku terfikir Pasar Baru Jakarta.. aku tulis jelah Pasar Baru, Jakarta..dapatlah murah tiket….
Lepas bayar semua aku pun nak memulakan penjelajahan..tetiba datang sorang Bapak ni…tah dari mana dia datang ikut aku…siap bagitau cite-cite disebalik barang-barang dan segala macam benda yang ada kat dalam muzium tu…hujung-hujung! Die minta duit! Ceh!!!!! Tak guna betul lah! Aku ingat bapak tu keje dengan Muzium rupanya???? Haiii!!! Sakit pulak hati kite! Ingat nak untung tiket murah rupanya tak berkat nipu! …aku pulak yang kena!..hangus Rp 50,000(RM 15.50) bayar Bapak tu..nama die Bapak Wayan..jadi korang kena jaga-jaga..kalau ada orang dalam Muzium tu nak ikut korang..korang cakap je tak nak…tak pe terima kasih.. Dahlah perkhidmatan tak memuaskan..nak terangkan tu cepat-cepat je..tak sempat aku nk tengok betul-betul…nak baca pun tak sempat…huhu..

Sakit Hati makin bertambah bila kena tipu..mood pun makin kurang….tapi teruskan juga penjelajahan Bali…


Muzium bali
Antara Pintu gerbang yang ada

Ni pun pintu gerbang

Ni konon2 Raja Bali Kawen dengan Puteri Cina

Topeng-topeng

Topeng lagi

Krishna

Balik dari Muzium aku terus ke Krishna dengan Teksi yang sama…teksi tu tunggu aku..tunggu nasib baik tak charge..Total semua Legian-Muzium-Krishna adalah Rp 80,000(RM 24.80)…tu pun dia nak mintak Rp 85,000(RM 26.35) amboi!!!  Takleh! aku lokek! Haha

Krishna


Banyak Souvenir




Krishna ni tempat paling popular kalau nak datang beli souvenir  barang-barang die banyak pilihan dan murah..juling biji mata kalau tengok…pilh jelah mana nak..key chain boleh dapat Rp 6,000(RM 1.86) dalam ada 8 bijik key chain…murah kan?? Hehe..


Makan Malam

Makan kat double six tu memang aku tak ada tempat lainlah selain dari tempat abg tu…masa hari kedua aku beli makanan aku tengok omputeh  makan banyak gila lauk tapi semua sayur,tempe,tahu..dieorg tak ambik langsung ikan,ayam..daging..aku pun fikir sendiri r murah kot kalau makan macam tu..jadi hari ketiga ni aku wat experiment lah ape lagi….aku ambil nasi dua bungkus,tempe goring sambal,sayur kacang,tahu masak lemak, sambal…haaa ambik ko!! Total Rp 18,000(RM 5.58) je…hahah bapak murah!...tersengih-sengihlah aku balik hotel sebab experiment Berjaya..

Hari Keempat

Malam hari sebelumnya aku dgn kawan aku fikir-fikir nak pergi mana..dengan supir sebab tak semua tempat dalam blog tu aku nak pergi…walaupun mendapat review yang bagus..tapi aku rasa ada tempat yang tak payah pergi pun tak apa..fikir punya fikir..kiteorg adalah tempat yang nak pergi tapi bila kiteorg tanya dengan supir die kate tak pergi sebab jalan die lain..erm! nak pergi pun kena satu jalan yang sama..adoi! susah jugak…tu! Fikir punya fikir..ting! aku rasa nak sewa scooter..

Sewa Scooter

Kalau korang nak tau..aku tak pernah bawak motor...setakat basikal tu masa kecik-kecik memang jaguh la…tapi kalai motor..memang aku failed..bermaksud aku memang tak ada lessen! tapi aku tengok omputeh relax je bawa scooter..nak pakai helmet pun terbalik...jadi aku rasa aku pun boleh jugak! Walaupun  menyalahi undang-udang jalanraya..sebab tak ada lessen..tapi apa boleh buat..terpaksa.
Aku sebenarnya minat dengan satu scooter tu nama scoopy…macam Vespa..tapi  disebabkan orang kedai yang sewa tu berlagak sangat…aku membatalkan niat nak ambil kat die..die ingat aku pengemis??ttbe emosi..haha die ingat kalau aku tak ambil kat dia aku takleh dapat motor lain?

Aku pun patah balik ke jalan masuk tune hotel…ada satu lagi kedai sewa motor kat situ..Pakcik tu baik je..x smbong…cakap pun ok..aku ambil scooter dengan dia..sewa ikut system 24jam..maksunya kalau korang pinjam pukul 9AM esok pulangkan 9AM atau sebelum 9AM…kalau korang pinjam malam…bolehlah pulang malam....kedai dah tutup kot!

Sewa motor 24 jam Rp 50,000(RM 15.50)…minyak kalau ada lagi tu korang untunglah..kalau minyak dah tinggal sikit isi jelah..banyak org jual minyak tepi jalan…satu botol Rp 5,000(RM 1.55) …lebih kurang 1 liter…kalau beli dekat pam minyak murah lagilah dari tu

Nilah Scooter aku
Banyak jual kat tepi jalan

Memula bawak scooter memanglah tak susah sangat sebab die automatic…korang pulas jelah minyak tu jalanlah die..tak payah fikir nak tukar gear ke apa…yang penting minyak dengan brek..

Tapi yang susahnya bila ada dekat jalan…sebab aku tak biasa..jadi aku memang tak reti nak menyelit-yelit ke apa…memang susah  memandangkan traffic dekat Bali ini..memang agak brutal jadi aku pun kena berani jugak…kalau agak-agak korang ni baru belajar bawak kereta atau motor atau dengan kata lain dekat Malaysia pun korang terkial-kial baik tak payahlah bawak kenderaan kat sini…dieorg ni brutal habis..ikut suke die je…

Tanah Lot

Destinasi pertama dengan scooter adalah Tanah Lot…..jangan tak tahu ganas tak ganas aku pertama kali bawa scooter pergi pulak tanah lot..aku ingat kan dekat..rupenye..jauh.. tapi tak apa..perjalanan harus diteruskan…jalan dia agak sempit dan agak mengelirukan..kalau korang ni jenis suka confiuskan diri sendiri baik korang ambik je supir sebab signboard nak ke Tanah Lot ni..memang mencabar minda..kejap ada..kejap tak ada...simpang pulak banyak..memang confius..

Dari Legian ke Tanah Lot memang jauh aku rasa naik motor dalam sejam jugaklah..sebab aku bawak macam siput....minyak aku isi Rp 10,000(RM 3.10)…jalan die memang mencabar…kona sana kona sini..jalan sempit betul..naik bukit turun bukit..tapi pemandangan memang cantik! Ada sawah bertingkat..ada rumah-rumah…oklah..makcik tak pakai baju pun ada.….

Padi Bertingkat

Singboard ala kadar

Tiket

Untuk masuk ke Tanah Lot sebelum parking tu kena bayar dulu..tiket ni termsuk parking sekali..aku naik motor jadi tiket dalam Rp 12,000(RM 3.71) kenapa Rp 12,000? Biasalah Luna Maya..haha kali ni aku tak cakap pape..die tak tanya aku local ke Malaysia ke…ape..die terus suruh aku bayar.. Nampak sangat ke Luna Mayaan aku kan..wakakaka

Tanah Lot Entrance Ticket Price :
Domestic (Children -Rp. 7.500,-/person  ;Adult-Rp. 10.000,-/person)
Foreigner (Children -Rp. 15.000,-/person ; Adult-Rp. 30.000,-/person)

Parking Area Ticket Price :
Motorcycle   : Rp. 2.000,
Car               : Rp. 5.000,
Bus               : Rp. 10.000,

Tempat memang cantik…unik dan indah sangat…banyak sebenarnya Pura kat situ..Pura ni tempat sembahyang kalau Puri ..maksudnya Istana..jadi kat sana bukan je ada yang biasa kita tengok dalam blog tu ada juga pura batu bolong maksudnya batu tu berlubang ..pura…apa lagi ek aku tak ingat lah…tapi banyaklah…tengok gambar jelah eh…

Tanah Lot


Pintu masuk Tanah Lot

Tetiba ada signboard dalam ni
Cantik gile

Pintu Gerbang

Dari jauh

Sangat Cantik

Pura batu Bolong

Memang A+++
Pura Penataran aku pun tak tau apa

Kat Tanah Lot ni juga banyak kedai-kedai jual cenderamata…ada jugak lukisan..lukisan dia cantik-cantik..masa aku tengok tu..makcik tu cakap harga Rp 250,000(RM 77.50) aku sengih jelah..memang tak fikir nak beli lukisan pun…bila aku nak jalan..makcik tu bagi isyarat kat aku..Rp100,000(RM 31.00)…wooo! Aku tak tawar kot!.. tapi aku tak beli pun.

Antara kedai jualan

Lukisan
Kat Tanah Lot ni agak panas..jadi korang bawaklah air mineral kalau tak memang kehausanlah korang kat atas tu…kalau korang duduk tempat redup angin dia agak sejuk sebenarnya…nyaman je rasa..






Hari Keenam

Hari Keenam ni aku memang tak rasa nak pergi mana-mana pun…pagi tu dah pulangkan scooter dan rasa tak nak pergi mana-mana dah sebab semalam jalan-jalan malam..sekali sesat daaa…panic betul aku dah lah gelap gelita dengan tak mana nak tuju…pusing-pusing tak jumpa jalan..memang give up..haha
Jadinya hari keenam ni memang aku tak nak pergi mana-mana..nak duduk bilik je..petang nak lepak-lepak jalan tepi pantai jelah..tempat-tempat lain tu..rasanya tak pergi kot..rugi tu memang rasa rugi tapi hati aku tak berapa sedap lepas beberapa perkara yang tak diigini berlaku…rasa nak balik cepat je..

Pantai Banyak Anjing

Petang tu aku jalan sensorang feeling-feeling sikit tepi pantai…jalan dari legian ke pantai kuta nak kata jauh tu tak jugak lah…tapi penat lah jugak…sepanjang pantai banyak betul anjing nak-nak kalau makin petang…takut ooooo! Maklumlah tak biasa..huhu..aku jalan tepi pantai dekat-dekat je dgn air..dalam hati aku kalau anjing ni lari kat aku..memang terus terjun dalam air lah…tapi sekali aku tengok anjing mandi laut daaa….mana lagi aku nak lari??? anjing kat sini memang tak takut dengan orang sebab dah terlalu ramai orang kat situ..orang ni dah macam barang mainan jelah pada dia..orang pulak yang takut dengan anjing..

Anjing beriadah

Pantai Kuta yang ramai orang

Air Longkang masuk pantai

Legian tak ramai sangat orang

Last day…

Fuuhhh! Lega rasa bila nak balik..memang tak sabar rasanya nak balik..yeeeeaayyy! Malaysia aku pulang!! Hahahaha….

Balik ke airport dah tak nak pakai airport transfer dah..tahan teksi tepi jalan je…pastinya blue bird…dari Double Six ke airport Rp 55,000(RM 17.05) murah sikit dari guna airport transfer..yelah orang tu tunggu kita kan..sampai-sampai masa masih panjang…makan dulu…

Tax..tax dan Tax

Adoi!  Banyak betul tax…Jakarta- Bali kena Tax…Bali – Malaysia pun tax lagi…huhu… korang kena ingat untuk asingkan duit tax sebelum balik..tax dari Bali ke Malaysia atau ke mana-mana sahaja adalah Rp 150,000/ orang(RM 46.50)…duit Malaysia tak laku eh nak bayar tax..kene Rupiah jugak!..



Liquid tak boleh bawa..sama macam Jakarta...kena declare..

Tu jelah aku boleh kongsi cerita ke bali…dah sebulan dah balik sekarang baru nak cerita…sebab aku tak berapa excited…hehe...

Tips:
1)    Bawa air mineral secukupnya sebab keadaan agak panas.
2)    Aku rasa dieorg lebih suka omputeh dari orang-orang serumpun dengan dieorg…
3)    Money changer kat sana banyak tapi korang kena tahu yang kkdg dieorg akan ambil       commission antara 5%-10%,,cari yang tak ada commision..
4)    Masa tukar duit…tolong kira sebaik mungkin…
5)    Signboard memang ala-ala tak ada je..jadi pepandai koranglah..kalau dia kata terus tetiba korang langsung tak Nampak signboard walaupun ada simpang..korang jangan panic..jalan je terus sampai nampak signboard lagi..selagi tak Nampak signboard suruh belok janganlah nak pepandai belok..
6)    Sewa motor start dari Rp 50,000..kalau kereta yang paling murah Rp 150,000( Suzuki Karimun) lebih kurang macam kereta Kenari
7)    Tukar duit dekat Malaysia lagi banyak dapat dari tukar duit dekat Indon..tapi kena tengok jugak pasaran masa tu..biasalah ada naik turunkan..
8)    Legian ada banyak anjing walaupun bukan dekat pantai..korang kena hati-hati
9)    Sediakan duit kecik..kalau tak ada anggap jelah korang bagi tips kat teksi..
10)    Banyak teksi yang ala-ala bluebird dekat bali…kkdg Nampak sangat meniru..tapi gambar burung lain macam lah pulak…
11)    Sentiasa bawa passport kalau jalan..tapi kena berhati-hati..
12)    Kalau nak beli apa-apa korang tawar sampai lebam!
13)    Naik kenderaan sendiri memang lagi murah dari sewa supir…tapi kalau malas dan banyak duit..sewa supir je senang..
14)    Tune Hotel Kuta aku rasa lagi best dari Legian…




Rating:
Keseronokan: 3/5
Makanan: 3/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 3/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...